aHLoNGYaKuZa
Active Member
- Messages
- 1,514
- Joined
- Mar 15, 2013
- Messages
- 1,514
- Reaction score
- 10
- Points
- 25
Pandai bro berhujah..klu gtu jgn la berkata2 tanpa mengetahui hakikat yg sebenar,luahan hati bukan maksudnya merungut bro,kerja mencari rezeki bg umat islam semuanya ibadat selagi halal..tp kdg2 klu terlampau terbeban ikhlasnya entah ke mana,polis kerja 24 jam dibyr elaun,jururawat oncall dibyr elaun..ada x sapa2 yg byr pd guru klu dia berjaga smpi ke pagi tanda buku pelajar,mskkan markah pkl 3,4 pagi..kegiatan koku hr sabtu dan ahad,waktu belajr sampai pkl 2.40 tp pkl 5 br blh blk sbb meeting,tak sempat bermain dgn anak tp sibuk menyiapkan kerja2 pengkeranian yg ntah ape benda,cuti sek hujung tahun..org kate cuti tp hakikatnya x cuti pun,mcm2 ade pd waktu tu..kelas tmbhan la,kursus la..di panggil mesyuarat,dan byk benda yg pd pandangan org ramai cikgu ni kerja dia cuti aje..
Dimana letaknya hakikak sebenarnya jika tugasan hakiki dianggap bebanan yg tidak sepatutnya ditanggung.Memang benar setiap pekerjaan didatangkan dengan tugasan yg lebih dari skop yg difahami dan dihajati...polis bekerja 24 jam dibayar elaun tetapi adakah setimpal dengan taruhan nyawa mereka dan dimanakah masa tidur mereka bersama keluarga.Kekangan cuti semasa berhari raya dan bersengkang mata ketika yg lain dibuai mimpi.Sedangkan menanda buku dan masukkan markah dibuat dirumah bersama ahli keluarga yg berada disisi dlm keadaan yg selesa.adakah perlu jururawat merawat dan melayan karenah orang lain yg sakit sedangkan ibubapanya sakit dan tidak dapat mencurahkan segala keringat dan kasih sayang kerana dia perlu menjaga orang lain yg terlantar sakit di hospital.anak-anaknya sakit tidak dapat disuapkan ubat malahan tidak dapat ditidurkan...dilihat pd senario sekarang dengan dibangunkan RTC dan UTC untuk kesenangan rakyat dan kakitangan awam yg lain adakah berbaloi bagi mereka yang perlu bekerja sehingga pukul 10 mlm setiap hari kerana ingin memudahkan setiap orang dalam urusan harian termasuk guru,kerani,doktor,polis,tentera,dan lain-lain.Dimana masa makan malam bersama keluarga,masa sembahyang jemaah bersama ahli kariah,masa mengajar anak2 mengaji dan belajar...adakah itu juga setimpal dengan elaun yg dibayar? Waktu kerja yg tamat dan menghadiri mesyuarat sehingga jam 5 adalah norma biasa dlm menempuh hakiki dlm bekerja.setiap yg diamanahkan dengan pekerjaan yg mereka mohon dan bertanggungjawab keatasnya...jika hendak dikira waktu dan tenaga yg diberikan setimpal dengan gaji dan elaun memang bukan ukurannya...adakah pekerjaan yg dilakukan kerana gaji dan wang semata-mata...adakah cuti hujung tahun yg panjang itu satu kelebihan yg tidak boleh diganggu...guru mempunyai cuti yg diberikan apabila kelendar persekolahan bercuti.apabila terimanya tugasan sebagai guru dan ikrar sumpah dibaca adakah tertulis didalamnya cuti itu satu kelebihan yg perlu dihormati dan tidak boleh dicabuli..."dan memerima apa2 jenis tugasan/arahan dari masa kesemasa dari pihak atasan atau pegawai lain"...dipandang dari berat tanggungjawab adalah tuntutan yg sinonim dengan penerimaan gaji diterima dan bukan elaun atau cuti menjadi perkara yg mempertikaikan segala perkara yg kita lakukan...dunia memahami dan menghormati guru dan martabatnya telah diagungkan dari dahulu lagi.tiada guru tiadalah genarasi cerdik pandai,tiada guru tiadalah juga Perdana Menteri...Dan jika tugas yg ibadat dilakukan adalah semuanya halal janganlah dikhilafkan...Hanya satu cara rezekinya yg dikatakan 99% halal adalah berniaga...
