BTC USD 37,179.2 Gold USD 1,798.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GPS kuasai lebih dari dua pertiga DUN Sarawak

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada sidang media khas jam 9 pagi tadi.
#AWANInews #AWANIpagi
https://www.astroawani.com/.../dun-sarawak-bubar-berkuat...

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 Nov - Abang Johari​

November 5, 2021 09:10 MYT
DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 Nov - Abang Johari

Abang Johari umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021 pada sidang media khas jam 9 pagi tadi yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI. -Gambar fail

KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November 2021.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada sidang media khas jam 9 pagi tadi di Bilik Mesyuarat Utama, tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia (WBM) yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI.

Turut hadir ialah barisan pemimpin utama daripada setiap komponen parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), antaranya Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Semalam media dimaklumkan berhubung sidang media hari ini, namun ia tidak memperincikan sama ada ia ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun media menjangka ia berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu.
Sebelum ini, teka-teki mengenai PRN Sarawak semakin memuncak apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.

Bagaimanapun, tiada tarikh tertentu dinyatakan bagi menandakan berakhirnya Proklamasi Darurat berkenaan.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat pada 6 Jun lalu namun pembubaran DUN ditangguhkan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 2 Februari 2022 di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Abang Jo angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak​

December 18, 2021 11:43 PM

Abang-Johari-Openg-GPS-angkat-sumpah-bernama.jpg

Abang Johari Openg mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri. (Gambar Bernama)

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, selepas gabungan empat parti itu memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Abang Johari yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Juma’ani Tuanku Bujang.
Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Awang Tengah Ali Hasan dan Douglas Uggah Embas, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri dalam barisan Kabinet sebelum ini.

Ini merupakan kali kedua Abang Johari, yang hari ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada PRN12, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Kali pertama adalah pada 13 Jan 2017, sebagai menggantikan Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Beliau mengetuai GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), untuk pertama kali bertanding pada PRN menggunakan lambang sendiri.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan GPS diketuai Abang Johari menang 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan pada PRN12 setakat pukul 8.45 malam ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata dengan keputusan itu, GPS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi dipertandingkan atau majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

1639834981080.png

Langsung: GPS menang majoriti dua pertiga kerusi di Sarawak

Diterbitkan: Dec 18, 2021 5:30 PM

Dikemaskini: 9:22 PM

446FDCF1-8CE1-48A7-BFDB-61A4F2EF5FAF_4_5005_c.jpeg

GPS raikan kemenangan

9 malam
- Pemimpin tertinggi GPS berkumpul di Pusat Konvensyen Borneo Sarawak untuk meraikan kemenangan mereka pada pilihan raya negeri.

Diketuai pengerusi gabungan itu, Abang Johari Openg, mereka mengibarkan bendera GPS dan menyanyikan lagu parti.

“Sarawak first!” laung mereka, yang berpakaian warna merah dan putih.

78e04cf0b075830a13a9571d7b5bb873.jpg

SUPP: Undi Cina beralih dari pembangkang

8:40 malam
- Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian percaya bahawa undi kaum Cina telah beralih daripada pembangkang selepas partinya merampas kerusi majoriti Cina seperti Pelawan daripada DAP.

Parti itu juga berjaya mengurangkan majoriti DAP di DUN Padungan.

“Di kerusi yang biasanya kita kalah tiga hingga empat ribu undi, kini kita kalah beberapa ratus undi.

“Jadi ini adalah anjakan yang jelas kepada rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Cina, terhadap mereka yang tidak melaksanakan (dan) tidak menunaikan janji mereka yang berbohong kepada rakyat dan orang ramai,” katanya kepada media.

Sim secara rasmi mempertahankan kerusi Batu Kawah.

GPS menang majoriti dua pertiga di Sarawak

8.55 malam
- GPS berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri di Sarawak.

Ketika berita ini ditulis, gabungan itu memenangi sekurang-kurangnya 55 daripada 82 kerusi DUN dan dijangka memenangi beberapa kerusi lagi.

Pada pilihan raya negeri 2016, GPS yang ketika itu merupakan sebahagian daripada BN memenangi 72 daripada 82 kerusi DUN.

DAP hanya tinggal dua kerusi di Sarawak

8.50 malam:
DAP memenangi hanya dua kerusi di dewan undangan negeri Sarawak, berkurang daripada tujuh kerusi yang dimenanginya pada 2016.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jien berkata pihaknya menerima keputusan pengundi.

Dia berjanji DAP akan terus melindungi kepentingan rakyat.

"Kita akan (buat) semakan. Kita terima keputusan rakyat. Kita akan buat pelarasan sewajarnya," katanya.

Chong juga berterima kasih kepada pengundi Padungan kerana memilihnya untuk kembali ke dewan undangan negeri.

Tak rasmi: GPS dapat majoriti mudah

8.20 malam:
GPS meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Menurut keputusan tidak rasmi, gabungan itu telah menang 42 daripada 82 kerusi DUN.

Ini kali pertama PBB, PRS, PDP dan SUPP menang dalam pilihan raya negeri menerusi gabungan itu, yang ditubuhkan selepas PRU 2018.

Sebelum ini, parti-parti ini adalah komponen dalam BN Sarawak.

624a0aadc32ee691bfa6edf9539955bf.jpg

GPS mendahului di Pelawan yang disandang DAP

8.15 malam:
Calon SUPP-GPS Michael Tiang mendahalui di Pelawan, kerusi DUN yang disandang Timbalan Pengerusi DAP Sarawak David Wong Kee Woan, dengan perbezaan hanya 100 undi.

Setakat ini, Tiang telah meraih 4,413 undi manakala Wong mendapat 4,313 undi.

Calon PSB Low Chong Nguan mendapat 3,757 undi, diikuti dengan calon Parti Bumi Kenyalang, Tiew Yen Houng (3,146) dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak, Janet Loh (302).

Koh pertahankan kerusi sebagai wakil rakyat pembangkang

7.55 petang:
Presiden PSB, Wong Soon Koh mempertahankan kerusi Bawang Assan.

Wong menyandang kerusi itu sejak 1991 dan kini memasuki penggal ketujuh.

Pilihan raya ini merupakan kali pertama Wong tidak menggunakan logo BN.

Wong ialah bekas anggota kabinet Sarawak.

Tak rasmi: DAP tewas di Pujut

7.55 petang
: DAP tewas di kerusi DUN Pujut, menurut Bernama.

Pada pilihan raya negeri 2016, Ting Tiong Choon dari DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,759 undi.

Bagaimanapun, Ting pada 2017 hilang kelayakan kerana didakwa memiliki kewarganegaraan Australia.

Pada pilihan raya kali ini, kerusi itu dimenangi oleh Adam Yii dari GPS.

Engkilili kerusi kedua dimenangi PSB

7.45 petang
- PSB memperoleh kerusi kedua apabila berjaya merampas Engkilili daripada GPS.

Johnichal Rayong Ngipa dari PSB memenangi 3,246 undi, menewaskan Desmond Sateng Sanjan dari GPS yang memperoleh 2,055 undi.

Calon Bebas, Gemong Batu memperoleh 2,013 undi manakala Stel Datu PBK memperoleh 151 undi.

PSB, sebuah parti pembangkang yang membuat penampilan sulung dalam pilihan raya Sarawak menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Kerusi lain yang dimenangi PSB ialah Ba'kelalan menerusi calonnya, Baru Bian, yang sebelum ini bersama PKR.

16ab440acfa0dde772f1fb95ad32f675.jpg

Kesemua pencabar GPS di Bukit Godam hilang wang deposit

7.35 petang:
Jefferson Jamit Unyat dari GPS-PBB mempertahankan kemenangan bergaya di kerusi Bukit Goram.

Keempat-empat pencabarnya hilang wang deposit.

Jefferson memperolehi pecahan 68.45 peratus undi, lebih kurang sama dengan yang diperolehinya pada 2016.

GPS perlukan separuh kerusi lagi untuk dapat majoriti mudah

7.40 petang:
GPS telah memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi dan hampir separuh daripada angka yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti mudah.

Sebanyak 42 daripada 82 Adun Sarawak diperlukan untuk membentuk majoriti mudah dan 55 Adun diperlukan untuk membentuk majoriti dua pertiga.

Setakat ini, pembangkang hanya memenangi satu kerusi menerusi Ba'kelalan yang dimenangi oleh PSB.

Penyandang Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dijangka bercakap pada sidang akhbar di Kuching pada pukul 9 malam.

987a6cf0c2b25cf12c57ae6ea2ccecd9.jpg

Sim dapat mandat lebih besar di Batu Kawah

7.30 petang:
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) Dr Sim Kui Hian berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah.

Sim menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pilihan raya 2016. Pecahan undi yang diperolehinya kali ini ialah 69.77 peratus, meningkat daripada 54.12 peratus pada 2016.

Kelvin Yii dari DAP, yang merupakan Ahli Parlimen Kuching berada di tempat kedua apabila memperoleh 22.19 peratus undi. Dua lagi calon hilang wang deposit.

Baru Bian dari PSB pertahan Ba'kelalan

7.15 petang:
Parti Sarawak Bersatu (PSB) mencipta sejarah apabila memenangi kerusi di dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya yang pertama kali disertai mereka.

Baru Bian dari PSB mempertahankan kerusi Ba'kelalan dengan memenangi 54.66 peratus undi - menyamai prestasinya pada 2016 sebagai calon PKR.

Pesaing terdekatnya ialah Sam Laya dari GPS. Calon PKR, Martin Labo pula hanya memenangi 57 undi dan sekali gus hilang wang deposit.

2b421b494369ec652057eda704fe31a8.jpg

PAS tewas di Beting Maro sekali lagi

7.00 petang:
Calon tunggal PAS dalam pilihan raya negeris Sarawak gagal menyingkirkan GPS di Beting Maro.

PAS menduduki tempat kedua dalam persaingan di Beting Maro pada pilihan raya 2011 dan 2016.

Penyandang kerusi itu, Razaili Gapor berjaya mempertahankan Beting Maro bagi penggal keempat, menurut Bernama.

3ea1df7965608b099745354797a7f992.jpg

PSB dakwa menang empat kerusi

7 petang:
PSB mendakwa parti itu memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi DUN - iaitu Engkilili, Simanggang, Ba'kelalan dan Bawang Assan.

Paparan skrin yang dipasang oleh PSB di pejabatnya di Bawang Assan di Sibu, menunjukkan berdasarkan keputusan tidak rasmi, parti itu menang di empat kerusi berkenaan.

Bawang Assan ialah kerusi yang disandang oleh ketua PSB, Wong Soon Koh selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, Wong memenangi kerusi itu sebagai calon langsung BN pada 2016.

Abang Jo dapat mandat baru dari pengundi Gedong

6.50pm: Pengerusi GPS Abang Johari Abang Openg memenangi kerusi DUN Gedong yang baru ditandinginya.

Sebelum ini, Abang Johari merupakan Adun Satok selama 40 tahun tetapi membuat keputusan untuk berpindah ke Gedong.

Sementara itu, Abdul Yakub Arbi dari GPS mempertahankan Balingian - kawasan pilihan raya yang telah lama diwakili oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

8a8b97862e286b50efed35c18fd8cf85.jpg

Belaga kekal milik GPS

6.40 petang: Calon PRS-GPS Liwan Lagang mempertahankan kemenangan di Belaga, walau dengan majoriti yang sedikit merosot.

Menurut SPR, dia meraih 70.52 peratus undi, berbanding 90 peratus ketika PRN 2016.

Di belakangnya adalah calon PSB Henry Usat Bit, yang mendapat 25 peratus undi.

Terdapat dua calon bebas yang hilang deposit di kerusi DUN ini.

PSB beri saingan sengit kepada GPS di Bawang Assan

6.30 petang - PSB membuktikan parti itu merupakan sebuah parti pembangkang yang kuat, apabila memberi cabaran hebat dalam menentang GPS di Bawang Assan.

Wong Soon Koh dari PSB bersaing sengit dengan calon GPS, Robert Lau Hui Yew dari SUPP.

Lau mendahului dengan 2,580 undi tetapi Wong mengekori rapat dengan 2,259 undi. Calon Bebas, Ricky Enteri memperoleh 322 undi, Michelle Ling dari PBK mendapat 239 undi manakala Amy Lau dari DAP di tempat terakhir dengan 232 undi.

Masih ada kira-kira separuh daripada undi belum dikira.

Wong sebelum ini memenangi Bawang Assan sebagai calon langsung BN. Dia dahulunya bersama SUPP tetapi kemudian meninggalkan parti itu.

GPS pertahan Murum dan Sembuyau

6.30 petang: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan calon GPS di Sebuyau, Julaihi Narawi.

Mengikut kiraan tidak rasmi, Julaihi memperoleh 79.3 peratus undi, meningkat daripada 69.88 peratus pada 2016.

Di Murum, Kennedy Chukpai Ugon dari GPS memperoleh kira-kira 64 peratus pecahan undi.

Lawan Kennedy yang paling menonjol ialah Stanley Ajang Batok dari PSB, bekas Ahli Parlimen Belaga. Pecahan undi yang diterima Stanley, mengikut kiraan tidak rasmi ialah 24.6 peratus.

DAP nafi hantar pesanan dakwa menang

6.12 petang: Calon DAP Padungan Chong Chieng Jen mendakwa telefonnya dicuri dan digunakan untuk menghantar pesanan teks berniat jahat.

Pengerusi DAP Sarawak itu menggesa orang ramai tidak mempercayai apa yang dinyatakan pesanan itu.

Menurut gambar yang dimuat naik di laman Facebooknya, pesanan teks berbahasa Cina itu berbunyi:

“Berani buat perubahan! Datang untuk ambil duit minya, RM20 untuk kereta, RM10 untuk motorsikal, jangan lupa undi roket!”

“Pesanan palsu,” menurut hantaran itu.

Douglas Uggah kekal kemenangan di Bukit Saban

6.15 petang: Douglas Uggah Embas dari GPS berjaya mengekalkan kemenangan di Bukit Saban untuk penggal ketiga, berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan dia telah mendapat 77.47 peratus undi.

Sebelum pembubaran DUN, Douglas adalah timbalan ketua menteri dan menteri kewangan kedua Sarawak. Dia juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

6540898e58e32ea00fda2760ff3d918c.jpg

Lepas tarik diri, Ali Biju tetap raih sokongan

6.15 petang: Pemimpin Bersatu, Ali Biju yang bertanding bebas sebelum menarik diri ekoran arahan partinya, tetap mendapat sokongan yang baik di Krian - kerusi yang disandangnya.

Dengan hampir separuh jumlah undi telah dikira, dia meraih 1,228 undi. Namun GPS masih mendahului dengan 2,083 undi, diikuti dengan PSB (1,569 undi). Calon Parti Bumi Kenyalang, Danny Kuan mendapat 102 undi.

Nama Ali tetap dipaparkan sebagai calon di kertas undi namun dia berkempen untuk calon GPS, Friday Belik.

Pada PRN 2016, Ali mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 1,640 undi.

7ff7714a991a842171b88f97514877f4.jpg

GPS berpusat di Pusat Konvensyen Borneo

Kerusi-kerusi tersebut ialah Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Tamin, Kakus, Pelagus, Baleh, Belaga, Murum dan Samalaju.
https://www.utusan.com.my/.../prn-sarawak-prs-menang.../

PRN Sarawak: PRS menang semua 11 kerusi​

POSTER-Sarawak.jpeg

  • 18 Disember 2021, 8:03 pm

KUCHING: Parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) meraih kemenangan di kesemua 11 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Kerusi-kerusi tersebut ialah Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Tamin, Kakus, Pelagus, Baleh, Belaga, Murum dan Samalaju.
Kemenangan itu menyaksikan PRS mengulangi pencapaian dalam PRN 2016 apabila turut memenangi 11 kerusi ketika bertanding sebagai Barisan Nasional (BN).-UTUSAN ONLINE

Langsung: Tak rasmi: GPS dapat majoriti mudah bentuk kerajaan negeri

Diterbitkan: Dec 18, 2021 5:30 PM

E6FBF414-867B-4D93-AF13-B7C1795513FF_4_5005_c.jpeg

Tak rasmi: GPS dapat majoriti mudah

8.20 malam:
GPS meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Menurut keputusan tidak rasmi, gabungan itu telah menang 42 daripada 82 kerusi DUN.

Ini kali pertama PBB, PRS, PDP dan SUPP menang dalam pilihan raya negeri menerusi gabungan itu, yang ditubuhkan selepas PRU 2018.

Sebelum ini, parti-parti ini adalah komponen dalam BN Sarawak.

624a0aadc32ee691bfa6edf9539955bf.jpg

Koh pertahankan kerusi sebagai wakil rakyat pembangkang

ADS

7.55 petang: Presiden PSB, Wong Soon Koh mempertahankan kerusi Bawang Assan.

Wong menyandang kerusi itu sejak 1991 dan kini memasuki penggal ketujuh.

Pilihan raya ini merupakan kali pertama Wong tidak menggunakan logo BN.

Wong ialah bekas anggota kabinet Sarawak.

Tak rasmi: DAP tewas di Pujut

7.55 petang
: DAP tewas di kerusi DUN Pujut, menurut Bernama.

Pada pilihan raya negeri 2016, Ting Tiong Choon dari DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,759 undi.

Bagaimanapun, Ting pada 2017 hilang kelayakan kerana didakwa memiliki kewarganegaraan Australia.

Pada pilihan raya kali ini, kerusi itu dimenangi oleh Adam Yii dari GPS.

Engkilili kerusi kedua dimenangi PSB

7.45 petang
- PSB memperoleh kerusi kedua apabila berjaya merampas Engkilili daripada GPS.

Johnichal Rayong Ngipa dari PSB memenangi 3,246 undi, menewaskan Desmond Sateng Sanjan dari GPS yang memperoleh 2,055 undi.

Calon Bebas, Gemong Batu memperoleh 2,013 undi manakala Stel Datu PBK memperoleh 151 undi.

PSB, sebuah parti pembangkang yang membuat penampilan sulung dalam pilihan raya Sarawak menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Kerusi lain yang dimenangi PSB ialah Ba'kelalan menerusi calonnya, Baru Bian, yang sebelum ini bersama PKR.

View attachment 441045
Langsung: Hanya separuh kerusi lagi untuk GPS dapat majoriti mudah

Diterbitkan: Dec 18, 2021 5:30 PM

Kesemua pencabar GPS di Bukit Godam hilang wang deposit

ADS

7.35 petang: Jefferson Jamit Unyat dari GPS-PBB mempertahankan kemenangan bergaya di kerusi Bukit Goram.

Keempat-empat pencabarnya hilang wang deposit.

Jefferson memperolehi pecahan 68.45 peratus undi, lebih kurang sama dengan yang diperolehinya pada 2016.

GPS perlukan separuh kerusi lagi untuk dapat majoriti mudah

7.40 petang:
GPS telah memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi dan hampir separuh daripada angka yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti mudah.

Sebanyak 42 daripada 82 Adun Sarawak diperlukan untuk membentuk majoriti mudah dan 55 Adun diperlukan untuk membentuk majoriti dua pertiga.

Setakat ini, pembangkang hanya memenangi satu kerusi menerusi Ba'kelalan yang dimenangi oleh PSB.

Penyandang Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dijangka bercakap pada sidang akhbar di Kuching pada pukul 9 malam.

Sim dapat mandat lebih besar di Batu Kawah

7.30 petang:
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) Dr Sim Kui Hian berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah.

Sim menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pilihan raya 2016. Pecahan undi yang diperolehinya kali ini ialah 69.77 peratus, meningkat daripada 54.12 peratus pada 2016.

Kelvin Yii dari DAP, yang merupakan Ahli Parlimen Kuching berada di tempat kedua apabila memperoleh 22.19 peratus undi. Dua lagi calon hilang wang deposit.

Baru Bian dari PSB pertahan Ba'kelalan

7.15 petang:
Parti Sarawak Bersatu (PSB) mencipta sejarah apabila memenangi kerusi di dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya yang pertama kali disertai mereka.

Baru Bian dari PSB mempertahankan kerusi Ba'kelalan dengan memenangi 54.66 peratus undi - menyamai prestasinya pada 2016 sebagai calon PKR.

Pesaing terdekatnya ialah Sam Laya dari GPS. Calon PKR, Martin Labo pula hanya memenangi 57 undi dan sekali gus hilang wang deposit.

View attachment 441036

PAS tewas di Beting Maro sekali lagi

7.00 petang:
Calon tunggal PAS dalam pilihan raya negeris Sarawak gagal menyingkirkan GPS di Beting Maro.

PAS menduduki tempat kedua dalam persaingan di Beting Maro pada pilihan raya 2011 dan 2016.

Penyandang kerusi itu, Razaili Gapor berjaya mempertahankan Beting Maro bagi penggal keempat, menurut Bernama.

View attachment 441037

PSB dakwa menang empat kerusi

7 petang:
PSB mendakwa parti itu memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi DUN - iaitu Engkilili, Simanggang, Ba'kelalan dan Bawang Assan.

Paparan skrin yang dipasang oleh PSB di pejabatnya di Bawang Assan di Sibu, menunjukkan berdasarkan keputusan tidak rasmi, parti itu menang di empat kerusi berkenaan.

Bawang Assan ialah kerusi yang disandang oleh ketua PSB, Wong Soon Koh selama lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, Wong memenangi kerusi itu sebagai calon langsung BN pada 2016.

Abang Jo dapat mandat baru dari pengundi Gedong

6.50pm: Pengerusi GPS Abang Johari Abang Openg memenangi kerusi DUN Gedong yang baru ditandinginya.

Sebelum ini, Abang Johari merupakan Adun Satok selama 40 tahun tetapi membuat keputusan untuk berpindah ke Gedong.

Sementara itu, Abdul Yakub Arbi dari GPS mempertahankan Balingian - kawasan pilihan raya yang telah lama diwakili oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

View attachment 441038

Belaga kekal milik GPS

6.40 petang: Calon PRS-GPS Liwan Lagang mempertahankan kemenangan di Belaga, walau dengan majoriti yang sedikit merosot.

Menurut SPR, dia meraih 70.52 peratus undi, berbanding 90 peratus ketika PRN 2016.

Di belakangnya adalah calon PSB Henry Usat Bit, yang mendapat 25 peratus undi.

Terdapat dua calon bebas yang hilang deposit di kerusi DUN ini.

PSB beri saingan sengit kepada GPS di Bawang Assan

6.30 petang - PSB membuktikan parti itu merupakan sebuah parti pembangkang yang kuat, apabila memberi cabaran hebat dalam menentang GPS di Bawang Assan.

Wong Soon Koh dari PSB bersaing sengit dengan calon GPS, Robert Lau Hui Yew dari SUPP.

Lau mendahului dengan 2,580 undi tetapi Wong mengekori rapat dengan 2,259 undi. Calon Bebas, Ricky Enteri memperoleh 322 undi, Michelle Ling dari PBK mendapat 239 undi manakala Amy Lau dari DAP di tempat terakhir dengan 232 undi.

Masih ada kira-kira separuh daripada undi belum dikira.

Wong sebelum ini memenangi Bawang Assan sebagai calon langsung BN. Dia dahulunya bersama SUPP tetapi kemudian meninggalkan parti itu.

GPS pertahan Murum dan Sembuyau

6.30 petang: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan calon GPS di Sebuyau, Julaihi Narawi.

Mengikut kiraan tidak rasmi, Julaihi memperoleh 79.3 peratus undi, meningkat daripada 69.88 peratus pada 2016.

Di Murum, Kennedy Chukpai Ugon dari GPS memperoleh kira-kira 64 peratus pecahan undi.

Lawan Kennedy yang paling menonjol ialah Stanley Ajang Batok dari PSB, bekas Ahli Parlimen Belaga. Pecahan undi yang diterima Stanley, mengikut kiraan tidak rasmi ialah 24.6 peratus.

DAP nafi hantar pesanan dakwa menang

6.12 petang: Calon DAP Padungan Chong Chieng Jen mendakwa telefonnya dicuri dan digunakan untuk menghantar pesanan teks berniat jahat.

Pengerusi DAP Sarawak itu menggesa orang ramai tidak mempercayai apa yang dinyatakan pesanan itu.

Menurut gambar yang dimuat naik di laman Facebooknya, pesanan teks berbahasa Cina itu berbunyi:

“Berani buat perubahan! Datang untuk ambil duit minya, RM20 untuk kereta, RM10 untuk motorsikal, jangan lupa undi roket!”

“Pesanan palsu,” menurut hantaran itu.

Douglas Uggah kekal kemenangan di Bukit Saban

6.15 petang: Douglas Uggah Embas dari GPS berjaya mengekalkan kemenangan di Bukit Saban untuk penggal ketiga, berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Kiraan tidak rasmi menunjukkan dia telah mendapat 77.47 peratus undi.

Sebelum pembubaran DUN, Douglas adalah timbalan ketua menteri dan menteri kewangan kedua Sarawak. Dia juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

View attachment 441039

Lepas tarik diri, Ali Biju tetap raih sokongan

6.15 petang: Pemimpin Bersatu, Ali Biju yang bertanding bebas sebelum menarik diri ekoran arahan partinya, tetap mendapat sokongan yang baik di Krian - kerusi yang disandangnya.

Dengan hampir separuh jumlah undi telah dikira, dia meraih 1,228 undi. Namun GPS masih mendahului dengan 2,083 undi, diikuti dengan PSB (1,569 undi). Calon Parti Bumi Kenyalang, Danny Kuan mendapat 102 undi.

Nama Ali tetap dipaparkan sebagai calon di kertas undi namun dia berkempen untuk calon GPS, Friday Belik.

Pada PRN 2016, Ali mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 1,640 undi.

PRN Sarawak: Tarikh pengundian ditetapkan pada 18 Dis, penamaan 6 Dis - SPR

1637725501224.png

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
perkembangan terdahulu boleh cek kat thread berikut

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
LIVE : Sidang Media Khas Ketua Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg
Ihsan : Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1
pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan pada 3 Nov.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,966
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,966
Reaction score
15,854
Points
2,066
Awards
1

PAS sah tanding 11 kerusi DUN Sarawak, bakal bertembung GPS​

November 5, 2021 4:55 PM

Penolong-Setiausaha-PAS-Sarawak-Syamsul-Bahrie-Mohamad-FB.jpg

Penolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata parti itu bertanding di DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 kali ini sekaligus bakal menyaksikan pertembungan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata PAS bertanding di DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

“Sembilan daripada 11 DUN adalah kawasan baru ditandingi. Bagaimanapun calon yang akan bertanding belum dimuktamadkan setakat ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, ia akan diumumkan sebaik sahaja senarai akhir calon dimuktamadkan, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penting PRN Sarawak.

“PAS mempunyai banyak calon yang berwibawa, berkaliber dan berkerjaya yang boleh kita ketengahkan untuk 11 kerusi yang kita tandingi.
“Pada masa yang sama kita melihat kebarangkalian untuk menukar calon di kawasan bergantung kepada UNDI18 apabila kita lihat kawasan bertanding itu kebanyakan remaja kita akan meletakkan golongan muda, itu strategi kami,” katanya.

Katanya, tujuan utama PAS bertanding pada PRN 12 ini bukanlah untuk mengganggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun ianya disifatkan sebagai menghidupkan amalan demokrasi.
“Kalau dikatakan PAS Sarawak mengganggu GPS , kenyataan YB GPS pun adalah menyatakan PAS adalah bukan komponen.

“Kita menghulurkan demokrasi untuk kita bertanding secara sihat pada masa yang sama untuk memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak untuk memilih wakil rakyat mereka ataupun memilih kerajaan kita dengan lebih efisen,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa PRN12 ini, katanya, PAS secara dasarnya telah menggerakkan unit teknologi maklumat untuk dijadikan rujukan di kawasan perkampungan.

“Tidak dinafikan itu sedikit sebanyak menjadi cabaran dari segi penerangan kerana kita akan ada kempen rumah ke rumah kita akan ada kempen ceramah umum dan ceramah kelompok itu sedikit sebanyak mengencatkan kempen.

“Kita juga dalam usaha meningkatkan unit multimedia kita agar sejajar dengan SOP yang baru yang ditetapkan oleh pihak MKN, SPR, dan KKM,” katanya.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
PRN SARAWAK | DUN Sarawak Bubar, Beri Laluan Pilihan Raya Negeri

Sarawak bakal melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN), susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa Rabu lalu.

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,243
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,243
Reaction score
3,165
Points
261

Xperlu la pas masuk sarawak belum masanya lg....baik taja ja parti yg mesra
 
lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,243
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,243
Reaction score
3,165
Points
261
Awards
1
pastu nak bertembung lak dengan gps
Pas kena bijak jgn terburu2, prn sabah aritu pun pas kalah semua kerusi, susah lg org Sabah Sarawak nk terima pas nie....mungkin 10 thn lg.....mcm dap depa memang dh bertapak kt sini, dn gerak kerja depa cantik masuk perdalaman, buat infra....pas kena mula mcm tu klau nk tackle org Sabah/Sarawak
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,328
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,328
Reaction score
17,839
Points
2,536
Awards
1
Xperlu la pas masuk sarawak belum masanya lg....baik taja ja parti yg mesra

Cuba nasib je tu
Semenanjung dulu la kasi kuat dulu
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register