Gunung berapi Ili Lewotolok keluarkan asap, abu panas

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,913
Reaction score
4,385
Points
601
INDONESIA-VOLCANO_1606655951.jpg

Penduduk tempatan berkumpul melihat letusan Gunung Berapi Ili Lewotolok di Lembata, Nusa Tenggara Barat. - Foto AFP



JAKARTA: Gunung Berapi Ili Lewotolok meletus hari ini memuntahkan asap dan abu sehingga empat kilometer (km) ke udara, sekali gus memaksa pihak berkuasa mengarahkan penutupan lapangan terbang.

Setakat ini belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan berikutan letusan terbabit di kawasan terpencil dekat kepulauan di Asia Tenggara itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa meningkatkan amaran berjaga-jaga ke tahap kedua tertinggi susulan bahaya kemungkinan berlaku aliran lahar.

Larangan menghampiri sekitar kawasan kawah yang sebelum ini dihadkan kepada dua km turut diperluaskan sehingga empat km.

Selain itu, pihak berkuasa juga menasihatkan supaya penerbangan tidak melalui sekitar gunung berapi itu.

Ini kerana abu panas turut menyelubungi Lapangan Terbang Wunopito di Nusa Tenggara Timur sehingga memaksa operasinya ditutup buat sementara waktu.

"Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang kegiatan dalam radius empat km dari kawah berkenaan," kata agensi geologikal Indonesia.

Negara ASEAN yang mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif itu terletak dalam 'Lingkaran Api' Pasifik yang sering menyaksikan berlakunya gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Pada penghujung 2018, letusan gunung berapi di selat antara pulau Jawa dan Sumatera mengakibatkan pergerakan tanah yang mencetuskan tsunami mengorbankan lebih 400 nyawa. - AFP

 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register