BTC USD 35,848.3 Gold USD 1,815.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GPS kuasai lebih dari dua pertiga DUN Sarawak

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,924
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,924
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1

PRN Sarawak: PKR dakwa DAP tidak terbuka, telus bincang agihan kerusi​

November 26, 2021 9:33 PM

PKR-HQ-FMT-160320.jpg

Selama berbulan-bulan PKR Sarawak cuba mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan di negeri ini, namun berdepan penolakan kosong.

PETALING JAYA: PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya, DAP Sarawak, enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang-kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menjelang pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.
Majlis Pimpinan PKR Sarawak dalam kenyataannya, berkata kawasan yang dimaksudkan membabitkan DUN Senadin, Piasau dan Pujut.

Katanya, selama berbulan-bulan PKR Sarawak cuba mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan di negeri ini, namun berdepan penolakan kosong.

“Kami telah menjelaskan bahawa berikutan pemergian bekas Pengerusi PKR (Sarawak), Larry Sng, pada Februari 2021, sebarang perjanjian peribadi yang dibuat oleh beliau dengan DAP Sarawak adalah terbatal dan tidak sah kerana ini dilakukan secara persendirian tanpa pengetahuan dan persetujuan pemimpin dan akar umbi PKR Sarawak.

“Walau bagaimanapun, kami sangat kecewa apabila DAP Sarawak masih enggan terlibat dalam sebarang rundingan mengenai perkara ini dan terus menuntut ketiga-tiga kerusi itu walaupun prestasi mereka kurang memuaskan dan kalah pada pilihan raya negeri 2016,” katanya dalam kenyataan.

Tiga kerusi berkenaan merujuk kepada DUN Senadin, Piasau dan Pujut. Turut menjadi pertindihan tuntutan membabitkan kawasan Kemena.

Hari ini, DAP Sarawak mengumumkan 18 calonnya menjelang PRN12 Sarawak yang antara lain menamakan Marcus Hugo bertanding di Senadin, Peter Hee (Piasau) dan Alan Ling (Pujut).

Dalam pada itu, Majlis Pimpinan PKR Sarawak, berkata sejak awal 2020, PKR sudah mengenal pasti calon Dayak yang berpotensi tinggi untuk dicalonkan di DUN Kemena. Dalam pengumuman DAP, parti itu mencalonkan John Bryan bertanding di kerusi terbabit.

“Pada asalnya kerusi Kemena adalah kerusi PKR, tetapi dipinjamkan kepada DAP pada pilihan raya (PRN) 2016 yang kemudiannya DAP kalah. Dengan kekuatan dan prestasi calon yang ada sekarang, kami (ingin) mengembalikan kerusi ke pangkuan PKR,” katanya.
Katanya, DAP pada PRN Sarawak lalu, tewas di DUN Senadin dan Piasau, manakala DUN Pujut menyaksikan calon mereka dibatalkan menjadi Ahli DUN kerana isu kewarganegaraan Australia.

“Pada 2018, Ahli Parlimen Miri selama dua penggal, Dr Michael Teo Yu Keng, telah memenangi kerusi Parlimen Miri dengan majoriti tinggi di Piasau, Senadin dan Pujut. PKR Sarawak mendapat sokongan akar umbi yang kuat daripada masyarakat Cina dan Dayak di tiga kerusi DUN ini,” katanya.

Katanya, PKR Sarawak mempersoalkan perpaduan dan setiakawan terhadap DAP sambil menegaskan perundingan kerusi PRN12 harus dilakukan secara terhormat, terbuka dan telus demi membina persefahaman yang kuat.

“…Pada masa untuk sama-sama membawa pembaharuan dan perubahan secara efektif bukanlah hanya sekadar menguasai kerusi majoriti Cina di kawasan bandar. Kita memerlukan pimpinan berbilang kaum, dengan sokongan akar umbi yang kuat untuk mendekati rakyat di kawasan pedalaman Sarawak,” katanya.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,924
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,924
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1

Hak Bersatu letak calon, GPS kekal tanding semua 82 kerusi, kata Abang Jo​

November 26, 2021 8:20 PM

GPS-Gabungan-Parti-Sarawak-Bernama_1.jpg

Gabungan Parti Sarawak belum menerima sebarang jemputan daripada Bersatu bagi membincangkan PRN Sarawak. (Gambar Bernama)
BETONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum menerima sebarang jemputan daripada Bersatu bagi membincangkan pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusi GPS, Abang Johari Openg berkata, beliau perlu meneliti jemputan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tidak tahu (mengenai perbincangan itu). Kita tengoklah nanti, jika ada jemputan, apa tujuan perbincangan itu,” katanya selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kabong.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, Bersatu akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Perikatan Nasional dan GPS untuk menentukan strategi serta persiapan menghadapi PRN Sarawak.

Ditanya jika Bersatu meletakkan calonnya pada PRN Sarawak, Abang Johari berkata, itu hak mereka, namun GPS kekal dengan keputusan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Biarlah mereka (Bersatu) tetapi kita (GPS) tetap dengan keputusan kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Dis, pengundian awal 14 Dis dan pengundian 18 Dis.

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,850
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,850
Reaction score
860
Points
121
GPS nie tamak gila. sume dia nk bolot. nk jadi abg long ke
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,924
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,924
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1
"Tidak kira calon dari parti mana, kalau dia boleh deliver, boleh beri apa yang penduduk mahu, maka dia akan dipilih."
#AWANInews #AWANIpagi

Tidak lagi guna logo BN bukan masalah buat GPS - Penganalisis​

November 27, 2021 09:27 MYT
Tidak lagi guna logo BN bukan masalah buat GPS - Penganalisis

GPS dibentuk susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Tiada masalah buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak lagi menggunakan logo Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, kata Dr Arnold Puyok.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini, pengundi Sarawak tidak taksub kepada logo tetapi melihat kepada individu yang mampu berkhidmat.

“Bagi saya, logo atau jenama ini tak penting. Sebab, politik Sarawak ini bersifat personalistik, seperti juga politik di Sabah, pengundi lebih melihat kepada calon.
“Contohnya baru-baru ini, apabila kita turun ke rumah panjang, kita bertanya kepada para pengundi di situ, mereka mengatakan mereka akan memilih calon yang mampu 'deliver'.

“Jadi, tidak kiralah calon dari parti mana, kalau dia boleh deliver, boleh berikan apa yang diperlukan penduduk, maka dia akan dipilih,” kata pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UNIMAS ini.

Malah, katanya, rakyat Sarawak juga sudah dibiasakan dengan logo baharu GPS yang mula giat diguna pakai dan dipromosi sejak setahun dua yang lalu.

“Banyak risalah yang sudah diedarkan, saya ingat kalau kita ke luar bandar pun ramai yang sudah mengenali logo atau lambang GPS ini,” tambahnya.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ia dibentuk susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536

hehe comei sungguh
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,924
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,924
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1

Bersatu tak bertanding PRN Sarawak – Muhyiddin​

27 November 2021

MGF17112021_MUHYIDDIN-BMCC11.jpg

Tan Sri Muhyiddin Yassin

PAGOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan pihaknya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Sebaliknya parti itu akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri itu pada 18 Disember nanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Presiden Bersatu, perkara itu telah diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden GPS,Tan Sri Abang Johari Abang Openg

“Kita sudah ada perbincangan dengan Abang Johari beberapa hari sebelum pengumuman PRN Sarawak dibuat. Kita bincang di peringkat parti, yang kita tidak akan bertanding di PRN Sarawak. Kita dah buat keputusan.

“Yang penting kita nak tentukan parti di Sarawak menang dengan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh di sini hari ini.

GPS semalam mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN kali ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, langkah Bersatu tidak bertanding di PRN Sarawak itu bagi menghormati pandangan dan permintaan GPS supaya mereka diberi laluan pada pilihan raya berkenaan.

“Kita hormati pandangan GPS. Apa yang pasti, kita yakin GPS ada kekuatan. Atas dasar itu, ahli kita di sana akan membantu supaya GPS capai kemenangan lebih besar pada PRN Sarawak,” katanya

Bagaimanapun, katanya, Bersatu dan PN mungkin akan bertanding di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
“Cuma pada PRN-15 nanti, GPS ada menyatakan mungkin ada pertimbangan lain. Bermakna parti yang lain akan bersama-sama GPS ketika PRU-15 nanti termasuk PN,” katanya.- MalaysiaGazette

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Nmpk nya nk jaga hubungan dgn gps ni..muhyiddin mmg tau gps gerenti menang.. so baik jaga hubungan
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register