Google buang palestin dari google map dan diganti dengan Israel..

CG Sponsors




MrRagna

Freshie
Joined
Aug 8, 2016
Messages
7
Reaction score
0
Points
3
ada nampak boleh sign petition kat facebook, betul ke tu?
 
Sponsored Post

Roti Planta

Fun Poster
Joined
Jul 31, 2014
Messages
173
Reaction score
10
Points
15
Sejak minggu lalu, media sosial telah dikejutkan dengan berita label negara Palestin telah dipadam oleh pihak pihak Google dalam aplikasi Google Maps yang dihasilkan mereka, ianya menyebabkan jutaan penduduk dunia marah termasuk mereka yang bukan Islam.

Oleh itu ada pihak yang menjalankan petisyen meminta nama Palestin dinaikkan semula dalam aplikasi berkenaan dan mendapat sambutan ramai selain hashtag #PalestineHere yang menjadi trending di laman sosial.

Kerana itu ramai antara mereka memberi amaran akan memboikot Google jika tidak menaikan semula nama Palestin diatas peta Google Maps berkenaan.










Pihak Google dalam satu kenyataan telah memberitahu bahawa tidak pernah ada label bernama 'Palestin' dalam Google Maps

"Namun kami telah mengesan 'bug' (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label 'Tebing Barat' dan ''Gaza'."

"Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu," kata Google dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan kenyataan itu ternyata nama Palestin sememangnya tidak pernah dilabelkan dalam pemetaan Google Maps dimana hanya menggunakan nama Gaza dan Tebing Barat.

Kenapa nama Palestin tidak ada pada peta? ini kerana untuk melayakkan nama negara Islam berkenaan ada di Google Maps, Palestin harus diiktiraf oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara.

Ketika ini, negara berkenaan hanya diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB sejak 29 November 2012 di mana ialah adalah langkah pertama untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka.

Sehingga kini ada 136 buah negara dari 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf kewujudan negara Palestin.

Isu ini berbangkit apabila pada 25 Julai yang lalu Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di Google Maps.

sumber amanz.my

https://amanz.my/2016117084/
 

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,299
Reaction score
188
Points
33
pemilik google ni bangse ape???
pendatang yahudi bro..
sergey brin dgn larry page...
dah baca kisah dia ni...
tp mottonye don't be evil..
ni mesti zionis2 yg cucuk mintak
padamkan map palestine
haram jada# betoi
 

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,299
Reaction score
188
Points
33
mcm mana nk jadi pendahulu...
belajar pn malas...
tgk org melayu kita pun dh cukup...
malah berkira2 bila bab belajar...
tp bila enjoy...habis beribu pun xkisah...
cuba banding dgn org yahudi...org cina bila bab belajar...dari situ dh tau kenapa mereka pendahulu...
ini sangat sokong tn.. sebab saya kecewa nk ajak mmber2 melayu buat bisnes..skrg saya gerak sorang jer... yg betul2 ade semangat mcm bangsa lain tu tak berapa jumpa lagi
 

yongyap

Active+ Member
Joined
Nov 4, 2009
Messages
3,299
Reaction score
188
Points
33
Boleh je boikot...mcd dh lama x g mkn ..start kempen boikot dlu...fb dh lama buang....just guna whatsapp....google mmg tgh guna.....sbb x dpt elak guna...benda2 lain boleh je boikot....

Nk seribu daya....
betul tn semangat tuan sangat saya puji.. geram kat sesetengah yg perli2 sindir2 apa bagai konon memperkecilkan perjuangan kecil kita menyokong saudara2 kita ditindas..pointnye mudah jer.. ingat kembali cerita nabi ibrahim dan burung
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,136
Reaction score
547
Points
161
pendatang yahudi bro..
sergey brin dgn larry page...
dah baca kisah dia ni...
tp mottonye don't be evil..
ni mesti zionis2 yg cucuk mintak
padamkan map palestine
haram jada# betoi
motto tak tahan tu...
tp ko mmg setan jgk la yahudi...
:))
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,506
Points
236
xperlu marah-marah, betul apa yang Google kata, memang Google dari awal tidak masukkan Palestine dalam aplikasi Maps buatannya termasuk perisian buatan Apple disebabkan ketegangan pihak-pihak terlibat antara negara tersebut dan pemetaan terperinci tidak dapat dibuat. Ini termasuk Israel.

Jangan salahkan Google / Apple / Navteq (pernah dengar nama Navteq?) .. sebab memang tak boleh buat pemetaan dinegara tersebut dan pemetaan secara kasar diperolehi dari PBB (United Nations). Perkara sebegini memang pernah berlaku semasa pemetaan Crimea (Kawasan taklukan Russia / Ukraine) dan Jammu-Kashmir (India / Pakistan). Cuba buat analisa sendiri, buat petition terhadap United Nations bukan Google :D

Pautan https://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Partition_Plan_for_Palestine

 

asdasdasd

Legendary Member
Joined
May 2, 2011
Messages
12,898
Reaction score
305
Points
136
Aku pelik kenapa israel tak hapuskan je saki baki penduduk palestin tu terus. Siapa dia kuasa islam nak marah/halang. Islam tengah lemah sekarang, ni la masanya..
betul2. aku pon sama fikir camtu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
Google akui label 'Palestin' tidak pernah wujud dalam Google Maps



NAMA Palestin yang dilihat hilang terus daripada aplikasi peta Google Maps telah mencetuskan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah daripada jutaan penduduk dunia lain yang mengakui kewujudan negara tersebut di seluruh dunia.


Kemarahan tersebut turut disuarakan melalui hashtag ‘PalestinIsHere’ yang trending sejak semalam di media sosial.

Semakan di Google Maps menunjukkan, hanya kelihatan satu garisan titik sempadan, yang membezakan Tebing Barat dan Gaza serta Israel.

Kawasan dalam garisan tersebut dilihat seperti ia sebahagian daripada Israel.

Namun persoalannya, adakah benar-benar nama Palestin terus hilang daripada Google Maps, atau ia tidak pernah wujud sama sekali dalam Google Maps?

"Tidak pernah ada label bernama 'Palestin' dalam Google Maps. Namun, kami telah mengesan 'bug' (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label 'Tebing Barat' dan ''Gaza'.

"Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu," kata Google dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu secara langsung menunjukkan bahawa selama ini sememangnya nama Palestin itu tidak pernah disertakan dalam pemetaan Google Maps.

Pada 25 Julai yang lalu Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di Google Maps.

Semenjak itu, sentimen terhadap isu tersebut meningkat di seluruh dunia.

'Kesilapan' yang diakui Google itu juga telah menyebabkan segolongan pengguna media sosial, beralih arah kepada enjin carian lain sebagai tanda protes.


http://www.astroawani.com/berita-du...n-tidak-pernah-wujud-dalam-google-maps-113544
 
Sponsored Post
Top
Log in Register