gossip?read first before posting..

CG Sponsors




muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
11. wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Janganlah sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana kemungkinan puak yang dicemuh lebih baik daripada mereka. Janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruk gelaran nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat(daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang yang zalim.

12. Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (OLEH ITU PATUHILAH LARANGAN TERSEBUT) dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Larangan Mengumpat,Berbuat Keji,Berkata Kotor dan Berdusta

Dari Ubaid,maula Rasulullah saw katanya : "Ada dua orang wanita,kedua-duanya puasa.Kemudian seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah!Ada dua wanita kedua-duanya puasa dan mereka hampir saja mati kehausan".

Rasulullah berpaling dari orang itu lalu baginda diam.Kemudian orang itu kembali dan berkata pula : Wahai Nabi Allah,kedua-keduanya sungguh hampir mati!"
Sabda Rasulullah saw :"Panggillah mereka ke mari".

Kata Ubaid : "Wanita itu datang keduanya."Maka dibawa orang ke dalam majlis itu sebuah mangkuk besar.Sabda Rasulullah saw kepada salah seorang wanita tersebut :"Muntahlah!".

Wanita itu memuntahkan nanah,darah dan daging sampai setengah mangkuk.Kemudian beliau suruh pula wanita yang satu lagi :"Muntahlah!".Wanita itu memuntahkan nanah,darah,daging dan sebagainya sampai penuh mangkuk tersebut.

Kemudian Rasulullah saw bersabda :
"Wanita itu puasa keduanya dari apa yang dihalalkan Allah kepada mereka.Tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan Allah terhadap mereka.Yang satu mengunjungi yang lain,lantas mereka memakan daging manusia bersama-sama".
(HR Ahmad,Ibnu Abu Dunya,Abu Daud,Ath Thayaalisi dan Baihaqi dari Anas)

Dan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda :
"Berapa banyak orang yang puasa tetapi dia tidak beroleh apa-apa dari puasanya selain lapar.Dan berapa banyak orang bangun solat malam tetapi dia tidak boleh apa-apa dari solatnya selain berdagang".
(HR Ibn Majah,Nasa'i,Ibn Khuzaimah di dalah sahihnya,al-Hakim dan Baihaqi)

Kedua hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita akan larangan mencela,mengumpat,berdusta,berkata keji dan seumpamanya.


Adakah kamu dari golongan yang mendustakan kebenaran Al-quran dan As-sunnah,
Adakah kamu merasakan thread ini sesuai dipindahkan,

Sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha penyayang.

"O son of Adam, as long as you call upon Me and put your hope in Me, I have forgiven you for what you have done and I do not mind. O son of Adam, if your sins were to reach the clouds of the sky and then you would seek My forgiveness, I would forgive you. O son of Adam, if you were to come to Me with sins that are close to filling the earth and then you would meet Me without ascribing any partners with Me, I would certainly bring to you forgiveness close to filling it.".
 
Last edited:
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
camna bleh masuk thread celebrity nih??
 

blindclownx

Active Member
Joined
May 18, 2008
Messages
1,169
Reaction score
2
Points
35
hahahahaha....apernk jadi nie......
xpaham langsung.......
 

muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
Bentuk-bentuk Ghibah(mengumpat) yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. Wallahu a’lam bishshawab
 

eLLYaNa

CG Top Poster Club
Joined
Apr 17, 2008
Messages
27,295
Reaction score
40
Points
125
nak mengingatkan kita semua jgn bergossip
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
tahniah tuan tanah..terasa taww
 

muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
"Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (OLEH ITU PATUHILAH LARANGAN TERSEBUT) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
 
Sponsored Post
Top
Log in Register