BTC USD 42,802.1 Gold USD 1,764.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Google Akan Maklumkan Kebocoran Kata Laluan Anda

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang memudahkan anda menyemak sama ada data akaun anda untuk sejumlah perkhidmatan bocor atau digodam pihak ketiga atau sebaliknya.

Google sendiri sedia mengintegrasikan ciri ini pada Password Manager dalam memastikan pengguna mereka sentiasa terlindung. Untuk makluman, ciri ini diintegrasikan pada Chrome, Android dan iOS dalam memudahkan anda menyimpan kata laluan sesuatu web atau aplikasi dalam mempercepatkan proses anda log masuk ke perkhidmatan berkenaan.

Password Alerts” pula akan secara automatik memaklumkan anda sekiranya terdapat sebarang kebocoran melibatkan akaun dan kata laluan anda – yang disimpan melalui pengurus kata laluan pada Chrome, Android atau iOS.

Google-Passwords-Alert-950x535.jpg

Dan dalam memudahkan lagi pengguna, kini Google turut akan memudahkan anda mengubah kata laluan anda dengan hanya satu tap sahaja – membawa anda ke laman yang terlibat, dan memudahkan anda mengubah kata laluan. Ciri mengubah kata laluan ini akan ditawarkan untuk pengguna peranti Android terlebih dahulu, dan diperluaskan ke yang lain selepas itu.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register