BTC USD 64,146.1 Gold USD 2,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Google Keep Bakal Menerima Ciri AI Generatif Untuk Menjana Senarai

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,376
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,376
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
Jika anda rasakan buku nota fizikal XNote yang dikuasakan ChatGPT mahal, aplikasi nota percuma oleh Google iaitu Keep Notes adalah alternatif versi digital yang baik. Ini kerana, akan datang aplikasi ini akan turut menerima kemas kini dengan ciri AI generatif. Ciri ini dilihat diberikan nama sebagai Help me create a list untuk membantu pengguna mencipta sesuatu senarai dan hadir dalam bentuk butang terapung pada bahagian mencatat nota. Selepas ditekan, pengguna boleh memasukkan prom ringkas seperti “cara-cara untuk masak nasi”, “kaedah membuat kopi yang sedap” dan banyak lagi.
1701430075271.png

Google Keep kemudian akan mula menjana senarai yang dipinta dengan kotak semak (checkbox). Berdasarkan laporan 9to5Google, hasil yang dijana adalah baik sahaja cuma kadangkala ia tidak tepat atau ada senarai yang tidak perlu. Google Keep turut mencadangkan beberapa senarai untuk dijana seperti barang yang patut di bawa ketika berkhemah, barang untuk kembali ke sekolah, rutin di hujung hari, filem yang patut ditonton dan banyak lagi. Ciri AI generatif pada Google Keep Notes dikatakan masih dalam peringkat ujian awal dan mungkin akan terhad di dalam Workspace Labs.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register