BTC USD 43,935.4 Gold USD 1,764.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Mudahkan Anda Padam Sejarah Carian Tempoh 15 Minit Terakhir

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Google pada acara Google I/O telah berkongsi sejumlah perkara dan fungsi menarik yang bakal diperkenalkan mereka tidak lama lagi. ini termasuk beberapa perkara yang menekankan kepada ciri privasi.

Google-Search-15-Minit-950x534.jpg

Salah satunya adalah berkaitan sejarah carian di Google Search. Sekiranya sebelum ini, ia memerlukan beberapa langkah dalam memadam sejarah carian terkini anda, melalui kemaskini yang bakal hadir, pengguna boleh mengaktifkan ciri memadam sejarah carian untuk tempoh 15 minit terakhir.

Ciri ini mungkin membantu sekiranya anda ingin melakukan beberapa carian yang tidak ingin menyimpannya dalam sejarah carian Google. Google mengatakan ciri ini akan diperkenalkan kepada semua dalam beberapa bulan lagi.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Ini Fungsi Privasi Baharu Dalam Google

Semakin hari, semakin ramai pengguna di Internet mementingkan privasi dan keselamatan ketika menggunakannya. Oleh itu, Google kini telah memperkenalkan ciri-ciri yang membuatkan penggunanya lebih selamat semasa melayari internet. Ini adalah ciri baharu tersebut:
  • Padam dengan pantas dari carian - Melalui ini, Google tambah pilihan "padam cepat" yang mana ia akan memadam sejarah carian (search history) untuk 15 minit yang terakhir
Quick-delete-inline v2.gif

  • Folder terkunci dengan kod laluan dalam Photos - Ciri ini memberikan gambar yang disimpan lebih selamat dengan adanya kod laluan dalam Photos. Akan tetapi, ia akan hadir untuk Pixel dahulu
Locked-Folder-Inline V2.gif

  • Peringatan sejarah lokasi dalam garis masa peta anda - Pengguna kini boleh matikan dengan mudah sejarah lokasi secara terus dari garis masa
Reassure-in-Timeline-(Maps)-Inline v2.gif


Sumber Google
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register