BTC USD 19,631.7 Gold USD 1,703.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru "Lesap" Selepas Di Syaki Rogol 2 Pelajar Di Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,905
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,905
Reaction score
4,629
Points
296
Awards
1
17.08.2022 - Petaling Jaya, Guru berusia 33 tahun dari Tumpat, Kelantan menghilangkan diri sejak bulan lalu selepas dipercayai merogol dua pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau, di Bintulu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah, berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat dua mangsa berusia 14 tahun itu masing-masing, pada 27 dan 29 Jul.

Katanya, susulan laporan terbabit, Kementerian Pendidikan bertindak membekukan gaji terbabit. Beliau berkata, kes berkenaan juga sudah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” lapor Harian Metro.

Fatimah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan tindakan susulan dengan memberikan sistem sokongan terhadap dua pelajar terbabit. Ia termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan kesan kejadian itu tidak menjejaskan tumpuan dua mangsa terhadap pelajaran. Sementara itu, Ketua Polis Bintulu Batholomew Umpit, dalam kenyataan, baru-baru ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304,” katanya.​

1660731444594.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
377,742
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
377,742
Reaction score
23,905
Points
2,836
Awards
1
Kalau betul lah kena rogol
Siap sedia lah cikgu tu kena bitas nanti
Tapi kalau tak betul
Takkan cikgu tu sampai tahap hilangkan diri

Kita tunggu polis selesaikan siasatan dulu
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,734
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,734
Reaction score
1,525
Points
191
Nak lari mana bang
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,786
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,786
Reaction score
4,128
Points
261
Awards
1
Tumbuh kot3 kat kepala baru tau
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,397
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
25,397
Reaction score
5,075
Points
481
Awards
1
Bahaya lanie memang kena pandai jaga diri la
 
Sponsored Post

Top
Log in Register