BTC USD 28,175.0 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRO menggedik-gedik elak dicekup polis

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
image.jpg

Seorang GRO meraung dan enggan tangannya digari anggota polis.

PUCHONG – Ada yang meraung bagai diserang histeria, berpura-pura pengsan malah sanggup sembunyi di sebalik tangki air atas siling tandas. Itu antara reaksi spontan empat GRO ketika serbuan dibuat.

Bagaimanapun, mereka gagal lepaskan diri dari ditahan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbu dua pusat hiburan sekitar Puchong, lewat malam kelmarin.

Di premis pertama di Jalan Layang-Layang Bandar Puchong Jaya, polis terpaksa mengambil masa hampir 20 minit memujuk GRO yang menangis dan meraung kerana enggan dibawa ke balai.

Wanita warga Vietnam berusia lingkungan 30-an itu terlentang atas lantai dan berpaut pada kaki meja bagi mengelak tangannya digari.

Dia turut menangis teresak-esak apabila disuruh memakai jubah tahanan dan cuba melompat keluar dari van polis.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/gro-buat-perangai-elak-dicekup-1.324658
 
Sponsored Post

blogpstr

Active Member
Messages
1,079
Joined
Aug 9, 2011
Messages
1,079
Reaction score
36
Points
30
Anggota wanita kan ada. Buat pe g pegang tangan yg bukan mahram tu..
Dlm ape jua keadaan pikirkn dahulu cara berlandaskan syarie. Nak tangkap org bersalah, dalam pada masa yg sama 'bersalah' pada tuhan.

Kot dah ketegaq sangat and susah nak buat keje, kene gak lelaki tolong. Kan ada anggota wanita tu, tapi kalau dah bergelut sangat, takkan nak dipandang aja. Kalau dalam operasi, ada beberapa orang anggota wanita, tapi biasanya GRO tu lagi ramai dari anggota. Kot sorang gro kena amik 3 anggota wanita nak settle, dah abis la lari yang lain jawabnya.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register