Google & Parallels - Ingin Mudahkan Perisian Windows Di Jalankan Di Chrome OS

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
Chrome OS merupakan salah satu penawaran sistem operasi untuk komputer riba dan desktop yang mula digunakan ramai dari hari ke hari. Terbaru, dalam menawarkan lebih pilihan aplikasi dan perisian pada Chrome, Google telah mengumumkan kerjasama dengan Parallels.

Parallels menawarkan penyelesaian dalam menjalankan perisian dipelbagai platform. Sebelum ini, Parallels sedia menawarkan kemudahan menjalankan perisian Windows di Mac, dan melalui kerjasama dengan Google ini, mereka dilihat ingin memudahkan pengguna menjalankan perisian Windows di Chrome OS.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat ini mengumumkan kerjasama sahaja. Tiada info lanjut berkaitan pelaksanaan dan sebagainya buat masa ini.

Tetapi, sekiranya berjalan lancar, ia akan memudahkan lagi pengguna perusahaan yang bergantung kepada beberapa perisian utama Windows untuk beralih ke Chromebook.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran perisian ini tidak lama lagi.

image.png


Sumber asal https://www.parallels.com/chrome/?cjevent=7a8098ebb04611ea83d400330a180514
 
Top
Log in Register