BTC USD 65,446.6 Gold USD 2,308.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,165
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,165
Reaction score
6,250
Points
881
Awards
1
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat

MUHAMMAD AMINNURALIFF

AMPANG - Polis menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah dekat sini dalam kejadian pada 30 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.

"Mangsa yang berumur 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira jam 1.20 petang bahawa dia didenda oleh guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan mendapati guru berumur 37 tahun itu memberi hukuman berkenaan kepada rakan mangsa yang lain.

"Siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar didenda berdiri selama 10 minit.

"Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan seorang ibu kepada salah seorang pelajar terlibat bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes berkenaan.
 
Sponsored Post

10 minit sahaja?
"Mangsa yang berumur 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira jam 1.20 petang bahawa dia didenda oleh guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.

Budak tu dakwa 2 jam.....cikgu cakap 10 minit..tak mana satu betul
 
kene tengok laporan doctor tengok macam mana... tp bukan doc @akudotcom .. kene doctor perubatan la...
tapi doc dah bgtau, kelesuan haba... mungkin lebih dari 10 minit, tapi xde la smpai 2 jam... satu subjek maybe dalam sejam je belajar...
 
aku dulu lepas mggu camping tak dtg isnin kene denda jalan kaki ayam dekat court simen pukul 130pm sblm masuk kelas hehe.
berair tapak kaki lepas tu hahah
aku dulu....denda budak berdiri sebelah kaki jam 3 pagi waktu kem sekolah...waktu tu aku handle program......budak tu tak mengaku hisap rokok....hahaha....takde pulak dia nak report bapak dia...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register