BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Grammarly Bakal Hadir Dengan Sokongan Kecerdasan Buatan Yang Boleh Menulis Mengikut Gaya Anda

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Grammarly merupakan salah satu perkhidmatan yang sering dituju dalam melakukan semakan ejaan atau tatabahasa melibatkan bahasa Inggeris. Kini, selari populariti teknologi kecerdasan buatan, Grammarly mengumumkan sebuah ciri baharu pada penawaran mereka, dinamakan GrammarlyGo. GrammarlyGo akan diperkenalkan dalam bulan-bulan akan datang, dan memfokuskan kepada kebolehan menulis kandungan mengikut gaay seseorang pengguna.

Grammarly menyasarkan penawaran ini akan mempercepatkan lagi anda menyiapkan penulisan anda. Ia dijangka beroperasi seumpama ChatGPT, dimana pengguna perlu memberikan sedikit arahan dan input. Ia seterusnya akan menjana sesuatu penulisan itu, mengikut gaya pengguna tersebut sendiri.

GrammarlyGo disasarkan untuk digunakan bagi sejumlah tugasan, termasuk untuk menjadikan sesuatu penulisan itu lebih panjang, digunakan dalam membalas emel mengikut tona dan gaya anda, disamping untuk memperibadikan sesuatu penulisan mengikut gaya anda.

GrammarlyGo bakal ditawarkan dalam bentuk beta seawal April ini.
GrammarlyGo.gif
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register