BTC USD 78,995.0 Gold USD 2,685.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Google Akan Melabel Kandungan AI Pada Carian Search & Iklan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,757
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,757
Reaction score
6,958
Points
916
Awards
1
Google akan mula memaparkan label pada kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam carian Google Search dan Google Ads. Label “About this image” boleh ditekan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai imej yang sedang dilihat pada skrin peranti.

Dall-e-3-C2PA-CR-label-950x792.jpg.webp


Kesemua imej yang dijana menggunakan AI dan ditanda menggunakan piawaian datameta C2PA serta SynthID akan mempunyai label ini. Google baru sahaja menyertai C2PA tahun ini dengan ia turut dianggotai juga oleh Adobe, Microsoft, Sony, Meta, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter. Ia ditubuhkan bagi membangunkan piawaian industri bagi mengenalpasti dan melabel kandungan yang dijana oleh AI generatif.

Sokongan label AI bukan sahaja akan dipaparkan dalam Google Search tetapi juga dalam Google Images, Lens dan Circle to Search di bulan-bulan mendatang. Imej yang dijana AI generatif telah mula membanjiri internet dan isu utamanya ialah semakin ramai orang tertipu dengan imej palsu ini sehingga mendatangkan kemudaratan.​
 
Back
Top
Log in Register