Golongan belia masa kini lebih beruntung

CG Sponsors




highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Golongan belia masa kini lebih beruntung

0 0 Google +0 0 0 Cetak
Kuala Lumpur: “Kejayaan anak muda kini semuanya bergantung kepada usaha sendiri. Namun, faktor paling mempengaruhi mereka ialah aspek kemakmuran negara dan pembangunan ekonomi yang pesat.

“Bayangkan tanpa negara yang makmur dan aman, pasti sukar golongan muda di negara ini menceburi peluang perniagaan, apatah lagi bergelar jutawan,” kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.


Beliau mengulas mengenai peningkatan jumlah jutawan muda dalam pelbagai bidang sejak kebelakangan ini.

Selain itu, katanya, golongan muda kini lebih berkeupayaan berbanding generasi sebelum ini kerana perkembangan dunia yang semakin moden, menjadikan mereka lebih terdedah dan bijak.


“Dulu, kayu pengukur bagi kejayaan seseorang adalah pangkat di sesuatu syarikat atau organisasi itu seperti doktor, jurutera dan pengurus besar. Kini semuanya berubah.


“Kejayaan sebenar dikira daripada kejayaan seseorang individu itu seperti bergelar jutawan walaupun hanya kerja kampung.

“Ini yang mampu golongan muda masa kini lakukan. Mereka mempunyai pelbagai idea yang boleh membantu menjana keuntungan,” katanya.


Maliki berkata, golongan muda boleh berjaya dalam bidang perniagaan kerana mereka banyak rangkaian komunikasi.

“Pergaulan mereka lebih luas dan ia menjadi faktor mengapa ramai golongan muda yang berjaya. Semakin hari, semakin ramai bergelar jutawan dan ia sesuatu yang memberangsangkan,” katanya.


Sementara itu, Penolong Profesor Jabatan Pentadbiran Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Zulkarnain Kedah berkata, satu cara untuk meningkatkan bilangan jutawan muda di Malaysia adalah dengan sifat bantu membantu.


“Jutawan sedia ada perlu membantu golongan muda dengan menyediakan ekosistem lengkap dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat dalam bidang perniagaan.


“Dulu, Nabi Muhammad juga menjadi jutawan pada umur 25 tahun apabila Saidatina Khadijah memilih baginda sebagai ‘CEO’ untuk perniagaan antarabangsanya di Sham.


“Jadi, dengan cara ini, pasti akan lahir lebih ramai jutawan muda di negara kita dan cara ini juga ternyata berkesan. Dalam al-Quran turut menjelaskan, bagi menjana kekayaan, rezeki itu perlu dikongsi bersama orang Islam supaya sama-sama berjaya dan bantu membantu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/14
 
Sponsored Post

Berfikir

Active+ Member
Joined
Aug 10, 2011
Messages
4,858
Reaction score
108
Points
33
kalau duduk pantai barat semenanjung lagi senang nak jadi jutawan.
highway ada,orang ramai,bandar banyak dll.
 

timur & barat

Super Active Member
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
Bsyukurla negara kita kira ok apa...byk keje,sng wat bisnes,aman...okla..:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register