Google buang palestin dari google map dan diganti dengan Israel..

CG Sponsors




cahayahami

Active Member
Joined
Apr 18, 2013
Messages
1,599
Reaction score
23
Points
25
xperlu marah-marah, betul apa yang Google kata, memang Google dari awal tidak masukkan Palestine dalam aplikasi Maps buatannya termasuk perisian buatan Apple disebabkan ketegangan pihak-pihak terlibat antara negara tersebut dan pemetaan terperinci tidak dapat dibuat. Ini termasuk Israel.

Jangan salahkan Google / Apple / Navteq (pernah dengar nama Navteq?) .. sebab memang tak boleh buat pemetaan dinegara tersebut dan pemetaan secara kasar diperolehi dari PBB (United Nations). Perkara sebegini memang pernah berlaku semasa pemetaan Crimea (Kawasan taklukan Russia / Ukraine) dan Jammu-Kashmir (India / Pakistan). Cuba buat analisa sendiri, buat petition terhadap United Nations bukan Google :D

Pautan https://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Partition_Plan_for_Palestine

means pbb nyer keje la nihh..
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196
pendatang yahudi bro..
sergey brin dgn larry page...
dah baca kisah dia ni...
tp mottonye don't be evil..
ni mesti zionis2 yg cucuk mintak
padamkan map palestine
haram jada# betoi
bukan padam tapi kawasan palestin memang dah lama kosong....tapi baru2 nie tempat kosong di letak nama israel itu sebab orang marah.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201



SYARIKAT teknologi terkemuka Google menjadi sasaran netizen apabila ia didakwa memadam nama "Palestin" dalam aplikasi Google Maps milik syarikat tersebut.

Pengguna media sosial menangkap layar paparan di Google Maps yang secara jelas tidak memaparkan nama Palestin, sebaliknya hanya tertera Jerusalem (Baitulmaqdis) dan Gaza, lapor Arab News.

Mereka turut mempertikaikan tindakan syarikat itu mengekalkan nama negara yang sejak puluhan tahun ‘menjarah’ tanah Palestin iaitu Israel.


Status yang tular itu mendakwa negara Palestin telah ‘dihapuskan’ baik dalam Google Maps atau Apple Maps.

Status yang tular itu mendakwa negara Palestin bukan sahaja ‘dilenyapkan’ di Google Maps, malah di Apple Maps.

Begitupun, pada tahun 2016, ketika pengguna media sosial membangkitkan perkara sama, seorang jurucakap dari Google berkata: “Nama Palestin memang tidak pernah ada dalam Google Maps.”


Sementara itu, status awal yang mencetus kepada penularan berita itu juga kini telah dikemas kini dan menyatakan maklumat dikongsikan pada awalnya adalah maklumat palsu, menggunakan alasan sama: Palestin tidak pernah ada dalam Google Maps.

Meskipun sudah dikemas kini, namun ia tidak menghalang pengguna media sosial menularkan kehilangan Palestin dan mendesak Google Maps memasukkan semula negara berkenaan dalam aplikasi petanya.



Palestin diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya sebagai negara merdeka, tetapi tidak di Amerika Syarikat di mana terletaknya ibu pejabat Apple dan Google.

‘Penghapusan’ itu secara kebetulan berlaku selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di Tebing Barat.

Ancaman tersebut telah mencetuskan kritikan global dengan banyak negara menyebutnya sebagai 'pelanggaran hak asasi manusia'.

 
Last edited:

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
Nama Palestin tiada dalam peta Google, Apple cetus teori konspirasi
774523.jpg


DUA buah syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) dikritik kerana didakwa menyebelahi Israel baru-baru ini.

Kritikan itu dibuat kerana syarikat Apple dan Google secara terang-terangan tidak memasukkan nama Palestin dalam peta online masing-masing.

Ketiadaan nama itu pada peta dunia pada mulanya dibangkitkan melaui satu hantaran di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Hantaran itu dibuat oleh seorang pemilik akaun laman tersebut, Astagfirollah yang membuat dakwaan bahawa nama Palestin 'diubah secara rasmi' daripada peta Google dan Apple pada minggu lalu.

774522.jpg

Akaun Instagram Astagfirollah yang menunjukkan ketiadaan nama Palestin pada peta Google dan Apple. - Foto Instagram

Seterusnya ia merebak menjadi satu 'perdebatan' hangat dalam penulisan artikel berita menerusi media sosial.

Perbahasan tersebut kemudian menjadi 'panas' apabila Menteri Hal Ehwal Luar Negara dan Imigran Palestin, Riyad Al Maliki berkata, beliau telah menghantar maklum balas kepada dua syarikat tersebut berhubung isu berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa menyahsenaraikan nama Palestin dalam peta itu adalah melanggar undang-undang antarabangsa sekali gus merupakan satu tekanan dan ugutan daripada pihak Israel.

Menteri Telekomunikasi dan Maklumat Palestin, Issac Sidir pula menegaskan pihaknya kemungkinan mencari enjin carian baru dari Rusia atau China berikutan tindakan Google dan Apple itu.

Sidir juga menegaskan kedua-dua syarikat berkenaan juga condong secara membuta tuli terhadap pendudukan Israel.

Ini adalah kerana tindakan Google dan Apple itu juga tidak selaras dengan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Palestin sebelum ini sudah diiktiraf oleh PBB dan 136 anggota badan dunia itu menjadi sebuah negara.

Bagaimanapun, AS yang menempatkan ibu pejabat syarikat Google dan Apple seperti yang diketahui masyarakat antarabangsa tidak berbuat demikian.

Sementara itu, portal berita Republicworld.com pada 16 Julai lalu melaporkan ketiadaan maklum balas daripada Google dan Apple berhubung isu tersebut mencetuskan kekeliruan daripada pengguna media sosial.

774524.jpg

Gambar fail menunjuklan penempatan haram Yahudi pada 1 Julai 2020. - Foto AFP

Ketiadaan kenyataan rasmi itu menyebabkan netizen membuat teori konspirasi dengan menyatakan ia mempunyai kaitan dengan rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menambahkan lagi penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pada bulan lalu, Netanyahu berikrar untuk menambahkan penempatan itu menyebabkan lebih 1,000 ahli parlimen di seluruh Eropah menandatangani surat membantah tindakan tersebut.

Negara-negara Arab dan Eropah pula termasuk Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, sebarang penambahan penempatan haram merupakan faktor utama menyahstabilkan rantau tersebut dan mendesak Israel mengikut bantahan tersebut.

Google bagaimanapun dilaporkan menyatakan dalam laman webnya: "Sempadan yang dipertikaikan ditandakan sebagai garis kelabu. Tempat itu tidak bersetuju dengan garis sempadan."

Walau apa pun penerangan diberikan, ketiadaan nama itu seolah-olah menunjukkan Palestin tidak wujud di muka bumi ini.

Israel sebenarnya menduduki Tebing Barat, Genting Gaza dan Bukit Golan semasa Perang 1967.

Rejim Zionis itu kemudian tidak lagi menduduki Gaza selepas ia menghapuskan koloninya pada tahun 2005.

Namun, ia bukan kali pertama Google didakwa mengubah nama Palestin daripada perkhidmatan petanya.

Pada tahun 2016, wujud satu petisyen yang mendakwa kerajaan Israel berkeras mahu nama Palestin ditiadakan.

Ia juga membuat dakwaan dua pengasas Google mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan para pemimpinnya.

Bagaimanapun, petisyen Google: Put Palestine on your Maps! itu kekal aktif dan mempunyai lebih 800,009 tandatangan bagi menyokong penggunaan nama Palestin pada kedua-dua peta berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...alam-peta-Google-Apple-cetus-teori-konspirasi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,664
Reaction score
853
Points
81
Sudah..boleh buang phone masing2 dalam parit

nak pakai android tak boleh nak pakai Apple pun x boleh

Biarkan je lah diaorg nak buang dalam peta pun..sbb diaorg punya aplikasi tu. Bukannya dia buang Palestine cara live pun

kalau aplikasi or map tu kita sendiri buat nnti kita pulak buang Israel dr map kita
 

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
593
Reaction score
64
Points
30
Sudah..boleh buang phone masing2 dalam parit

nak pakai android tak boleh nak pakai Apple pun x boleh

Biarkan je lah diaorg nak buang dalam peta pun..sbb diaorg punya aplikasi tu. Bukannya dia buang Palestine cara live pun

kalau aplikasi or map tu kita sendiri buat nnti kita pulak buang Israel dr map kita
Guna Huawei. Huawei xder Google huhu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register