Guna dron pantau sungai di Selangor

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,267
Reaction score
2,138
Points
206


Rawang: Empat unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 akan digunakan mulai bulan November bagi memantau sungai di Selangor sekali gus mencegah aktiviti pencemaran sumber air.

Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam negeri, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi empat unit dron itu yang akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui Skuad Pantas LUAS.

"Dron ini akan digunakan untuk memantau Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat... dron yang akan digunakan ini juga berkeupayaan untuk mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil dengan lebih tepat.

"Malah ia juga dapat mengesan individu pada waktu malam termasuk memberi amaran awal jika terdapat aktiviti yang mencurigakan, dengan adanya teknologi ini kita jangka dapat cegah aktiviti pencemaran sungai di Selangor pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kolam Tebatan Banjir Sungai Gong di sini hari ini.

Beliau juga berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur sabotaj sehingga menyebabkan berlaku pencemaran sumber air mentah yang dikesan pada 2 pagi tadi.

"Ini kerana pencemaran berlaku pada sebelah malam dan pada Ahad, biasanya kilang tidak beroperasi pada hari Ahad… kita sudah buat laporan supaya polis dapat buka kertas siasatan sama ada terdapat unsur sabotaj atau sebaliknya," katanya.

Selain itu, Hee berkata cadangan mengubah enakmen sedia ada LUAS berhubung hukuman bagi kesalahan pencemaran sungai akan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang.

"Sekarang denda yang dikenakan RM100,000 atau penjara, kita mahu denda sedia ada dinaikkan kepada RM200,000 hingga maksimum RM1 juta dan pesalah turut dikenakan penjara tidak lebih setahun.

"Selain itu, kita akan bagi ganjaran sebanyak RM20,000 kepada pemberi maklumat berhubung aktiviti pencemaran sungai dan maklumat mereka (pemberi maklumat) akan dirahsiakan," katanya.

Terdahulu, sejumlah 1,196,457 akaun pengguna Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan tidak berjadual setelah empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah.


UPDATE 1:

RM2 juta bukan kos beli 4 dron sahaja



Shah Alam: Anggaran RM2 juta bukan harga tetap empat unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 yang akan digunakan kerajaan negeri mulai bulan November hadapan bagi memantau pencemaran sungai di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam, Hee Loy Sian sebaliknya berkata, angka itu termasuk beberapa kos lain seperti pembayaran gaji pekerja.

"RM2 juta itu hanya anggaran kasar, tambahan pula kos itu bukan setakat untuk empat dron semata-mata tetapi juga untuk kos setahun.

"Kos itu juga termasuk gaji sejumlah pekerja termasuk jurutera untuk pemantauan, ujian sampel air sungai siang dan malam 24 jam, penyelenggaraan, alat komputer/ komputer riba untuk 'real time monitoring' termasuk lesen perisian dan sebagainya.

"Apa yang yang penting, ia membabitkan pihak yang pakar untuk menganalisa ujian sample air," katanya ketika dihubungi wartawan tadi,


Loy Sian juga mengesahkan sudah ada pihak membuat tawaran kepada pihak kerajaan negeri malah kerajaan negeri sudah mempersetujuinya.

"Harga itu perlu dirunding lagi, kerajaan negeri menyasarkan harga sekitar RM1.7 juta hingga RM1.8 juta.

"Perkara ini akan dimuktamadkan bulan ini sebelum kerja-kerja memberi kebenaran pemantauan dijalankan," katanya.

Kelmarin Loy Sian mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi empat unit dron itu yang akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui Skuad Pantas LUAS.

"Dron ini akan digunakan untuk memantau Lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat... dron yang akan digunakan ini juga berkeupayaan untuk mengambil sampel air termasuk di kawasan terpencil dengan lebih tepat.

"Malah ia juga dapat mengesan individu pada waktu malam termasuk memberi amaran awal jika terdapat aktiviti yang mencurigakan, dengan adanya teknologi ini kita jangka dapat cegah aktiviti pencemaran sungai di Selangor pada masa akan datang," katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
1603157754639.png


Polis buka kertas siasatan kes pencemaran bau di Sungai Selangor


Diterbitkan Hari ini 9:12 am


Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang, semalam.
Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku.
“Proses ini memakan masa dan memerlukan bantuan pakar dan forensik. Kami sedang menyiasat dengan bantuan Luas dan JAS untuk mengenal pasti mereka yang terlibat

“Tindakan tegas dari sudut undang-undang akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dilaporkan berkata Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah pada pukul 2 pagi.

Menurutnya, siasatan awal pihak berkuasa mendapati bahan pelarut (solvent) merupakan bahan punca kepada pencemaran bau dan sama dengan kejadian pada awal September lepas.
Bagaimanapun katanya punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan.

Jelasnya, beberapa kawasan kilang dikenal pasti menjadi punca pencemaran berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahan pelarut itu dibuang oleh kilang-kilang haram yang beroperasi di sekitar Selangor.
Awal pagi semalam, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah.

- Bernama

 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,524
Reaction score
704
Points
121
Gunakan drone sebaiknya. Bukan setakat terbang dan pantau je. Kene cedok air sket amik sample pulang ke makmal.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Gangguan bekalan air di Lembah Klang bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berdepan dengan ancaman jangkitan Covid-19

Air oh air, bila nak selesai?
| | 20 Oktober 2020
857682.JPG

Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam, bukanlah pertama kali berlaku. Foto Bernama




KUALA LUMPUR- Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam, bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini, pastinya mengundang amarah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjelaskan bahawa pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor kali ini menjejaskan 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor melibatkan 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang iaitu di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.



Air Selangor juga memberitahu pencemaran sumber air mentah yang dikesan pada pukul 2 pagi semalam (19 Oktober) menyebabkan henti tugas operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Mengulas masalah yang seolah-olah tidak berpenghujung ini, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak mencadangkan agar keupayaan dan kepakaran agensi berkaitan pencemaran sumber air dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

"Kes pencemaran mengambil masa yang terlampau lama untuk dibawa ke mahkamah dan begitu juga perbicaraan sebelum sebarang keputusan dapat dicapai.

"Selain faktor bahan cemar yang semakin banyak dan terbaharu, teknologi serta sains bidang forensik alam sekitar di Malaysia juga jauh ketinggalan berbanding teknologi lain," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata pihak berkuasa harus memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah hingga 20 peratus, membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.

"Bidang forensik alam sekitar perlu diperkasakan semula. Ia perlu dikemas kini dengan kemudahan makmal dan peralatan terkini dalam mengesan unsur bahan cemar, memandangkan kehadiran pelbagai jenis bahan kimia generasi baharu serta faktor iklim di negara ini yang mendatangkan cabaran kepada agensi.

"Kerjasama serta perkongsian alatan serta kaedah pengenalpastian bahan hasil kajian pakar di universiti boleh membantu pihak agensi," katanya menambah UPM turut mempunyai pakar forensik alam sekitar untuk mengenal pasti bahan pencemar dalam sesuatu persekitaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S. Piarapakaran berkata pada 7 September lalu pihaknya telah mengemukakan cadangan pindaan segera terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dengan menambah seksyen baharu untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak yang terjejas.

"Seksyen ini akan membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat pengiraan kehilangan pendapatan dan kos tambahan yang ditanggung pihak yang terlibat semasa kejadian pencemaran. Dengan cadangan pindaan tersebut, pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan dari pihak yang terjejas," katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gangguan air terbaharu itu sukar dipercayai dan tidak dapat diterima kerana ia berlaku selepas laporan pemulihan bekalan air di 686 kawasan akibat gangguan air, sebelum ini.

"Gangguan bekalan air semalam (19 Oktober) disebabkan oleh pencemaran bau di Sungai Selangor. Secara kebetulan, ini adalah sungai sama yang tercemar dan menjejaskan bekalan air mentah kepada jutaan pengguna, kurang tiga bulan lepas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Lee, gangguan bekalan air kali ini, sukar dipercayai. tidak dapat diterima dan mencetuskan skandal.

"Nampaknya semua nasihat dan rayuan yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan ia umpama mencurah air ke atas daun keladi,” katanya.

Lee berkata gangguan bekalan air itu memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berdepan dengan ancaman jangkitan Covid-19 yang menular dengan cepat kini.

"Antara prosedur operasi standard (SOP) semasa penularan wabak ini ialah kita perlu menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan. Tetapi bagaimana seseorang hendak melakukannya tanpa air?

"Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita juga tidak boleh pergi ke rumah rakan-rakan untuk menumpang mandi," katanya. - Bernama


 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,364
Reaction score
614
Points
81
Guna drone pantau sungai, setakat ambik sample air boleh le, itu pun berapa kerap boleh ambik sample tu dan berapa mahal kos selengara drone tu untuk jangka masa panjang ............. Sekarang ni ramai rakyat tak de kerja upah je pekerja kontrak ambik sample tu, ada juga pendapatan .........tapi ada pula sub kat kroni org politik :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 

penhitam

Active Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
1,942
Reaction score
31
Points
40
sebijik dron 500 ribu ker? pehhh.. :ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

54m ·

Mobilisasi Ustaz Ebit ini hebat . Different level dah dia ni . Pantas cekap dan tepat !
Kami di TTKM sentiasa akan mendoakan ustaz Ebit Lew diberi kesihatan yang baik dan istiqamah
#UstazEbitPantasCekapDanTepat

Ebit Lew

2j ·

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.


 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,760
Reaction score
2,046
Points
201
sebijik dron 500 ribu ker? pehhh.. :ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
ada lah yg kaut untung atas angin ni....tapi aku pelik....org kerajaan...org politk suka betul buat benda tak logik tapi USAHA KERAS untuk meLOGIKkan perbuatan mereka.....lepas tu BANGGA pun mencanangnya...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register