BTC USD 50,668.1 Gold USD 1,780.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google & FB Bangunkan Kabel Dasar Laut Baru - Hubung Jepun & Asia Tenggara

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,295
Points
236
Untuk meningkatkan capaian rangkaian internet di seluruh dunia, syarikat-syarikat teknologi dilihat membantu rantau-rantau di seluruh dunia dalam usaha membangunkan infrastruktur rangkaian mereka. Terkini, Facebook dan Google dilaporkan akan membangunkan kabel dasar laut yang akan menyambungkan Jepun dan sejumlah negara di Asia Tenggara yang dapat menjanjikan kelajuan internet yang pantas diantara negara-negara ini.

Kabel dasar laut terbaru ini dinamakan Apricot dan akan menyambungkan negara-negara Japan, Singapura, Taiwan, Guam, Filipina dan Indonesia dan akan dibangunkan oleh dua syarikat tersebut, bersama-sama dengan satu lagi projek kabel dasar laut yang dinamakan Echo.

Malah, projek kabel dasar laut Apricot ini adalah lanjutan kepada projek kabel dasar laut Echo yang akan melalui kawasan berlainan di rantau ini. Dengan kedua-dua projek kabel ini, ia dijangka bahawa kadar penggunaan rangkaian fiber dan 5G di rantau ini akan meningkat dengan mendadak, khususnya apabila projek kabel Apricot menjadi aktif pada tahun 2024 kelak.

Google dan Facebook menjangkakan bahawa rantau Asia Tenggara akan menjadi pasaran digital seterusnya yang akan meledak penggunaannya dalam masa beberapa tahun lagi, dan pelaburan dalam projek-projek kabel dasar laut ini akan memastikan bahawa rakyat di rantau-rantau ini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan internet dengan lebih mudah di masa akan datang.
1629102221038.png
 
Sponsored Post

barzrosz

Active Member
Messages
1,560
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,560
Reaction score
758
Points
81
Bukan free....
Infra mega...kalu khazanah atau TM tak ambik part
Duit laju je kluar dr gengaman negara
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,295
Points
236
Malaysia Terlepas Peluang Jaringan Kabel Dasar Laut Terbaru Facebook

18.08.2021 - Kuala Lumpur, Menurut sumber dari The Vibes, Malaysia kehilangan peluang pelaburan dari Facebook Inc, setelah terkeluar dari senarai negara yang terlibat dalam sistem kabel bawah laut terbaru syarikat gergasi teknologi itu. Facebook dalam satu kenyataan semalam mengumumkan sistem kabel bawah laut ‘Apricot‘, iaitu kabel sepanjang 12,000km yang akan menghubungkan Guam, Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Singapura. (Wah, semua jiran kita pakat dapat).

Facebook dijangka akan melancarkan sistem kabel ini pada tahun 2024, untuk memenuhi permintaan data yang meningkat di rantau ini dan menyokong sistem kabel sedia ada. ‘Orang dalam’ mendakwa bahawa kehilangan projek terbaru ini adalah satu lagi tamparan kepada cita-cita ekonomi digital negara, setelah Malaysia dikeluarkan dari rangkaian Echo and Bifrost.

Perdebatan dasar kabotaj negara yang menolak pemasangan infrastruktur daripada pihak luar dikatakan antara punca syarikat gergasi tersebut mengelak untuk melabur di negara ini. Hal ini sekaligus akan menambah lagi kebergantungan Malaysia kepada negara jiran dalam trafik data besar kerana kekurangan pusat data jaringan fiber.

Dalam perkembangan terbaru juga, Facebook Inc dikatakan sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan gergasi internet dunia, Google dalam projek pemasangan jaringan kabel fiber berkelajuan tinggi dasar laut ini. Ini bermakna, Malaysia bukan sahaja terlepas peluang untuk terlibat dengan satu syarikat gergasi dunia, tetapi DUA!

Terlalu banyak implikasi daripada keciciran Malaysia dalam isu ini. Jaringan data adalah antara aset dan infrastruktur penting dalam ekonomi alaf baru. Kegagalan Malaysia dalam memeterai projek ini dengan Facebook adalah satu kerugian yang sangat besar dan merupakan satu langkah menuju kemunduran jaringan internet.

Tambah memilukan, infrastruktur sedia ada yang semakin tenat dan gagal menampung keperluan penggunaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat saban hari. Dengan ledakan industri baru dan perdagangan atas talian, Malaysia benar-benar memerlukan lebuhraya data yang baru. Masihkah ada sinar untuk jaringan internet Malaysia yang lebih baik? Kita semakin tenggelam dibadai ombak pembangunan daripada jiran-jiran kita. Adakah kita akan lemas dan sekadar selesa dengan sejarah lama “Harimau Asia“?​

1629251405544.png
 
Sokong adanya cabotage
Ni project infra
Malaysia dah ada cable dasar laut sendiri
Just tingkstkan je
Kalu ikut project tu...kita tak ada gate control
Naya pada end-user nanti
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
35,038
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,038
Reaction score
2,483
Points
201
Sokong adanya cabotage
Ni project infra
Malaysia dah ada cable dasar laut sendiri
Just tingkstkan je
Kalu ikut project tu...kita tak ada gate control
Naya pada end-user nanti

Benda sokong bang.. cabotage tu tuk jage periuk nasi tauke repair cable malaysia je.. yg mane geng3 cina kapir... Bab controlling tu bukan nye google fb cucuk cable terus ke rumah.. still pi ke backbone negara mcm tm.. ni kes malaysia tamak n bud.us.. 30juta rakyat je pon demand mcm 1bilion penduduk.. indon 200juta org.. pengunaan internet tertinggi di asia pon tak tamak mcm malaysia ... La ni cina kapir kongker bizes ikut tekak dia jer.. x suke sila brambus
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906
Google, Microsoft dan Facebook adalah antara syarikat teknologi yang mengatakan peralihan dasar akan memberi manfaat besar kepada negara dan ekonomi.

Gergasi teknologi minta pengecualian kabotaj daripada PM​

September 3, 2021 11:44 PM

1630684326870.png

Kerajaan terdahulu menarik balik pengecualian kabotaj atas alasan perlu mengurangkan kebergantungan kepada kapal asing untuk melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel dasar laut.

PETALING JAYA: Google, Microsoft, Facebook dan beberapa gergasi teknologi menulis surat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob meminta dasar pengecualian kabotaj dikembalikan.

Menurut sumber, syarikat teknologi itu menulis surat kepada Ismail awal minggu ini berhubung perkara itu.

Tahun lalu, pentadbiran Muhyiddin Yassin membatalkan pengecualian kabotaj, yang membenarkan kapal asing melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel dasar laut dengan sekatan minimum.

Pengecualian itu pada awalnya dibenarkan bekas menteri pengangkutan, Loke Siew Fook, susulan permintaan beberapa syarikat telekomunikasi. Objektifnya untuk mengurangkan masa yang diambil untuk membaiki kabel di perairan Malaysia, dengan masa tindak balas antara paling lambat di rantau ini.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong membatalkan pengecualian itu atas alasan Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan kepada kapal asing dan menggalakkan penyertaan industri perkapalan tempatan

Persatuan Pengendali Internet Malaysia (MyIX) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia berkata, pembatalan pengecualian kabotaj itu antara sebab Facebook dan kabel dasar laut terbaharu Google di rantau ini mengelakkan Malaysia sepenuhnya.

Kini, syarikat teknologi itu berusaha mengembalikan dasar berkenaan.

“Kali terakhir, mereka menulis surat kepada Muhyiddin tetapi tidak berhasil, sekarang mereka berharap Ismail akan mempertimbangkan permintaan mereka,” kata sumber itu.

“Dalam surat itu, mereka menyentuh manfaat pengecualian kabotaj kepada negara dan ekonomi. Mereka juga berkata ia sejajar agenda MyDigital kerajaan.”

Salah satu matlamat MyDigital adalah menarik lebih banyak syarikat memasang kabel dasar laut di perairan Malaysia.

Tidak diketahui jika perkara itu sudah dibincangkan Kabinet. Bagaimanapun, ahli ekonomi berkata, kerajaan baharu mesti mengembalikan semula pengecualian kabotaj.

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
35,038
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,038
Reaction score
2,483
Points
201
Mca nye penangan.. hebak.. sembang mcm penduduk malaysia 2bilion.. nak maintenance sendiri tarik la cable sendiri.. sebuk nak syarat mcm3 da la Malaysia ni connection slow
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,538
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,538
Reaction score
15,447
Points
1,906

Jalin kerjasama dengan syarikat teknologi gergasi untuk atasi isu kabotaj, saran Leiking​

September 6, 2021 9:30 AM

1630897564638.png

PETALING JAYA: Putrajaya harus menggalakkan syarikat tempatan bekerjasama dengan syarikat teknologi gergasi jika kerajaan masih mahu mengekalkan penarikan semula pengecualian kabotaj, kata seorang bekas menteri persekutuan.

Darell Leiking berkata, menyusun pendekatan kolaboratif antara syarikat asing dan tempatan dapat memberi manfaat kepada negara dalam banyak cara.

Dasar pengecualian kabotaj, yang diluluskan pada Jun 2017, membolehkan kapal asing menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kabel dasar laut dengan sekatan minimum. Ia dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Baru-baru ini, Google, Microsoft, Facebook dan syarikat lain menulis surat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk meminta pengecualian berkenaan dikembalikan yang mempengaruhi penggunaan kapal di Laut China Selatan untuk meletakkan kabel dasar laut bagi internet.

Darell-Leiking-MS-050920.jpg

Darell Leiking.

https://www.lg.com/my/oled-tvs?utm_...PI_Launch&utm_id=14766&utm_content=SlimDesign
Leiking berkata, Putrajaya patut menggalakkan syarikat teknologi tempatan dan asing bekerjasama dalam penyelenggaraan, pembaikan dan servis kabel dasar laut yang diletakkan oleh syarikat seperti Google, Amazon dan Facebook.

“Buat perjanjian dengan syarikat ini untuk menjalin kerjasama dengan badan di Malaysia. Dengan cara ini kita dapat mempelajari teknologi dan kemahiran mereka,” kata Leiking, yang memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya, Putrajaya harus menyerahkan autonomi kepada Sabah untuk memutuskan penggunaan pelantar benua berkenaan, khususnya “siapa yang berhak melintas”.

“Kita akan dapat memberi perkhidmatan buat Australia, New Zealand dan Filipina jika kabel dasar laut melewati pelantar benua kita,” katanya.

Leiking, yang juga timbalan presiden Warisan, menyeru agar Akta Laut Wilayah dimansuhkan dan Akta Pelantar Benua dipinda.

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
35,038
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,038
Reaction score
2,483
Points
201
masih adakan perbincangan gan PM baru.... sakit hati betul aku gan mca ni... sebuk nak pelihara biznes kapal... tarik cable sendiri la sengal
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register