BTC USD 27,754.1 Gold USD 1,979.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna MyKad beli minyak, betapa celarunya kerajaan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan untuk mengisi minyak tahun hadapan dilihat tidak menyelesaikan masalah terutamanya kumpulan sasar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun kerajaan cuba mengawal pembelian minyak melalui penggunaan MyKad, namun ia tetap boleh disalahgunakan.

"Kerajaan kata nak kawal subsidi dengan penggunaan MyKad kumpulan sasar berpendapatan bawah RM4,000 akan dapat menikmati subsidi.

"Adakah kerajaan boleh beri jaminan boleh kawal jika mereka yang berpendapatan tinggi yang bawa rakan mereka yang layak menerima subsidi membeli minyak?

"Sudah tentu sukar kerana pekerja stesen minyak bukannya hanya boleh mengawal seorang pelanggan tetapi mereka perlu berdepan lebih ramai pelanggan dalam satu masa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, cadangan tersebut turut membuktikan kerajaan mempunyai fikiran yang celaru dalam mencari pendapatan negara untuk menyelesaikan hutang.

"Kerajaan hanya berfikir dengan penarikan subsidi akan mengurangkan perbelanjaan negara termasuk untuk membayar hutang.

"Kerajaan sekarang benar-benar bercelaru dalam menyelesaikan hutang-hutang yang semakin bertimbun, bila ini berlaku pelbagai cadangan yang timbul walaupun pelaksanaannya tetap gagal seperti penggunaan Mykad," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan subsidi merupakan hak yang harus dinikmati seluruh rakyat negara ini, selain mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam.

"Subsidi hak rakyat dan tidak boleh diambil walaupun kerajaan mengatakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara.

"Sepatutnya yang perlu dilakukan kerajaan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan mereka yang merugikan seperti acara pelancaran sesuatu projek, program yang tidak mendatangkan faedah.

"Kita sedia maklum sebelum ini kerajaan telah berbelanja besar dengan pelbagai program, ini sepatutnya kerajaan elak sekarang bukan ambil dari rakyat," katanya lagi.

Mahfuz yang tidak menolak bahawa kerajaan akan menarik sepenuhnya subsidi minyak dan menjualnya mengikut harga pasaran biasa.

"Kita kena ingat jika keseluruhan subsidi minyak ditarik balik dan mengatakan GST tidak dikenakan itu hanya sementara sahaja, sudah pasti selepas subsidi tiada maka GST akan dikenakan pada minyak RON95 termasuk diesel sekali," kata beliau. - HARAKAHDAILY
 
Sponsored Post

elan

Active+ Member
Messages
4,798
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,798
Reaction score
34
Points
30
bagi aku, penggunaan mykad tu tak berapa nak sesuai sebab kualiti chip mykad tu mudah sgt rosak dan tak boleh 'read'. nak isi minyak mcm mana kalau chip mykad tu asyik tak boleh 'baca' jer.

p/s: masa aku renew passport ari tu pun ada ler dua tiga orang bising2 kata kenapa chip my kad tak boleh read, sedangkan tu mykad baru, mudah sangat rosak.. :-?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register