BTC USD 59,962.4 Gold USD 1,733.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guan Eng menang rayuan ganti rugi kes saman terhadap PERKASA

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Guan Eng menang rayuan ganti rugi kes saman terhadap PERKASA
Guan_ENG-159_1614319578.jpg
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana fitnah.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan Guan Eng untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang menyampaikan keputusan itu berkata seorang pegawai awam, sama ada menyaman atas kapasiti jawatan rasmi atau peribadi, tidak dilarang daripada membawa tindakan untuk mendapatkan ganti rugi atas fitnah.

Nallini setuju dengan Harmindar sementara Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli sebaliknya.

Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Abdul Rahman berkata Guan Eng memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti jawatan rasminya.

Hakim itu berkata Guan Eng yang memfailkan tindakan itu atas kedudukan rasminya, tidak diwakili dengan sewajarnya oleh pegawai undang-undang kerajaan sebagaimana mengikut Akta Prosiding Kerajaan dan menambahkan bahawa tidak terdapat kebenaran rasmi yang dikemukakan oleh firma guaman yang mewakilinya.

Guan Eng pada 2012, memfailkan saman fitnah terhadap tujuh responden dengan mendakwa bekas Ketua Penerangan PERKASA, Allahyarham Ruslan Kassim menyiarkan kenyataan di laman sesawang PERKASA pada 1 Oktober 2011, yang membayangkan beliau (Guan Eng) membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara kepada Singapura.

Pada 26 Mac, 2015, Mahkamah Tinggi mendapati The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), bekas Pengarang Kumpulannya Datuk Syed Nazri Syed Harun, Utusan Melayu dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak, PERKASA, Ibrahim dan Ruslan Kassim bertanggungjawab terhadap fitnah berkenaan.

Mahkamah Tinggi pada 2015, memerintahkan PERKASA membayar ganti rugi sebanyak RM150,000, manakala NSTP dan Utusan masing-masing diperintahkan membayar RM200,000.

Pada 5 Mac 2019, Guan Eng hanya meneruskan permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap PERKASA, Ibrahim dan Ruslan. Namun, pada awal prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 22 September tahun lalu, Guan Eng menarik balik tindakan undang-undangnya terhadap Ruslan yang meninggal dunia.

Guan Eng juga menarik balik permohonan kebenaran merayu terhadap NSTP dan Utusan Melayu pada 5 Mac 2019 setelah media arus perdana itu bersetuju untuk membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM200,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi kepadanya (Guan Eng).

Guan Eng memperoleh kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai 2019.

Prosiding berlangsung secara dalam talian. – BERNAMA
 
Sponsored Post

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,966
Reaction score
139
Points
33
utusan malaysia ni lidah umno...
dah banyak kali utusan kena bayar saman sebab fitnah pembangkang..
dah berapa juta ringgit entah yg utusan kena saman...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
utusan malaysia ni lidah umno...
dah banyak kali utusan kena bayar saman sebab fitnah pembangkang..
dah berapa juta ringgit entah yg utusan kena saman...

Duk fitnah kene saman kalah.. bayar saman. Ujung tahun kerajaan bailout sepanjang zaman.. senang betul hidup
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,438
Points
1,906
Guan Eng’s Perkasa suit broke the law, says dissenting judge

February 27, 2021 8:52 PM

Federal-Court-judge-Abdul-Rahman-Sebli21.jpg

Federal Court judge Abdul Rahman Sebli dissented in the court’s 2-1 verdict to allow Lim Guan Eng’s appeal against Malay rights group Perkasa for labelling him a traitor.

PUTRAJAYA: A Federal Court judge has held that a defamation suit brought by former Penang chief minister Lim Guan Eng had breached the law and was doomed to fail.

Judge Abdul Rahman Sebli, in a dissenting judgment against the court’s majority verdict, said the suit should have been dismissed.

He said Lim’s writ and statement of claim, including all cause papers were illegal and ought to be disregarded as Lim had not used a government lawyer or sought sanction to engage a private lawyer.

“This court being the apex court, cannot turn a blind eye on the breach of the law by the appellant (Lim). It is a serious transgression of the law that has the effect of nullifying the whole action filed by the appellant,” he said.

However, Lim’s suit was upheld by two other judges on the bench, who said Lim had brought the suit in his private capacity and he was not bound by the provisions of the Government Proceedings Act.

Judges Nallini Pathmanathan and Harmindar Singh Dhaliwal upheld a High Court judgment to award damages of RM150,000. Lim had sued the Malay rights group Perkasa and two newspaper publishers over a statement describing Lim as a traitor for exposing national secrets to Singapore.

Rahman, who dissented, said the Court of Appeal had held that Lim had sued in his official capacity and not in his personal capacity, but Lim did not appeal to the Federal Court on this finding.

Rahman said the Government Proceedings Act required Lim to be represented by a government legal officer and not by a private law practitioner of his choice.


“This is the point of law raised by learned counsel for the respondents which I think has merit and must be decided in their favour.”

He said the Act also gave the option to Lim to engage a private lawyer to represent him, subject to the state legal adviser issuing a licence to the counsel, but no explanation was given as to why this was not done.

“It would have been easy for the appellant (Lim) to obtain the fiat from the state legal adviser of Penang, given his position as the chief minister of the state,” he said.

Harmindar, who delivered the majority verdict, said in practice, it would be beneficial for the public officer (Lim) to be represented by legal officers as all expenses would be settled by the government.

He said it was not open to Perkasa and the publishers to challenge the arrangement and decide for Lim as to who should represent him.

Yesterday’s ruling restored the findings of the High Court which had ordered Perkasa and its president, Ibrahim Ali, to pay RM150,000 in damages to Lim.

The New Straits Times and Utusan Melayu were also found liable by the High Court and each paid RM200,000. They did not appeal.

All the defendants were sued after the statement was published on Perkasa’s website which implied that Lim was endangering national security by exposing the country’s secrets to Singapore.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register