Guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,538
Reaction score
2,014
Points
201
Guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum [METROTV]

Share


Tweet


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]

Pendang: Cubaan seorang lelaki membawa 1.5 tan daun ketum menggunakan lori tiga tan ke Seremban, Negeri Sembilan gagal apabila dia ditahan polis di Kampung Tong Prok, Mukim Padang Kerbau, di sini, semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan jam 12.45 pagi itu oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Kubur Panjang yang melakukan rondaan cegah jenayah selepas mendapati lori itu dipandunya dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik mengandungi daun ketum.
Beliau berkata, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas ekspres namun diberhentikan berikutan penularan Covid-19.
Katanya, lelaki itu kemudian menyewa lori itu pada harga RM2,500 sebulan menggunakan wang pengeluaran i-Sinar.
"Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki untuk membawa daun ketum itu ke Negeri Sembilan dengan bayaran RM2,000 untuk satu trip perjalanan.
"Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu sanggup melakukan kegiatan itu seorang diri dan membawa daun ketum berkenaan dari Padang Terap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini hari ini.
Arriz Sham berkata, modus operandi dilakukan suspek adalah menggunakan jalan kampung untuk mengelak ditahan disebabkan bimbang kegiatannya dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek melakukan kegiatan itu buat pertama kali dan menyewa lori itu pada 9 Januari lalu sebaik memperoleh wang i-Sinar.
Katanya, jumlah keseluruhan daun ketum dirampas sebanyak RM22,000.
"Suspek berasal dari Sungai Petani itu kemudian ditahan untuk membantu siasatan dan direman empat hari bermula semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
Arriz Sham berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan pemilik lori berkenaan dan kenderaan itu dipercayai disewa di Perlis.

Arriz Sham (kanan) bersama pegawainya melihat daun ketum yang dirampas di IPD Pendang. FOTO Amran Hamid
Arriz Sham (kanan) bersama pegawainya melihat daun ketum yang dirampas di IPD Pendang. FOTO Amran Hamid
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,343
Reaction score
1,549
Points
201
Sebb isiner disalah guna. Kerajaan membatalkan permohonan isiner - menteri uganda
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,265
Reaction score
1,882
Points
206
" Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik mengandungi daun ketum.

Beliau berkata, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas ekspres namun diberhentikan berikutan penularan Covid-19.
Katanya, lelaki itu kemudian menyewa lori itu pada harga RM2,500 sebulan menggunakan wang pengeluaran i-Sinar.
"Suspek dipercayai diupah oleh seorang lelaki untuk membawa daun ketum itu ke Negeri Sembilan dengan bayaran RM2,000 untuk satu trip perjalanan.

"Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu sanggup melakukan kegiatan itu seorang diri dan membawa daun ketum berkenaan dari Padang Terap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini hari ini. "


gigihnya seorang ayah yg dihentikan kojo mencari rezki di musim PKP2.0... penguasa boleh tangkap & masukkan dlm penjara,

tapi dgn hukuman ni, selesaikah mslh kebajikan isteri & anak2 pemandu tu?

den harap hakim atas budi bicara bleh hukum denda aja & lepaskan pemandu tu & kasi nasihat suruh buek grab @ foodpanda
 
Sponsored Post
Top
Log in Register