BTC USD 63,581.8 Gold USD 1,805.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Greece Buka Kes 'Tertutup' Pertama Untuk Pencari Suaka

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Greece buka kes 'tertutup' pertama untuk pencari suaka

September 18, 2021 @ 10:08pm

GREECE-EU-MIGRATION-CAMP_1631974107.jpg


Gambar menunjukkan kem baharu bagi pencari suaka di pulau Samos, Greece. - Foto AFP


SAMOS: Greece hari ini menjadikan salah satu daripada lima kem pelarian sebagai penempatan tertutup untuk pendatang dengan kawalan akses keluar masuk yang ketat.

Tindakan itu dibantah oleh pihak berhaluan kanan yang menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

Kawat duri memagari seluruh kawasan kem baharu di pulau Samos itu, yang antara lain dilengkapi kamera pemantauan, pengimbas sinar x dan pintu magnetik.

Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan 276 juta euro (RM1.35 bilion) untuk pembinaan kem baharu di lima pulau sekitar Greece, iaitu Leros, Lesbos, Kos, Chios dan Samos.

Kesemua lokasi itu adalah pintu masuk utama pendatang, pelarian dan migran yang mahu ke Eropah menerusi laluan perairan negara jiran Turki, terutama dari Asia Barat dan Afrika.

Kem Samos yang bakal menjadi lokasi perintis kemudahan penempatan tertutup itu turut mempunyai pusat tahanan dan hanya boleh diakses menggunakan cip elektronik manakala pagar akan kekal ditutup pada waktu malam.

Menteri Imigresen Greece, Notis Mitarachi, beberapa bulan lalu dilaporkan berkata struktur terkawal penempatan pendatang itu akan diterapkan di kesemua pulau dan tanah besar Greece.

Kem Leros dijangka siap bulan depan manakala Lesbos yang menjadi pengganti Moria iaitu kem terbesar Eropah, yang musnah dalam kebakaran tahun lalu, belum memulakan fasa pembinaan.

Dengan kualiti penempatan yang lebih baik, bekalan air, ruang keluarga secara berasingan, tandas dan kawalan keselamatan, kerajaan Greece memberi jaminan bahawa kesemua kem akan menepati standard Eropah.

Langkah sedemikian diambil bagi menggantikan kemudahan kesihatan terdahulu yang mempunyai persekitaran tidak kondusif.

Berhubung Samos, kemudahan berdekatan pelaburan Vathy dirangka untuk menempatkan 680 orang, namun pernah memuatkan hampir 10 kali ganda kapasiti berkenaan sebelum ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan sokongan bagaimanapun menyatakan kebimbangan terhadap struktur kem penempatan terbaruitu kerana ia terasing dan tertutup.

Minggu lalu, pelbagai NGO, termasuk Amnesty International, menuduh Greece mendalangi dasar menyakitkan apabila mengurung dan mengasingkan pencari suaka serta pelarian.

Sekitar 450 NGO dan kumpulan masyarakat awam mendesak EU serta Kerajaan Greece untuk mengetepikan rancangan menyekat pergerakan di dalam kem terbabit.

Greece ketika ini menjadi tumpuan apabila lebih sejuta pencari suaka, rata-ratanya rakyat Syria, Iraq dan Afghanistan memasuki Eropah pada 2015. - AFP


 

CG Sponsors




Top
Log in Register