GMUKM Gesa Mahasiswa Terus Mencabar

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Peristiwa 17 Oktober atau Ten Seventeen, pasti diingati dalam sejarah gerakan mahasiswa negara ini.Inilah pertama kalinya mahasiswa dapat menyerahkan memorandum secara by hand kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin dan melakukan demontrasi di hadapan Dewan Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu jam yang dikhususkan kepada bantahan terhadap sikap diam menteri terbabit.

Ini merupakan salah satu siri-siri demontrasi yang dilakukan oleh mahasiswa sepanjang tahun 2008, yang sebelum ini demontrasi dianggap perkara asing selepas dekad awal 90an. Selain itu, 18 Ogos yang lalu, sekumpulan mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berjaya menghimpunkan kira-kira 500 mahasiswa untuk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen yang bermula jam 8.30 pagi.

Juga sebelum itu iaitu pada 12 Ogos lalu, kira-kira 5000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak sejauh 3 kilometer ke Bangunan SUK, Selangor, semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang isu kuota 10 % bukan melayu di UiTM.

Demontrasi turut berlangsung di seluruh kampus UiTM seluruh negara termasuk cawangan Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang) dan lain-lain. Pada tarikh yang sama juga, pelajar-pejar Kolej Masterskill membuat demontrasi berkaitan isu Pinjaman Tabung Pendidkan Tinggi Negara (PTPTN) di perkarangan Kolej mereka.

Jelas bahawa mahasiswa pada hari ini sudah pandai berdemontrasi dan melahirkan tanda protes kepada sesuatu dasar yang tidak menyebelahi mereka. Jika sebelum ini, mahasiswa dianggap oleh kacamata umum sebagai golongan lesu, tidak bermaya dan bersifat tiada idealisme. Amat jarang sekali mereka mengadakan siri demontrasi yang besar disebabkan kekangan dalam AUKU sendiri melalui Seksyen 15 (1),15(2), 15 (3) dan 15(4) Akta tersebut.

Jika diselongkar sejarah gerakan mahasiswa, demontrasi yang paling akhir melibatkan mahasiswa adalah demontrasi membantah kezaliman zionis di Kedutaan Amerika pada tahun 2006 yang lalu serta demontrasi Baling yang berlaku kira-kira 24 tahun lalu di Kuala Lumpur. Tetapi berdasarkan fakta kejadian yang disebutkan tadi, jelas ia sebagai prima facie untuk menyatakan bahawa mahasiswa kini sudah mengorak langkah mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang melihat perkara yang remeh-temeh.

Mahasiswa pada hari ini benar-benar menjadi golongan “Task Force” atau “Pressure group” kepada semua orang, daripada senarai parti politik hinggalah kepada orang perseorangan itu sendiri. Mahasiswa hari ini bebas mengkritik, menegur dan memberi cadangan kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan hak dan keadilan masyarakat umum di negara ini.

Justeru itu, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) ingin menggesa kepada mahsiswa seluruh IPTA agar meneruskan usaha anda untuk menjadi mahasiswa sebenar. Yang bukan setakat hanya duduk di bilik atau perpustakaan sambil mengadap buku dan tidak menghiraukan dunia luar.

Mahasiswa sejati perlu lengkap dengan nilai keintelektualan dan juga kebolehan berorganisasi . Jadikanlah universiti sepertimana perkataan Latin, universitas magistrorum et scholarium, yang bermaksud pengumpulan guru-guru dan ahli intelektual yang berfikiran terbuka serta agen perubahan masyarakat..

Istilah demontrasi awam bukanlah satu istilah yang ganas dan membimbangkan. Ia adalah perkara normal yang dilakukan oleh seluruh mahasiswa di dunia ini tatkala suara mereka secara diplomasi tidak didengari.

Sejarah gerakan mahasiswa seluruh dunia telah merakamkan kepada kita bahawa sudah banyak siri demontrasi jalanan mahasiswa dilakukan yang boleh menyebabkan sesebuah negara mengalami satu reformasi yang berkekalan. Ambil contoh demontrasi mahasiswa Indonesia yang menghasilkan peristiwa tembakan untuk mematikan (shoot to kill) kepada 4 orang mahasiswa Universiti Trisakti.

Pembunuhan ini telah menyebabkan rejim Suharto meletak jawatan beberapa hari selepas itu. Pada 1956, protes mahasiswa juga telah memulakan revolusi Hungary yang menyingkir askar Russia daripada negara itu.

Juga pada tahun 1989, ribuan mahasiswa berarak di Tianmen Square, meminta reformasi politik dan media dilakukan oleh pemerintah komunis, merupakan bukti bahawa mahasiswa seluruh dunia turut berdemontrasi apabila sesuatu dasar yang dilakukan oleh pemerintah, dilihat tidak menyebelahi rakyat bawahan dan juga mereka sendiri.

Oleh yang demikian, gunakanlah ruang yang ada sekarang, dengan suasana demokrasi yang memberikan kebebasan kepada mahasiswa seiring dengan ’keterbukaan’ kerajaan yang banyak memberi perhatian yang lebih kepada mahasiswa hari ini selepas ‘Tsunami’ politik pada 8 Mac lalu.

Isu Caj PTPTN diturunkan 1 peratus, pindaan AUKU dan lain-lain lagi merupakan manifestasi kepada desakan mahasiswa sebelum ini untuk menuntut hak sebenar mereka berasakan hak asasi yang asas (right based) di samping tekanan politk semasa pada hari ini.

GMUKM berpandangan bahawa kerajaan yang terdesak telah bertindak cemerlang dalam memenuhi pemakaian Perkara 10 Pelembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan bersuara, melahirkan pendapat, berhimpun dan sebagainya. Mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk menjadi golongan ketiga kepada masyarakat dalam kondisi politik di Malaysia hari ini. Bagi melahirkan generasi pelapis kepimpinan negara yang berwibawa dan berkarismatik pada masa akan datang.

Dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang sedang hangat diperbincangkan sekarang di Parlimen, jelaslah bahawa terdapat sinar kekuatan kepada mahasiswa dalam menuju ke arah matlamat untuk menjadi insan berkebolehan di medan kampus dan lapangan masyarakat. Ruang kebebasan ini perlulah dinilai dan dihargai oleh seluruh mahasiswa di negara ini bagi mempelajari apa erti demokrasi sebenar.

GMUKM amat berharap agar mahasiswa seluruh IPTA hari ini, bersifat matang dan sentiasa mencabar dalam melatih kepimpinan diri untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang. Teruskan usaha aktif dalam persatuan, dan dalam pada masa yang sama turut cemerlang dalam pengajian. Semoga kebebasan tidak secara mutlak ini akan terus memacu kepada suasana perubahan kepada mahasiswa dalam membina Malaysia yang berdaya maju dan kompetitif dalam memacu perubahan global.
 
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
bagus LAH.. perjuangkn hak diri:)paid.. tabah dgn cabaran yg bakal di tempuh
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,574
Reaction score
1,552
Points
201
Demonstrasi je pandai..belajar hampes...:eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register