BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRO rempuh pintu cuba loloskan diri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ANTARA GRO yang ditahan ketika Op Ikrar di sebuah pub di Taman Melaka Raya, Melaka, malam semalam.​

MELAKA 5 Sept. - Gara-gara terkejut dengan kehadiran pihak penguat kuasa Jabatan Imigresen, sekumpulan 15 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam nekad melarikan diri dengan merempuh pintu semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini malam tadi.

Dalam serbuan sempena Op Ikrar bermula pukul 9.30 malam itu, kebanyakan GRO berkenaan sedang leka melayan pelanggan di beberapa bilik di pusat hiburan tersebut.

Bagaimanapun, kesemua wanita berkenaan yang berumur antara 16 hingga 37 tahun gagal melarikan diri setelah pihak berkuasa mengawal rapi kawasan pusat hiburan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan berkenaan.

“Semasa serbuan dilakukan semua wanita GRO itu sedang asyik melayan pelanggan masing-masing sambil menyanyi dan minum minuman keras.

“Namun sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, semua wanita ini cuba melarikan diri, termasuk merempuh anggota wanita imigresen dan ada di antara mereka juga cuba bersembunyi bagi mengelak ditahan, nasib baik tiada anggota yang cedera,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Imigresen negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Abu Bakar, hasil kecekapan anggotanya mengepung premis berjaya menahan kesemua mereka yang berjumlah 40 orang daripada meloloskan diri.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua GRO yang dicekup itu dipercayai telah berada di negara ini dalam tempoh sebulan hingga enam bulan menggunakan pas lawatan sosial dan ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Daripada 40 yang ditahan, enam daripadanya disiasat mengikut Seksyen 61(c) Akta Imigresen kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah. Selain itu kita turut mengeluarkan satu saman saksi kepada pengurus pusat hiburan terbabit dan majikan untuk hadir di pejabat Imigresen Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Semua wanita warga Vietnam yang ditahan kini dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah di sini untuk siasatan lanjut.

Operasi selama tiga jam bermula 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam itu membabitkan 20 anggota terdiri daripada Jabatan Imigresen negeri serta Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.



Source: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/gro-rempuh-pintu-cuba-loloskan-diri-1.131975
 
Back
Top
Log in Register