BTC USD 38,280.3 Gold USD 1,831.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guan Eng dilantik Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Guan Eng dilantik Ahli Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh Parlimen Ke-14.

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Usul pelantikan Setiausaha Agung DAP itu bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Enam Ahli Jawatankuasa Pemilih kini terdiri daripada Guan Eng; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).


Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. - BERNAMA

 

CG Sponsors




Top
Log in Register