BTC USD 41,833.6 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google "Plex" - Perkhidmatan Perbankan Generasi Baru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,210
Reaction score
4,101
Points
236
Google baru sahaja melancarkan Google Pay serba baharu. Google Pay ini kini menjadi dompet digital penuh dengan kerjasama banyak bank, boleh membuat pembayaran nirtunai, bayar bil dan banyak lagi dengan mudah. Bersama-sama dengan itu, Google turut mengumumkan Plex iaitu perkhidmatan perbankan serba baharu yang membuatkan anda rasa benci dengan aplikasi perbankan yang ditawarkan oleh bank anda.

Plex lebih kepada aplikasi perbankan pihak ketiga. Pengguna baru boleh mencipta akaun bank terus dari aplikasi Google Pay dengan mudah. Ini bermakna setiap bank yang sedia ada yang bekerjasama dengan Google akan mempunyai integrasi Google Pay yang mendalam. Secara tidak langsung, Google Pay boleh menjadi aplikasi perbankan alternatif. Disebabkan Google bukan syarikat bank dan tetap ingin memudahkan pengguna, mereka bekerjasama dengan banyak bank untuk merealisasikan perkhidmatan ini.

Melalui Plex, pengguna boleh membuat pengurusan kewangan dengan lebih baik. Informasi perbelanjaan akan dipaparkan, ia akan disusun secara automatik mengikut kategori, mudah untuk dicari mengikut kategori, lokasi, masa serta memaparkan baki akaun simpanan atau juga akaun urus niaga. Melaluinya, pengguna boleh membuat pemindahan wang akaun ke akaun, menambah duit, semak butiran akaun, mengunci kad jika kad hilang, dan juga paparan aktiviti untuk kedua-dua akaun.

Ia turut mempunyai fungsi seakan Maybank MAE, iaitu membuat tabung, mengasingkan wang untuk perbelanjaan masa hadapan, dan turut mempunyai tugasan bagaimana pengguna boleh capai nilai yang ingin disimpan. Menurut Google, berbeza dengan membuka akaun bank dengan bank yang kadangkala ada caj pembayaran kad dan lain-lain – Plex 100% percuma tanpa sebarang caj.

Plex ini dilihat sesuai kepada mereka yang mempunyai banyak aplikasi dompet digital dan bank, kerana ia adalah semua dalam satu. Ia adalah aplikasi perbankan, aplikasi dompet digital dan aplikasi pengurusan kewangan.

Plex buat masa ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Pengguna turut akan menerima kad bank fizikal yang direka oleh Google. Terdapat 11 bank yang bekerjasama dengan Plex, termasuk Citi. Perkhidmatan Plex ini akan ditawarkan bermula tahun hadapan.

https://amanz.my/wp-content/uploads/2020/11/Google-Pay-Bahagian-Plex.jpg/img]

[img]https://amanz.my/wp-content/uploads/2020/11/Kad-Bank-Plex-Google-Citi-01.jpg/img]

https://www.youtube.com/watch?v=IyYyB4cVcno

https://www.youtube.com/watch?v=A2hL32k7Y0I[/CENTER]

Sumber asal https://blog.google/products/google-pay/reimagined-pay-save-manage-expenses-and-more/​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register