BTC USD 35,943.5 Gold USD 1,812.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Golongan muda akan dipermudahkan beli rumah sendiri

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Golongan muda akan dipermudahkan beli rumah sendiri

REEZAL Merican Naina Merican meninjau kerja-kerja pembinaan Rumah Mampu Milik PR1MA - Ideal Residency di Bukit Gelugor, Pulau Pinang hari ini yang turut dihadiri Chow Kon Yeow.
GEORGETOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneliti model terbaharu bagi membolehkan golongan muda seawal usia 25 tahun untuk memiliki kediaman sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu termasuk dalam mempermudahkan kaedah permulaan seperti pembayaran deposit untuk golongan terbabit membeli kediaman mampu milik berharga antara RM250,000 hingga RM300,000.

Jelas beliau, usaha itu juga merupakan langkah dalam meningkatkan pemilikan harta atau kekayaan dalam golongan muda yang mana nilai rumah yang dibeli ketika usia muda akan meningkat berkali ganda.

“Dari segi pinjaman juga jika mereka dapat membeli rumah pada usia muda, maka bayaran bulanan menjadi rendah kerana tempoh pembayaran yang lebih panjang selain selari dengan kenaikan gaji.

“Jika pada usia 25 tahun mereka sudah dapat membeli rumah, dalam tempoh 10 tahun nilai rumah itu boleh meningkat sekali ganda dan ini adalah antara cara kita dapat meningkatkan pemilikan harta dan kekayaan dalam generasi muda,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan Rumah Mampu Milik PR1MA – Ideal Residency dan menyerahkan surat tawaran kepada 20 bakal pembeli di Bukit Gelugor, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dalan pada itu, Reezal Merican turut menggalakkan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan pihak pemaju dalam menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat.

Menurut beliau, kerjasama itu misalnya dengan penawaran subsidi tertentu kepada pihak pemaju dapat mengurangkan harga rumah mampu milik sekali gus membolehkan lebih banyak kediaman dapat dibina.

Jelas beliau, perlu ada kerjasama menang-menang antara pemaju hartanah dan rakyat supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dilindungi dan dalam masa sama kerajaan juga tidak mahu wujud situasi yang mana berlaku lambakan rumah tidak terjual di pasaran.

“Kita juga sudah memberi cadangan kepada Bank Negara Malaysia dalam soal mempermudahkan pembelian rumah ini dan berharap akan ada insentif tertentu diumumkan berhubung perkara ini dalam Belanjawan 2022 nanti,” katanya.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,227
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,227
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
Mudah mcm mn harga pun yahudi, contoh penjawat awam gaji katakan 3k, rumah saja potong 1.5k, kereta lg, mkn lg, anak lg.....tngk yg tu dl Pak menteri
 
mariayoung

Junior Member
Messages
73
Joined
Jun 29, 2016
Messages
73
Reaction score
3
Points
11
pada pandangan iolsss ni lah kan, PR1MA punya projek perumahan da memang utk golongan2 M40 sebab harga mantap,
lepas tu facilities dia macam kondo2 biasa tu tau macam gym lah ape lah kan... golongan b40 ni, apply rumah kos rendah yg lain2 laa... hehehehe
 
TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Ha 20-30k kwsp utk deposit rumah la apa lagi. Pru kami undi 🤭
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81

Dulu ade..skim rumah pertama..dpt free 30k.. kalau dpt yg tu.. + kswp..mmg rmai bole beli rumah
 
rosalinda9988

Freshie
Messages
37
Joined
Jul 1, 2013
Messages
37
Reaction score
2
Points
11
pada pandangan iolsss ni lah kan, PR1MA punya projek perumahan da memang utk golongan2 M40 sebab harga mantap,
lepas tu facilities dia macam kondo2 biasa tu tau macam gym lah ape lah kan... golongan b40 ni, apply rumah kos rendah yg lain2 laa... hehehehe
ye lah tu betul lah nak rumah kos rendah, memang bukan pr1ma. tak paham dgn orang yg tak paham konsep rumah dorang tu haha. member beli rumah pr1ma pun ok lah siap ade swimming pool lagi. kira berbaloi lah dari beli kondo mahal2
 
Hou-Ou

Active Member
Messages
1,204
Joined
Jun 13, 2021
Messages
1,204
Reaction score
449
Points
51
Golongan muda akan dipermudahkan beli rumah sendiri

REEZAL Merican Naina Merican meninjau kerja-kerja pembinaan Rumah Mampu Milik PR1MA - Ideal Residency di Bukit Gelugor, Pulau Pinang hari ini yang turut dihadiri Chow Kon Yeow.
GEORGETOWN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneliti model terbaharu bagi membolehkan golongan muda seawal usia 25 tahun untuk memiliki kediaman sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu termasuk dalam mempermudahkan kaedah permulaan seperti pembayaran deposit untuk golongan terbabit membeli kediaman mampu milik berharga antara RM250,000 hingga RM300,000.

Jelas beliau, usaha itu juga merupakan langkah dalam meningkatkan pemilikan harta atau kekayaan dalam golongan muda yang mana nilai rumah yang dibeli ketika usia muda akan meningkat berkali ganda.

“Dari segi pinjaman juga jika mereka dapat membeli rumah pada usia muda, maka bayaran bulanan menjadi rendah kerana tempoh pembayaran yang lebih panjang selain selari dengan kenaikan gaji.

“Jika pada usia 25 tahun mereka sudah dapat membeli rumah, dalam tempoh 10 tahun nilai rumah itu boleh meningkat sekali ganda dan ini adalah antara cara kita dapat meningkatkan pemilikan harta dan kekayaan dalam generasi muda,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan Rumah Mampu Milik PR1MA – Ideal Residency dan menyerahkan surat tawaran kepada 20 bakal pembeli di Bukit Gelugor, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dalan pada itu, Reezal Merican turut menggalakkan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan pihak pemaju dalam menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat.

Menurut beliau, kerjasama itu misalnya dengan penawaran subsidi tertentu kepada pihak pemaju dapat mengurangkan harga rumah mampu milik sekali gus membolehkan lebih banyak kediaman dapat dibina.

Jelas beliau, perlu ada kerjasama menang-menang antara pemaju hartanah dan rakyat supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dilindungi dan dalam masa sama kerajaan juga tidak mahu wujud situasi yang mana berlaku lambakan rumah tidak terjual di pasaran.

“Kita juga sudah memberi cadangan kepada Bank Negara Malaysia dalam soal mempermudahkan pembelian rumah ini dan berharap akan ada insentif tertentu diumumkan berhubung perkara ini dalam Belanjawan 2022 nanti,” katanya.

Menteri ni kata, rumah harga RM 250 K ke RM 300K

maksudnya, bulanan dlm RM 1200 ke 1500.00 mcm tu

so gaji pun dlm 3500.00 ke RM 5000.00

munkin kombine laki bini o.klah

tapi..kalau ikutkan..rumah yg diorg mampu bawah RM 200 K

satu lagi
yg muda2 ni memang masalah deposit

so kalau sayalah nak bagi idea..

sediakan rumah dlm harga RM 200 K dengan Zero deposit

insyaAllah ramai pasangan muda yg mampu.
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Menteri ni kata, rumah harga RM 250 K ke RM 300K

maksudnya, bulanan dlm RM 1200 ke 1500.00 mcm tu

so gaji pun dlm 3500.00 ke RM 5000.00

munkin kombine laki bini o.klah

tapi..kalau ikutkan..rumah yg diorg mampu bawah RM 200 K

satu lagi
yg muda2 ni memang masalah deposit

so kalau sayalah nak bagi idea..

sediakan rumah dlm harga RM 200 K dengan Zero deposit

insyaAllah ramai pasangan muda yg mampu.
Depo ni sbnrnya bnyk halangan.. kalau kurangkn kpd 5% atau kurang .. rase ok lg la.. kalau free bkn xbole, dah mcm umah free byr bulan2 je
 
maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,915
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,915
Reaction score
565
Points
121
Depo ni sbnrnya bnyk halangan.. kalau kurangkn kpd 5% atau kurang .. rase ok lg la.. kalau free bkn xbole, dah mcm umah free byr bulan2 je
Xperlu depo la boss.. Adjust full loan terus.. Mudahkan pemilikan rumah... Byk dah keluarga2 kecil menyewa sampai 1.5k..kalau ikutkan mampu je rumah bawah 250k..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register