BTC USD 35,940.7 Gold USD 1,815.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GPS kuasai lebih dari dua pertiga DUN Sarawak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
PRN SARAWAK | Syarikat Penerbangan Perlu Main Peranan Turunkan Harga Tiket

Syarikat penerbangan perlu memainkan peranan mengurangkan kenaikan harga tiket ke Sarawak, bagi membantu rakyat negeri itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
POLITIK | BERSATU Tidak Bertanding Di PRN Sarawak

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.

Sebaliknya BERSATU akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya negeri berkenaan.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,926
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,926
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1

#BHpolitik
Sedia gerakkan seluruh jentera bagi pastikan GPS capai kemenangan besar
#PRNSarawak
https://bit.ly/3xBG108

BERSATU Sarawak akur keputusan Presiden, akan bantu GPS

November 27, 2021 @ 9:12pm

1638019084642.png


KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak akur dengan keputusan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, berkata pihaknya juga menyokong penuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan gabungan berkenaan memperoleh kemenangan pada PRN itu.

"Ahli-Ahli BERSATU Sarawak akan turun membantu kempen serta menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan GPS mencapai kemenangan besar dan cemerlang pada PRN Sarawak kali ini.

"Kita memberi kepercayaan kepada Abang Johari untuk membawa kemenangan dan sekali gus mempertahan kerajaan negeri pimpinan GPS," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.





Muhyiddin hari ini mengumumkan BERSATU tidak akan bertanding pada PRN Sarawak yang berlangsung pada bulan depan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata keputusan berkenaan dibuat selepas sesi perbincangan bersama Abang Johari, baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember, pengundian awal pada 14 Disember dan pengundian pada 18 Disember. – BERNAMA

 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
PRN SARAWAK | Syarikat Penerbangan Perlu Main Peranan Turunkan Harga Tiket

Syarikat penerbangan perlu memainkan peranan mengurangkan kenaikan harga tiket ke Sarawak, bagi membantu rakyat negeri itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pandai airasia.. tiket kasi mahal2 waktu prn.. amik peluang brp bln x untung
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,926
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,926
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1
1638065128281.png


PRN Sarawak: DAP minta PKR usah bazir masa, tenaga lagi

Diterbitkan: Nov 27, 2021 4:05 PM




Pengerusi DAP Sarawak Chong Cheng Jien meminta PKR negeri itu tidak “membazir masa dan tenaga” membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mereka sebagai tidak sah.

Sebaliknya Chong berkata, lebih baik untuk PKR memberi fokus penuh kepada 47 kerusi yang akan mereka tandingi di bawah persetujuan bersama dan berusaha memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Jangan bazirkan masa dan tenaga yang berharga untuk merebut kerusi hingga terlupa matlamat untuk menang dalam perang menentang GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya dalam kenyataan hari ini.

PKR juga mendakwa mereka telah cuba merundingkan pengagihan kerusi untuk menghadapi PRN tidak lama lagi namun ditolak DAP Sarawak.

Pada 2 Jan lalu, PH Sarawak bersetuju agar PKR bertanding di 47 kerusi, manakala DAP 26 dan Amanah di sembilan yang lain. Perjanjian itu ditandatangani oleh Sng, Chong dan Pengerusi Amanah Sarawak Abang Abdul Halil Abang Naili.

Sebulan kemudian, Sng melompat meninggalkan PKR untuk menjadi ahli parlimen bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN).

Kata Chong, persetujuan di antara tiga parti terbabit didahului dengan banyak pusingan rundingan dan bukan sekadar melibatkan Sng, malah turut kerap dihadiri beberapa ahli jawatankuasa negeri dari PKR, seperti Joshua Jabeng dan Abang Zulkifli Abang Engkeh yang kini memangku jawatan pengerusi PKR Sarawak.

“Pada hari tersebut, Sng menandatangani (persetujuan) bagi pihak jawatankuasa PKR negeri, yang ramai juga hadir. Itu merupakan keputusan jawatankuasa negeri secara keseluruhan, bukan keputusan Sng seorang.

“Hanya kerana Sng kemudian meninggalkan PKR, ia tidak bermaksud semua keputusan terdahulu terbatal dan harus dikaji semula.
“Bukan begitu caranya (dalam) perjanjian. Ia perjanjian di antara parti dengan parti, perubahan seorang pemegang jawatan tidak memberi kesan kepada kesahihan perjanjian itu.

“Di pihak kami pun (DAP Sarawak) telah mengalah dalam beberapa kerusi bagi mencapai perjanjian pada 2 Jan itu,” katanya lagi.
Chong sebelum ini mengumumkan calon DAP untuk 18 kerusi yang bakal ditandingi mereka, termasuk di Kemena, Senadin, Pujut dan Piasau.
PKR Sarawak sebelum ini meminta untuk bertanding di empat kerusi tersebut, tetapi DAP "enggan terlibat dalam sebarang rundingan".



Semalam, PKR Sarawak mendakwa perjanjian rundingan kerusi PH negeri itu terbatal dan tidak sah kerana dikatakan dibuat di antara DAP dengan bekas pengerusi PKR, Larry Sng, dan tidak mendapat persetujuan akar umbi.


 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,926
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,926
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1
1638072614535.png


'Kenapa PAS letak calon di Sarawak meski selalu hilang deposit?'
Diterbitkan: Nov 28, 2021 8:43 AM

Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen GPS dilapor meremehkan rancangan PAS bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Menurut The Borneo Post, Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan mengapa PAS bersusah payah meletakkan calon sedangkan kebanyakannya akhirnya kehilangan wang deposit dalam PRN sebelum ini.

“Kenapa mereka masih di sini? Saya tidak tahu.

"Saya tidak tahu apa yang mereka mahu.

“Begitu juga dengan parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia, mereka harus kekal di sana dan tidak perlu datang ke sini dan menganggu hal di sini, itu pendapat saya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pada PRN Sarawak 2016, PAS kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya.

Tujuh calon telah kehilangan wang deposit mereka.

Awal bulan ini, PAS Sarawak berkata akan bertanding semula di 11 kerusi kali ini iaitu Kemena, Beting Maro, Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Parti itu kemudiannya mengatakan senarai itu tidak disahkan.

Pada Jumaat (26 Nov), Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu sebenarnya akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis tetapi berkata bilangan kerusi masih belum dimuktamadkan.

“PAS akan bertanding di Sarawak dan kita akan tentukan jumlah kerusi selepas perbincangan dengan PAS Sarawak hujung minggu ini.
“PAS yakin pengundi Sarawak akan mengundi calon kita, yang terdiri daripada rakyat Sarawak daripada pelbagai bidang kepakaran dan terkemuka,” katanya seperti dilapor Harakah Daily.

Ini hampir pasti bermakna parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertembung dengan GPS kerana parti itu bertanding di semua 82 kerusi.

GPS bukan sebahagian daripada PN secara rasmi tetapi menyokong gabungan pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin itu di peringkat persekutuan.

Sementara itu, Karim mengalu-alukan keputusan Bersatu untuk tidak bertanding PRN Sarawak.

“Pada pendapat saya, ia adalah satu keputusan yang sangat bagus.

“Sebagai rakan di peringkat Parlimen yang bersama-sama membentuk kerajaan pusat, apabila PRN diadakan di Sarawak, sebaiknya serahkan kepada Sarawak untuk mengendalikannya.

“Bersatu belum bertapak di sini dan mereka masih baru, kerana sebelum ini, mereka tiada di Sarawak,” katanya.
Bahagian Sarawak Bersatu telah dilancarkan pada Disember 2018.

Mengenai spekulasi bahawa BN akan meletakkan calon pada PRN akan datang, Karim menyifatkan ia sebagai khabar angin oleh laskar siber.

“Bagi saya, apa yang dipaparkan dalam media sosial adalah hasil kerja kanak-kanak yang nakal.

"Saya tidak fikir mereka akan datang ke sini. Kami percaya kepada mereka yang mengendalikan BN. Mereka tidak akan melakukan perkara nakal seperti itu,” katanya lagi.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
KKMM | Bincang Dengan Kerajaan Sarawak Bagi Kempen Menerusi Media Rasmi Kerajaan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan kerajaan negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri, berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa ini pihaknya mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses ‘post mortem’.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
PRN SARAWAK | Jentera GPS Perjuangkan Bantu Rakyat

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri, 18 Disember depan, sekiranya gabungan parti itu bergerak dalam satu pasukan.

Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jentera GPS pula diingatkan terus berjuang dan membawa mesej untuk membantu rakyat.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,134
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,134
Reaction score
4,390
Points
296
Awards
1
Lebih 9,000 Pegawai, Anggota Polis Akan Di Atur Gerak

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal keselamatan dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata penugasan tersebut hanya melibatkan polis kontinjen Sarawak dan Bukit Aman akan menambah jumlah anggota tersebut, sekiranya diperlukan.

"PDRM telah bersiap-sedia dan kami tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi penugasan PRN Sarawak tidak lama lagi. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang kekecohan semasa PRN Sarawak dan patuh SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan PRN ini berjalan lancar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di Kuala Lumpur hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 dan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis, manakala hari pengundian awal pada 14 Dis. Sementara itu, Mazlan berkata setakat hari ini, 2,596 pasukan pemantau pematuhan SOP masih digerakkan di seluruh negara, termasuk 339 pasukan di Selangor.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas Datuk Zamri Yahya dan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/601097
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register