BTC USD 49,082.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gubal undang-undang hukum pengamal sihir

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM: Penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.

Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, semalam.

Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru.

Beliau berkata, ketika ini pengamal dan pihak yang mengarahkan sihir itu dilakukan terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang berkaitan.

“Ilmu sihir sukar dibuktikan di mahkamah kerana amalan ini abstrak dan tidak boleh dibuktikan oleh pancaindera. Sehubungan itu, pengamal undang-undang dan pihak berkuasa perlu memikirkan bentuk undang-undang yang sesuai untuk mendakwa pengamal ini di mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasil muzakarah itu akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa negeri untuk dibincang lebih lanjut sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan isu nasional.

Ahli panel muzakarah itu, Datuk Dr Haron Din, pula berkata, peruntukan undang-undang bagi membanteras penggunaan sihir, terutama di kalangan orang Islam perlu diberi perhatian kerana wujud keadaan mendesak berdasarkan situasi semasa.

Katanya, ilmu sihir digunakan secara meluas untuk aktiviti jenayah, termasuk pukau, rompak dan samun di beberapa kedai emas seperti dilaporkan sebelum ini.

"Penjenayah dikatakan hanya menepuk belakang mangsa atau meniup asap rokok ke muka mangsa menyebabkan mangsa tidak sedar atau dipukau sebelum barang mereka dilarikan," katanya.

Katanya, walaupun ilmu sihir abstrak, pengamalnya mempunyai bilik khas dan menggunakan peralatan khusus untuk pemujaan seperti tengkorak haiwan dan senjata lama yang boleh dijadikan barang bukti.

Beliau mencadangkan supaya pengamal ilmu hitam itu disabitkan dengan undang-undang Takzir, iaitu bentuk hukuman diserahkan kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara dan jenis kesalahan.

Katanya, sabitan mengikut Takzir memerlukan pembuktian yang lebih mudah dengan bukti secara langsung dan tidak langsung serta bukti sampingan lain, berbanding Hudud yang memerlukan pembuktian tanpa sebarang syubhah.

Antara hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah termasuk buang daerah, penjara dan sebatan (mengikut hukum syarak), selain diperintah mengikuti kursus pemulihan akidah selepas menjalani hukuman itu.

Terdahulu, dalam kertas kerjanya bertajuk Sihir: Kesannya kepada Akidah dan Bagaimana Mengatasinya, Haron Din berkata, individu yang mengamalkan sihir dianggap murtad kerana amalan itu diharamkan dalam ajaran Islam dan pelakunya boleh dihukum bunuh, seperti diriwayatkan dalam beberapa hadis.

"Sihir menyebabkan mangsa tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab, bermusuhan, bercerai, gila, runsing yang kronik, malah boleh membawa maut," katanya.

Beliau berkata, sihir biasanya diperoleh dengan beberapa cara yang merosakkan akidah orang Islam, antaranya menggunakan al-Quran kecil yang sengaja diletakkan di tumit kasut untuk dipakai selama tujuh hari, menulis ayat tertentu dari al-Quran dengan darah haid bagi dijadikan tangkal azimat, membawa al-Quran dalam tandas dan membacanya ketika membuang air besar atau kecil, berzikir dengan perkataan yang tidak diketahui bahasa dan maknanya.

Katanya, umat Islam memandang ringan dan menganggap menemui ahli sihir sama seperti berjumpa doktor, tabib atau pawang bagi menyembuhkan penyakit sedangkan mereka tidak pasti kaedah yang digunakan ahli sihir berkenaan.

"Biasanya ahli sihir jarang dikenali sebagai ahli sihir dan tidak mengaku dirinya ahli sihir, sebaliknya mereka hanya dikenali sebagai tukang urut, bomoh, dukun atau pawang," katanya.

Haron berkata, umat Islam perlu memastikan doa dan jampi yang digunakan mengikut bacaan atau ruqyah yang memenuhi tiga syarat, iaitu menggunakan ayat al-Quran, hadis, atau doa yang difahami maknanya, berdoa menggunakan bahasa yang difahami dengan jelas tanpa ada unsur syirik, di samping yakin hanya Allah mampu menyembuhkan penyakit.

Pengamal perubatan tradisional dari Ulul Albab Management Services, Hanafi Rahman El Fesfanji, pula berkata isteri yang mahu menundukkan suami biasanya mengamalkan sihir antaranya memberi minum air basuhan kemaluan kepada suami, memberi minum air rendaman seluar, meludah dalam air rebusan yang dicampur dengan bahan sihir seperti kemuncup, semalu dan kuku bangkai merpati.

"Sihir ini lazim digunakan isteri yang dimadukan dan dengan sihir pengasih ini, si isteri kononnya berniat rumah tangga kembali kukuh dan anak dijaga dengan sempurna," katanya dalam kertas kerja bertajuk Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis.
 
Sponsored Post

miecs

Super Active Member
Messages
5,487
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,487
Reaction score
355
Points
86
hipnotisme tu kira ilmu pukau jugak ke?
 

on9shoppers

Active+ Member
Messages
2,726
Joined
Aug 1, 2009
Messages
2,726
Reaction score
11
Points
35
pel-11-unit-2-dosa-besar-membawa-kehancuran-umat-18-638.jpg
 

Hypnosis-Diri

Super Active Member
Messages
8,232
Joined
Sep 22, 2014
Messages
8,232
Reaction score
654
Points
111
hipnotisme tu kira ilmu pukau jugak ke?

Hypnosis dan Pukau merupakan 2 Proses yang berbeza.

Pukau/Mesmerism
Teori dan Praktiknya telah diasaskan oleh Anton Mesmer yang mengatakan daya magnetik yang keluar daripada mata manusia jika dibentuk dengan cara yang tertentu,boleh digunakan untuk merawat atau mengawal minda dan tubuh orang lain.

Hypnosis
Seseorang boleh masuk dalam keadaan hipnotik melalui pelbagai cara.Tidak memerlukan sebarang daya magnetik daripada mata hypnotis atau sebarang sentuhan.Kebanyakkan hypnotis bekerjasama dengan klien untuk menyelesaikan masalah klien melalui kaedah saranan-saranan pada klien ketika klien dalam keadaan tenang sepenuhnya.
 

oldtbone

Legendary Member
Messages
17,324
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
tapi kalo ada mmg sy setuju sgt..bende mcm ni sukar nk buktikan.
pg jumpa bomoh dia byr rm300..yg kena merana sepanjang hidup..zalim dan x adil
pd mn yg x percaya tu xleh nk salahkan..pilihan individu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register