BTC USD 41,752.6 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guna CIMBClicks? Semak Mata Ganjaran & Tebus Sebelum Luput

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,210
Reaction score
4,101
Points
236
Bagi pengguna CIMBClicks, mungkin anda perasan yang mana terdapat menu Rewards pada perbankan atas-talian, yang memberikan sejumlah ganjaran kepada pengguna. Melaluinya, ia memberikan mata ganjaran berdasarkan kepada penggunaan – dan mata ganjaran terkumpul berkenaan boleh ditebus kepada pelbagai baucar yang disediakan.

Daripada semakan kami, mata ganjaran diberikan untuk pendaftaran sebarang produk CIMB @ Work, selain turut diberikan untuk transaksi menggunakan kad debit CIMB. Anda boleh semak mata ganjaran untuk akaun anda dengan memilih menu Redeem pada CIMBClicks.

CIMBClicks-Rewards-950x485.jpg.webp

Ia seterusnya akan memaparkan berapakah mata ganjaran anda, boleh melihat mata ganjaran yang dikumpulkan untuk setiap bulan, selain melihat ganjaran yang ditawarkan dan mata diperlukan untuk menebusnya. Sekiranya anda mempunyai mata ganjaran yang mencukupi, anda boleh memilih untuk menebusnya – dan turut melihat mata ganjaran yang akan luput pada penghujung setiap bulan.

CIMB-Redeem-950x534.jpg.webp

Bagi anda yang aktif menggunakan kad debit CIMB, jangan lupa menyemaknya dan menebus sebarang ganjaran sekiranya anda mempunyai mata ganjaran yang mencukupi. Anda boleh menyemak mata ganjaran anda melalui aplikasi dan web CIMBClicks hari ini.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register