eboss
CG Hardcore
- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SEREMBAN 30 Okt. - Seorang guru penolong kanan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas lapan pertuduhan merangsang dua bekas muridnya untuk melakukan kelucahan melampau.
Mohd. Harith Mohd. Nor, 40, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap dua mangsa tersebut yang berusia 14 tahun di beberapa buah lokasi antara Oktober 2006 dan Ogos tahun ini.
Tertuduh yang diwakili M. Gobinathan, didakwa merangsang tiga kali terhadap mangsa pertama dan melakukan perbuatan yang sama lima kali terhadap seorang lagi mangsa.
Dalam pertuduhan pertamanya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap salah seorang mangsa semasa dalam perjalanan ke Stadium Paroi pada Oktober 2006 manakala kesalahan kedua dilakukan dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Mac 2007.
Dia turut didakwa melakukan kesalahan yang sama di pejabat Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Wawasan Seremban 2 hujung Mac 2007.
Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa melakukan kesalahan terhadap murid itu di dua lokasi masing-masing pada September tahun lalu dan Mac 2008 di kolam renang di Kompleks Sukan Seremban 2 serta rumah beralamat 269, Jalan Arowana Impian 10, Taman Arowana Impian, di sini.
Mohd. Harith juga turut didakwa melakukan kesalahan yang sama terhadap mangsa di pejabat di SRK Wawasan Seremban 2 pada November dan Disember 2007 selain rumah di Taman Arowana pada Mac dan Ogos tahun ini.
Penolong Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran meminta Majistret Azlina Hashim agar menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,500 untuk setiap satu pertuduhan yang dikemukakan.
Bagaimanapun pihak pembelaan meminta ia dikurangkan kepada RM2,000 setiap satu sebagai jaminan tertuduh bagi memastikan anak guamnya hadir ke Mahkamah.
Azlina kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,500 dan menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula.
Isteri tertuduh membayar wang jaminan.
Memang melampau cikgu nie