TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 362,564
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 362,564
- Reaction score
- 21,593
- Points
- 2,836
- Awards
- 1
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau telah dipanggil memberi keterangan jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Iskandar Puteri.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Sabit kesalahan Wak Doyok bakal berdepan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Jelas Datuk Ayob Khan, siasatan awal mendapati selebriti itu membeli cincin pada 2012 melalui atas talian dari negara jiran.
Begitupun susulan satu laporan polis dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor, polis telah menjalankan siasatan.
Semalam, Wak Doyok memohon maaf melalui akaun instagramnya kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan lambang peribadi Sultan Johor.
Buletin TV3