BTC USD 48,957.8 Gold USD 1,786.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru dilepas dan dibebas daripada tuduhan rasuah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang, terhadap pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Hakim, Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Junaidi Abdul Hamid.

"Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikkan kes prima facie dan dengan ini mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini," katanya.

Junaidi, 46, yang diwakili Aishaton Abu Bakar, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada seorang anggota UMNO, Adnan Samad sebanyak RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai Ketua UMNO bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua UMNO bahagian Raub.
 
Top
Log in Register