Golongan ruwaibidhah

CG Sponsors




king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131

Saya ingin berkongsi sebuah hadis Rasulullah SAW dengan semua para sahabat CG....

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.



H.R. Ibnu Majah


Betapa benarnya sabda Rasulullah SAW mengenai apa yang sedang berlaku sekarang di sekeliling kita. Betapa sekarang sudah sampai dan tiba waktu-waktu tandus, gering, kegawatan ekonomi, peperangan dan berbagai2 bencana lagi.

Penuh pula disekeliling kita pendusta-pendusta samda dalam agama, ekonomi dan politik dan menidakkan pula orang-orang benar lagi beriman dari menyebarkan kebenaran.

Pemengang amanah yaqni pemimpin, orang2 atasan banyak yang menyeleweng, pecah amanah, penuh rasuah, manakala orang yang layak memegang tanggungjawab pula di anaktirikan.

Saya bangga kerana sebenarnya Islam adalah penyelesaian kepada semua permasalah samada ekonomi atau pun akhlak yang sedang berlaku sekarang ini dan pada masa yang sama kesal, kerana pihak yang berwajib seakan-akan melupakan Islam dalam banyak tindakan dan pemerintahan.

Golongan 'ruwaibidhah' ini telah bercambah-cambah dalam masyarakat kita dan wajiblah kita 'memerangi' mereka. Wallahua'alam, betulkan saya jikalau salah...
 
Top
Log in Register