BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna wang palsu beli telefon bimbit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sepasang suami isteri dan dua rakannya yang mencetak sendiri wang kertas not RM100 sebelum menggunakan wang itu untuk membeli telefon bimbit yang diiklan dalam portal membeli belah terkenal sejak Oktober tahun lalu.

Mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan masing-masing pada 5 Jun dan petang kelmarin di Petaling Jaya.

Pasangan suami isteri yang berusia 29 dan 28 tahun itu dipercayai terbabit dengan 13 kes yang menyebabkan kerugian kira-kira RM21,000.

Mereka turut bersekongkol dan mendapatkan bantuan untuk mencetak wang palsu berkenaan daripada abang kepada si isteri yang berusia 30 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun.


Pasangan suami isteri akan menyasarkan individu yang mengiklankan telefon bimbit untuk dijual di dalam portal beli belah terkenal.


Selepas menghubungi mangsanya, pasangan ini akan bertemu di satu tempat yang ditetapkan untuk urusan jual beli telefon bimbit yang mahu dijual individu berkenaan.

Namun, sewaktu urusan jual beli berlaku, pasangan suami isteri ini akan melihat telefon bimbit berkenaan sebelum membuat pembayaran dengan meletakkan wang yang mahu dibayar di dalam sampul surat sebelum beredar secara tergesa-gesa dengan memberikan pelbagai alasan.

Mangsa hanya menyedari wang yang diterima adalah palsu selepas menyemak jumlah wang yang diterima dan menyedari nombor siri kesemua wang berkenaan adalah sama, kata pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan dalam sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan di rumah pasangan itu kemudiannya berjaya merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai diperoleh daripada penipuan yang dijalankan.

Kesemua suspek kini ditahan reman bermula kelmarin untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan dan Seksyen 489 (D) KK jika sabit kesalahan akan dipenjara 20 tahun dan denda.


SUMBER:http://www.hmetro.com.my/articles/Gunawangpalsubelitelefonbimbit//Article
 
Last edited:
mudah.my

COD tp kena tipu jugak
 
COD pon cam tak selamat dah
macam2 cara nak tipu
 
mcm2 kes skrang ni.....nak menipu cepat aje dtg idea bernas....
 
nk tipu tp guna no siri sama bo do
 
baru tengok kat tv td, pakai kertas dgn printer cokia jer haha... siot jer
 
macam2 hal....note 100 jarang org buat..dia buat..pasai banyak dok buat rm50
 
emm..skrg nie mcm cara org menipu,,,,,
nk murah lagi teruk plak rugi....
 
sekarang ni kena lebih hati2 agar tidak mudah ditipu.
 
terlampau teruja sgt ni nak beli telefon.. patutnya g beli maggi mana2 kedai runcit dulu..kedai apek mana.. kasi pecah duit asli :)
 
Back
Top
Log in Register