Guru muzik di Vietnam dipenjara 11 tahun kerana tulisan Facebook

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,691
Points
191

Nang Tinh, yang mengajar muzik di sebuah kolej wilayah ditahan Mei lalu selepas didapati menulis dan berkongsi tulisan anti-negara dan video dalam akaun Facebook miliknya. -Foto Hiasan












HANOI: Sebuah mahkamah di Vietnam memenjarakan seorang guru muzik selama 11 tahun hari ini untuk siri tulisan dalam Facebook dikatakan kerajaan memusuhi negara itu.

Walaupun pembaharuan ekonomi dan keterbukaan meningkat terhadap perubahan sosial, pemerintah Vietnam, Parti Komunis mengekalkan tapisan ketat media serta tidak bertoleransi dengan kritikan.

Nguyen Nang Tinh, 43, dituduh ‘membuat dan menyebarkan maklumat serta bahan anti-negara’ dalam perbicaraan sehari di Mahkamah Rakyat di wilayah utara-tengah Nghe An, kata peguamnya, Nguyen Van Mieng.

“Dalam perbicaraan, Nang Tinh berkata, tuduhan itu tidak benar kerana akaun Facebook itu bukan miliknya.

“Pendakwa raya tetap berkeras pengguna Facebook dikenali Nguyen Nang Tinh dan anak guam saya dengan nama sama adalah individu sama,” kata Van Mieng.

Nang Tinh, yang mengajar muzik di sebuah kolej wilayah ditahan Mei lalu selepas didapati menulis dan berkongsi tulisan anti-negara dan video dalam akaun Facebook miliknya, kata polis dalam satu kenyataan.

Akhir bulan lalu, seorang arkitek berusia 54 tahun dipenjara 12 bulan atas tuduhan dia memuat naik tulisan anti-kerajaan dalam akaun Facebook miliknya, kata polis dalam kenyataan berasingan. -Reuters








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/11/628684/guru-muzik-vietnam-dipenjara-11-tahun-kerana-tulisan-facebook
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,618
Reaction score
499
Points
131
Dah jadi rakyat negara kominis.. kena ikutlah law kominis. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Vietnam - tidak boleh kritik gomen
Thailand - tidak boleh kritik Raja,
Indonesia - tidak boleh rogol dan dera maid
Singapore - tidak boleh tak minum new water
Brunei - tidak boleh lari dari hukuman hudud jika salah
Philippines - tidak boleh jadi penagih dadah tanpa risiko ditembak mati
Australia - tidak boleh menyiksa kanggaroo
 
Sponsored Post
Top
Log in Register