Guna wang ibu, pelajar rugi RM86,270 ditipu rakan, skim labur emas tidak wujud

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
1590768151786.png

KUANTAN: Terpedaya dengan pujuk rayu rakan baharu, seorang pelajar universiti dekat ini menggunakan wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Syed Omar meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas kononnya kelolaan Bank Negara pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan melabur namun selepas dipujuk dan dimaklumkan bahawa wang itu akan dipulangkan, membuatkan mangsa tertarik dan bersetuju.

"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 dari akuan ibunya secara berperingkat pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun lelaki yang baru dikenalinya 10 bulan lalu.

"Pembayaran sebanyak itu dibuat adalah bayaran untuk modal pelaburan dan bayaran denda kelewatan bayaran modal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, sehingga kini, suspek masih mendesak mangsa membuat bayaran dan berikutan itu mangsa merasakan dirinya tertipu lalu tampil membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan(IPD) semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

Jelasnya, berikutan itu mangsa mengalami kerugian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


 
Sponsored Post

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,023
Reaction score
195
Points
38
ASTAGHFIRULLAHALAZIM

Sang penipu - besyer2 jek orangnya

Yang Ditipu - pelajar universiti

Yang meraung - Mak sendiri

Kalo hilang duit dari menabung tabung ayam..start semula

Kalo hilang dari akaun 2 kwsp....mmg haru laa..

:cry:


KUANTAN: Terpedaya dengan pujuk rayu rakan baharu, seorang pelajar universiti dekat ini menggunakan wang simpanan ibunya sebanyak RM86,270 untuk pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila lelaki yang dikenali sebagai Syed Omar meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas kononnya kelolaan Bank Negara pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya enggan melabur namun selepas dipujuk dan dimaklumkan bahawa wang itu akan dipulangkan, membuatkan mangsa tertarik dan bersetuju.

"Mangsa kemudian membuat pemindahan wang RM86,270 dari akuan ibunya secara berperingkat pada 3 hingga 23 Mei lalu ke dalam akaun lelaki yang baru dikenalinya 10 bulan lalu.

"Pembayaran sebanyak itu dibuat adalah bayaran untuk modal pelaburan dan bayaran denda kelewatan bayaran modal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, sehingga kini, suspek masih mendesak mangsa membuat bayaran dan berikutan itu mangsa merasakan dirinya tertipu lalu tampil membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan(IPD) semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan menawarkan pelaburan emas yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

Jelasnya, berikutan itu mangsa mengalami kerugian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,366
Reaction score
1,924
Points
206
sekarang orang dok promote beli emas.
budak ni mesti tak tau mana betul mana scam.
 

wan10

Fun Poster
Joined
Sep 23, 2014
Messages
309
Reaction score
4
Points
25
rindu plak aku dengan tok belagak, khazanah bangsa. haw haw haw

dulu setiap jam ada jer kat wall lalu program eta.. haw haw haw

mana semua dah kaya ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
sekarang orang dok promote beli emas.
budak ni mesti tak tau mana betul mana scam.
Kesian lagi mak budak tu hilang duit 80k lebih
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,561
Reaction score
1,548
Points
201
waktu belajar ..biar betul betul fokus...cari result cemerlang..bukan dok gila nak cari duit...betul..ramai buat part time ...nampak leh jadi kaya...result dia?....ni bukan apa terpegaruh...konon muda muda boleh pakai mustang...wakakakahahakakauikuakukau
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
waktu belajar ..biar betul betul fokus...cari result cemerlang..bukan dok gila nak cari duit...betul..ramai buat part time ...nampak leh jadi kaya...result dia?....ni bukan apa terpegaruh...konon muda muda boleh pakai mustang...wakakakahahakakauikuakukau
Zaman belajar dulu pernah jugak terpengaruh
Tapi nasib la modal kecik tak sampai 200 (masa tu dh besar nilainya)
Betul dah tu
Fokuskan dulu kepada pelajaran
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,561
Reaction score
1,548
Points
201
Zaman belajar dulu pernah jugak terpengaruh
Tapi nasib la modal kecik tak sampai 200 (masa tu dh besar nilainya)
Betul dah tu
Fokuskan dulu kepada pelajaran
ni pemgaruh media sosial....masih belajar..jadi instafamous claim sendiri...tergedik pakai ketat tunjuk tetak..punggung claim instafamous...pakai barang mahal mahal...motor power....siapa tak terpengaruh..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
ni pemgaruh media sosial....masih belajar..jadi instafamous claim sendiri...tergedik pakai ketat tunjuk tetak..punggung claim instafamous...pakai barang mahal mahal...motor power....siapa tak terpengaruh..
Zaman sekarang lagi kuat ujian
Kalau tak pandai tepis
Gini la jadi nya
Kesian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register