BTC USD 28,227.7 Gold USD 1,940.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GST: Harga kad kahwin dijangka naik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Sebahagian kad kahwin yang dijual di Kad Kahwin Grafika


HARGA kad kahwin dan semua perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak, penunjuk arah dan sampul bercetak dijangka naik selepas GST dilaksanakan.

Pengarah Kad Kahwin Grafika, Izzat Rahim berkata, ini kerana, pengeluar kad kahwin terpaksa menampung kos percetakan yang tinggi kerana kilang percetakanakan menaikkan harga ketika itu.

“Semua kad kahwin, bunting dan barangan berkaitan kami reka sendiri.

"Namun untuk percetakan, kami hantar ke kilang. Setakat ini, kilang percetakan masih senyap (tidak maklumkan tentang kenaikan harga percetakan selepas GST), namun kami yakin ia akan naik.

“Tapi, bagi pelanggan sudah buat tempahan daripada kami dengan harga promosi, kami tidak akan naikkan harga kad dan perkhidmatan percetakan kami walaupun ketika itu kos percetakan meningkat,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Perkahwinan Jom Kahwin, di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap tahun, harga kad ada dinilai dan mungkin akan dinaikkan sekitar satu hingga dua peratus, bergantung pada kos semasa.

“Buat masa ini, kami masih menjual kad kahwin dengan harga antara 25 sen hingga RM1.50 sekeping, bergantung pada saiz dan kuantiti.

“Jika pelanggan ingin jimat, mereka boleh ambil pakej lengkap percetakan merangkumi kad kahwin, kotak, bunting, penunjuk arah dan sampul bercetak dengan tawaran harga menarik, berbanding jika beli secara berasingan,” katanya.

Pada masa depan, dia merancang membeli mesin percetakan untuk mencetak sendiri kad kahwin dan semua barangan berkaitan percetakan bagi mendapatkan kos lebih efektif, sekali gus mampu menawarkan harga lebih rendah.

Sementara itu, seorang jurucakap di sebuah kedai kad kahwin yang enggan namanya disiarkan berkata, harga kad dan perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak kecil dan penunjuk arah tidak akan naik sekiranya kerajaan tidak mengenakan GST terhadap pengeluaran
barangan itu.

“Buat masa ini, harga kad kahwin dan perkhidmatan percetakan kami tidak ada kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Sponsored Post

wong_fei_hung

Active+ Member
Messages
2,916
Joined
Feb 7, 2011
Messages
2,916
Reaction score
53
Points
45
sorry to say .... kad khawin aku, aku design dan buat sendiri secara kreatif oleh aku sendiri .... so far, ada 4 org kawan aku upah aku buat .. bahan depa beli sendiri.

time aku, jemputan kedua belah pihak total 1500 org .. so kad aku buat separuh dari tu lah ... total kos aku buat kad khawin .. dalam RM150.00 je
 
Sponsored Post

Top
Log in Register