BTC USD 60,325.0 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRS, PH Sabah Mampu Bawa Kejayaan Pada PRN Akan Datang - Hajiji

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,090
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,090
Reaction score
6,770
Points
916
Awards
1
23.09.2023 - Ketua menteri Sabah yang juga presiden Gagasan Rakyat berkata keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat. Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yakin kerjasama baik dengan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) negeri mampu membawa kejayaan kepada gabungan itu pada PRN akan datang. Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang juga presiden Gagasan Rakyat, berkata keyakinan itu juga berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.

“Kerana itu saya minta pemimpin Gagasan Rakyat di setiap bahagian supaya menyusun jentera parti dengan baik dan memastikan parti kuat sebelum DUN dibubarkan. Saya yakin dengan sambutan dan kejayaan kita menubuhkan ribuan cawangan dan bahagian di seluruh Sabah, ditambah kerjasama dengan rakan dalam GRS dan juga PH, insya-Allah kita akan berjaya dalam PRN akan datang,” katanya pada Majlis Pelancaran Parti Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut dan Perasmian Mesyuarat Tahunan 2023 bahagian itu di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod di sini hari ini.

Hajiji berkata walaupun Gagasan Rakyat menerima sokongan baik daripada rakyat di negeri ini, parti itu masih memerlukan kerjasama rakan lain untuk mentadbir dan memajukan Sabah.Sementara itu, beliau berkata keahlian Gagasan Rakyat, yang kini mencecah 300,000 orang di semua 73 bahagian, menunjukkan penerimaan baik rakyat di negeri ini. Hajiji turut menjelaskan Gagasan Rakyat ditubuhkan akibat ketidaktentuan atau ketidakstabilan politik negara dan di Sabah sejak beberapa tahun lepas, dan ditubuhkan kerana memenuhi aspirasi masyarakat tempatan Sabah.

“Mereka mahu kita berjuang dalam parti tempatan seperti di Sarawak yang mengutamakan parti tempatan mereka. Tapi ini tidak bererti kita tidak mahu bekerjasama dengan parti nasional,” katanya.

Selain Gagasan Rakyat, GRS turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). Pada majlis berasingan, Hajiji menyerahkan sejumlah 421 geran tanah anak negeri bagi pihak kerajaan negeri kepada penduduk dari 15 kampung di Tongod, melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar. Kampung utama terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94 geran), Kampung Kironggu (55 geran), Kampung Kotodon (43 geran) dan Kampung Alitang (37 geran).

Menurut Hajiji, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran ialah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan bakinya sebanyak 78 geran daripada proses permohonan tanah biasa.Beliau turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada empat kampung iaitu Kampung Tampasuk melibatkan keluasan 77.587 hektar, Kampung Imbak (7.25 hektar), Kampung Linayukan (15.831 hektar) dan Kampung Namukon (4.047 hektar). Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod bernilai RM5,101,390 yang dimulakan pembinaan pada Jun lepas dan dijangka siap pada Disember tahun depan.
1695481490831.png
 
Sponsored Post

Jentera GRS Perlu Bersedia Jika PRN Sabah Di Awalkan

16.11.2023 - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diawalkan. Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

"Walaupun kita masih mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi namun siapa tahu kemungkinan pilihan raya akan kita awalkan?," katanya dalam ucapan dasar Persidangan Agung Tahunan 2023 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.
2386448.jpg

Hajiji Noor (kiri) bersalaman dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (kanan) ketika merasmikan persidangan tersebut.

Justeru, beliau berkata, jentera Gagasan Rakyat perlu bersedia dan bekerja keras bagi menghadapi PRN Sabah kerana dua tahun bukan tempoh yang lama. Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hajiji bagaimanapun berkata, beliau belum mempunyai ‘ilham’ untuk tarikh pilihan raya tersebut. Hajiji juga berkata, dalam menghadapi PRN Sabah akan datang, beliau berharap tiada lagi cubaan rampasan kuasa dibuat seperti pada awal tahun ini yang boleh menjejaskan kestabilan politik negeri.

Pengerusi GRS itu berkata, ia antara titik hitam dalam politik Sabah yang amat mengecewakan kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin iaitu rakan dalam kerajaan negeri sendiri dan ia telah mengakibatkan segala urusan pentadbiran negeri terganggu. Tanpa menamakan pemimpin atau kumpulan itu, beliau berkata, kerajaan negeri nyaris lumpuh serta hilang kelayakan untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan malah mendatangkan kegusaran kepada rakyat Sabah sendiri yang bimbang jika berlaku PRN sekali lagi. Hajiji berkata, ketidakstabilan politik serta perubahan yang kerap di Sabah termasuk menukar Ketua Menteri boleh menyebabkan dasar kerajaan sebelum ini tidak dapat diteruskan dan ini merencatkan pembangunan negeri ini sendiri.
1700129318728.png

"Membangunkan negeri memerlukan jangka masa munasabah selain komitmen serta iltizam kerajaan untuk merealisasikan matlamat menjadikan negeri lebih maju dan membangun. Sabah memerlukan iltizam politik untuk membangun dengan segera. Kuncinya adalah kestabilan dan hanya dengan kestabilan, Sabah mampu dibangunkan serta dimajukan," katanya.

Beliau berkata, atas faktor kestabilan politik dan kepentingan rakyat, GRS memutuskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan seterusnya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2023/11/13/jentera-grs-perlu-bersedia-jika-prn-sabah-diawalkan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register