Google Akan Tamatkan Sokongan Chrome Apps Untuk Windows, Mac &n Linux Tahun Ini

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Google hari ini telah berkongsi kemaskini berkaitan dengan perancangan mereka untuk Chrome Apps. Melalui apa yang dikongsikan, Google kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Chrome Apps secara berperingkat bermula tahun ini.

Untuk makluman, Chrome Apps merupakan aplikasi pada pelayar web Chrome – yang membolehkan pengguna melakukan sejumlah tugasan seumpama menggunakan perisian biasa pada komputer mereka. Dengan perkembangan arena web hari ini, penggunaan Chrome Apps dilihat agak kurang relevan lagi, sekaligus membuatkan Google untuk menamatkan sokongan untuknya.

Perubahan ini tidak memberikan sebarang impak kepada Chrome Extensions – iaitu pemalam untuk pelayar web Chrome yang memudahkan sejumlah tugasan ketika anda melayari web.

Untuk Chrome Apps sendiri, Google akan berhenti menerima aplikasi baru ke Chrome Web Store bermula Mac 2020 ini. Sokongan untuk pengguna biasa bagi Chrome Apps di Windows, Linux dan Mac akan ditamatkan pada Jun 2020 kelak, sementara untuk pengguna perusahaan dan pendidikan pada Disember 2020.

Google akan menamatkan sepenuhnya sokongan Chrome Apps untuk Chrome OS pada Jun 2021 kelak, dan untuk pengguna perusahaan dan pendidikan pada Jun 2022.



Sumber asal https://blog.chromium.org/2020/01/moving-forward-from-chrome-apps.html
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Google Lanjut Sokongan Chrome Untuk Windows 7 Sehingga 2022

Tahun ini menyaksikan pelbagai syarikat melaksanakan kaedah bekerja dari rumah, sekaligus sedikit menyukarkan proses naik-taraf penggunaan peranti dan teknologi di tempat kerja. Selari dengannya, sejumlah penyedia perisian turut melanjutkan sokongan untuk beberapa sistem yang lama.

Google adalah salah satu daripadanya, dan kini melanjutkan tempoh sokongan Chrome untuk Windows 7 selama 6 bulan lagi. Pada awalnya, Google menyasarkan untuk menamatkan sokongan Chrome untuk Windows 7 pada 15 Julai 2021. Namun, kini mereka melanjutkan enam bulan lagi, dan akan menyokongnya sehingga 15 Januari 2022 kelak.

Google mengatakan langkah ini diambil kerana ramai pengguna perusahaan masih bergantung kepada sistem operasi Windows 7. Mengikut bancian, sekitar 21% perusahaan masih dalam proses berpindah ke sistem operasi Windows 10 terbaru. Dengan langkah ini, anda masih boleh kekal menggunakan Chrome pada Windows 7 untuk tempoh sehingga awal 2022 kelak.

Windows-7-Chrome-950x514.png


Sumber asal https://cloud.google.com/blog/produ...-on-windows-7-to-support-enterprise-customers
 
Sponsored Post
Top
Log in Register