BTC USD 47,986.4 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Google Akan Tamatkan Sokongan Daftar Masuk Gingerbread Pada September 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Google Akan Menamatkan Sokongan Daftar Masuk Pada Peranti Android Gingerbread Pada September 2021;

Android Gingerbread merupakan salah satu versi Android yang lama, iaitu versi Android 2.3, dan telah diperkenalkan pada 2009 yang lepas. Walaupun sokongan untuknya telah ditamatkan, terdapat segelintir pengguna yang sangat kecil yang masih menggunakannya.
HTC Desire

Terbaru, Google mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan daftar masuk akaun Google ke peranti menggunakan Android 2.3.7 dan ke bawah bermula 27 September 2021 kelak. Dengan langkah ini, pengguna yang menggunakan peranti berkenaan tidak boleh mengakses perkhidmatan seperti GMail, YouTube dan Google Maps pada peranti-peranti berkenaan. Google meminta pengguna menaik-taraf ke peranti menggunakan Android 3.0 dan terkini untuk kekal mengakses perkhidmatan dan aplikasi Google.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register