BTC USD 41,013.3 Gold USD 1,804.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GoPayz - Kaedah Pembayaran Secara NFC Untuk Pengguna Android

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
GoPayz merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital yang sedia menawarkan sokongan pembayaran secara nirtunai. Menariknya, kini aplikasi berkenaan untuk Android turut dikemaskini dan menawarkan kemudahan pembayaran secara NFC dengan tap pad panel pembayaran.

GoPayz melalui pengumuman di laman sosial mengatakan ia boleh digunakan pada sebarng terminal yang menyokong UnionPay International QuickPass POS. Antara kedai yang telah sedia menyokong kaedah pembayaran secara NFC ini adalah FamilyMart, Guardian, Petron dan juga Tealive.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu menggunakan aplikasi GoPayz terkini pada peranti Android anda, memilih menu “Tap & Pay”, masukkan kata laluan, dan tap pada terminal berdekatan anda. Seperti biasa, anda perlu pastikan telefon Android anda menyokong ciri NFC terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

GoPayz-Terminal-950x950.jpg


Muat-turun https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cedarplus.gopayz
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
GoPayz Tambah Sokongan Bayaran Tempat Letak Kereta, Imabs Plet

GoPayz, dompet digital keluaran U Mobile baru-baru ini telah menambahkan sokongan baru bagi pengguna Kad Maya UnionPay yang mana mereka boleh membayar tempat letak kereta menggunakan aplikasi GoPayz. Fungsi pembayaran ini dinamakan Frictionless Parking, dan untuk pemilik kad maya UnionPay, mereka boleh menetapkan pembayaran automatik dengan memasukkan beberapa butiran seperti nombor plat kereta pada aplikasi GoPayz dibawah tetapan cara pembayaran dan Frictionless Parking yang baru sahaja diperkenalkan.

Setelah fungsi ini diaktifkan dan butiran kenderaan disahkan, para pengguna UnionPay ini boleh mula menikmati ciri pembayaran tempat letak kereta automatik tanpa perlu mengambil tiket dan membayar di mesin autopay lagi. Cara teknologi ini berfungsi ialah sebuah kamera akan mengimbas nombor plat kereta di palang masuk tempat letak kereta, dan apabila pelanggan mahu keluar, sebuah lagi kamera akan mengimbas nombor plat yang sama dan menolak nilai baki kredit daripada aplikasi GoPayz pengguna tersebut.

Lebih menarik lagi, pengguna juga boleh menambah seberapa banyak nombor plat kereta yang diperlukan, sekiranya mereka memiliki lebih dari satu kenderaan. Fungsi pembayaran Frictionless Parking UnionPay dan GoPayz ini dibangunkan bersama-sama Sonicboom License Plate Recognition, yang mana pada masa ini digunakan di dua lokasi tempat letak kereta, iaitu Desa Sentul Commercial Park dan juga Metro Point Complex. Pihak GoPayz juga mengatakan bahawa lebih banyak lokasi baru yang akan diperkenalkan yang akan menyokong fungsi pembayaran ini tidak lama lagi.​

1627030752954.png


1627030761341.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register