BTC USD 48,894.9 Gold USD 1,786.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna duit KWSP RM5 bilion - kenyataan PM mengelirukan

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Guna duit KWSP RM5 bilion - kenyataan PM mengelirukan

Intan Abdullah | [email protected]
Wed | Oct 29, 08 | 7:30:07 am MYT


KUALA LUMPUR,29 Okt (Hrkh) - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud mendesak kerajaan menjelaskan persoalan berkaitan penggunaan wang Kumpulan Wang simpanan Pekerja atau KWSP berjumlah RM5 bilion bagi menyelamatkan syarikat saham besar, Value Cap.

"Saya keliru dengan kenyataan perdana Menteri, Timbalannya, menteri kewangan kedua yang menyatakan bahawa fundamental negara masih kuat bagi menghadapi krisis ekonomi.

"Jika kita sudah kuat, apa guna kita ambil RM5 bilion daripada KWSP? Ini semacam ada kontradiksi atau ada suatu yang tidak kena - yang mana satu betul ni?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mengemukakan beberapa persoalan lagi berhubung isu yang sama - menjelaskan lagi rasa tidak puas hati pihak MTUC dengan kenyataan pemimpin negara tersebut.

"Persoalan saya ialah untuk apa RM5 bilion tersebut digunakan? Sejauhmana ketelusan proses pengambilan dan urusan bail-out tersebut dijalankan dan apa manafaat yang diperolehi pencarum KWSP khususnya golongan berpendapatan rendah kesan daripada tindakan tersebut?

"Walau apapun tindakan yang dibuat kerajaan, wang tersebut tetap wang milik rakyat dan ianya tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya," ujarnya.

Mengulas lanjut tindakan yang akan dibuat MTUC mengenai isu tersebut, Syed Syahir menjelaskan pihaknya berkemungkinan akan mengajukan hal tersebut kepada perdana menteri atau menteri kewangan setelah selesai mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa MTUC.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan AJK Bersih meminta pihak yang terbabit dengan desas-desus cadangan pemecatan 50,000 pekerja kontrak di Jabatan Perkhidmatan Awam agar tampil memberi penjelasan bagi meleraikan permasalahan tersebut.

"Kita minta pihak yang terbabit menjelaskan apa cerita sebenarnya di sebalik kesemua ini? Ianya masih belum jelas," katanya tegas.

Isu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak namun pihak Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Ismail Adam telah memberikan maklumbalas mengenai hal tersebut.

"Tetapi jawapan yang diberikan masih belum jelas," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan para peniaga agar tidak terlalu cepat bertindak dengan dengan hanya merujuk kepada suatu isu yang tidak mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh. - mks._


p/s : Tun M said, "..All UMNO leaders are USELESS.." - yang jadi penyokong UMNO pun lagi la useless....
 
Sponsored Post

MrMama

Active Member
Messages
1,631
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
bagi pinjam xmintak kebenaran kita pun sebagai penyimpan:D pastu bagi dividen ciput dana beratus billion
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Messages
11,718
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
betul ker nih..atau pun satu muslihat..mm
 

o_o2o_o3

Active+ Member
Messages
3,979
Joined
Dec 6, 2007
Messages
3,979
Reaction score
144
Points
33
Memang dah biasa bagi kenyataan yg mengelirukan
 

aes

Super Active Member
Messages
9,557
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
aku x halalkan duit yg diorang amik dr bahagian aku tu semata2 utk kepentingan kroni diorang sendiri. Dah le bagi dividen sikit, lagi mau mintak. Boleh pinjam tp bayar dividen tinggi. Berdasarkan keuntungan syarikat yg di bail out
 

ADI78

Super Active Member
Messages
6,298
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
aden tak alal dunia akirat...:mad::mad:
dah la tak mintak kek rakyat nak pakey duik tu
ado PM pun tak guno...susahkan rakyat jor....
 

clorox_bersih

Legendary Member
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
still nk sorok kan,or ego or what ever la...
rakyat da mampu menilai situasi negara sekarang ni..
so takyah la nk cakap negara takde masalah:(scam
 

zinedine

Banned
Messages
5,741
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Aku dengor kata dari orang Tabung Haji, lepas ni kerajaan nak pinjam duit Tabung Haji kira2 RM8 billion pulak.

Ada sapa2 tau kesahihan berita ni? Cuba korang calling2 dgn member korang ke yg keje kat Tabung Haji atau keje kerajaan. Kat Malaysia ni, selalunya benda khabar angin, boleh jadi betul!!!!

Duit Tabung Haji pun nak dikebas jugak ker? Mak bapak aku belum sempat pegi haji, dah kena kebas pulak duit Tabung Haji dia.

Babii betul!!!! :mad:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register