BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru ditahan, cabul pelajar di tandas awam

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171
6560.jpeg


PETALING JAYA: Perbuatan seorang guru lelaki melakukan amang seksual kepada pelajar perempuan di sebuah tandas awam di Kota Damansara, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada 22 Mac lalu di sebuah tandas awam di pusat beli-belah apabila suspek berusia 27 tahun melakukan perbuatan itu kepada mangsa berusia 14 tahun.

Menurutnya, mangsa yang trauma tampil membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, polis menahan suspek di Balai Polis Kepong kelmarin dan direman lima hari bermula semalam hingga 10 April ini.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register