Kehidupan
CG Top Poster Club
- Messages
- 25,111
Paid Membership
- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 218
- Points
- 123
Oleh : Hazman Abdullah
Jurucakap GMUKM
Tarikh desakan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) pada 20 Oktober telah dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh pihak pentadbiran Universiti.
Dan terbaru, pemakluman pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM) secara senyap dilihat sebagai satu lagi usaha pihak Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri, Prof. Dato’ Dr Mohd Wahid Shamsuddin untuk menyekat berlangsungnya demokrasi segar di kampus UKM ini
Surat pemakluman tentang pembubaran MPP pada 1 Oktober lalu itu telah dihantar kepada setiap fakulti-fakulti dan ditandatangani sendiri oleh TNC HEPA dengan arahan agar surat tersebut tidak ditampal di notis-notis fakulti. Walaupun tarikh pembubaran adalah pada 1 Oktober, tetapi surat itu hanya ditandatangi pada 20 Oktober dan diedarkan kepada setiap fakulti pada keesokan harinya.
Menurut Setiausaha Kerja Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Hishamuddin Abdullah, tindakan tersebut menunjukkan kezaliman terhadap mahasiswa terus berlaku dan pihak pentadbiran tidak menghormati hak mahasiswa untuk berdemokrasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
” Perbuatan menyembunyikan tarikh pembubaran jelas menunjukkan mereka tidak lagi insaf dan sedar bahawa Pilihanraya Kampus adalah hak milik mahasiswa, bukannya pihak pentadbiran yang bukan berstatus mahasiswa”
Mengulas mengenai kelewatan surat yang lewat diedarkan dan ditandatangi iaitu kira-kira 20 hari selepas tarikh pembubaran pada 1 Oktober lalu beliau berkata, ini adalah merupakan siri-siri penyelewengan yang tidak bijak kerana ia mendedahkan bahawa ia satu tindakan pembohongan yang tidak berjaya (the lies have not improved).
” GMUKM yakin dan percaya keputusan tersebut dibuat secara tergesa-gesa selepas peristiwa demontrasi aman hampir 300 mahasiswa menyerahkan memorandum secara tangan kepada Menteri Pengajian Tinggi di UKM pada 17 Oktober lalu dan juga desakan pihak GMUKM agar diadakan Pilihanraya Kampus selewat-lewatnya pada 20 Oktober lalu,” katanya yang juga merupakan aktivis pelajar.
Bagaimanapun kata Hisyamuddin, GMUKM tidak bertoleransi dengan tindakan pentadbiran yang menyembunyikan pengumuman pembubaran MPP UKM dan juga masih membiarkan mahasiswa UKM berteka-teki akan tarikh penamaan calon dan juga pembuangan undi.
“ Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Penjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007 dan juga Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Panduan Calon) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007 jelas memperuntukkan bahawa notis pembubaran perlu disiarkan di Fakulti, Kolej atau mana-mana tempat di kawasan UKM dan ketiadaan notis pembubaran di kawasan capaian umum mahasiswa yang munasabah (reasonable public access) adalah satu penyelewengan undang-undang yang dilakukan oleh pentadbiran Hal Ehwal Pelajar ini,” ujarnya.
Tambahnya, Pembubaran atau pemakluman undang-undang ini haruslah diuar-uarkan kepada masyarakat kampus UKM kerana ini adalah hak asasi mereka yang juga selari dengan Seksyen 30 (2) Jadual Pertama Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) yang menyatakan bahawa :
“The Statutes, Rules and Regulations of the University as notification from time to time shall be published in book form at such intervals as the Board may direct: and copies shall be made available for purchase at a reasonable price by members of the public.”
‘‘ Jelas bahawa pihak pentadbiran cuba mempermainkan mahasiswa dengan menyembunyikan notis pembubaran MPP dan faktor inilah yang menyebabkan mahasiswa bangkit untuk melawan penipuan ini dan berdemontrasi walaupun dikatakan oleh pihak pentadbiran sebagai anti establishment,” ujarnya.
Menurut Hishamuddin lagi, pihak pentadbiran jangan terkejut dan jangan salahkan mahasiswa sekiranya golongan ini melakukan himpunan aman dan membawa kes ini ke mahkamah sekiranya mahasiswa terus diperlekeh dan ditipu hidup-hidup oleh segelintir pentadbiran yang belum kenal erti mahasiswa itu sendiri.
Beliau juga menegaskan bahawa tarikh penamaan calon harus diadakan tetap pada 30 Diesember ini dan hari pengundian selang tiga hari atau kurang daripada tarikh tersebut sepertimana diperuntukkan dalam Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Penjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007 iaitu :
“..dan tarikh pengundian akan dijalankan jika sekiranya Pemilihan itu dipertandingkan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut “ Hari Mengundi”, yang tidak kurang daripada tiga hari selepas hari penamaan”
Jelasnya, peruntukkan Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Penjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007 juga memperuntukkan bahawa hari penamaan hendaklah diadakan tidak lebih daripada 60 hari selepas tarikh pembubaran MPP dan ini selari dengan Peraturan 10 (2) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Panduan Calon) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007 berkaitan tarikh penamaan ini.
“ Walaupun GMUKM tidak berpuas hati bahawa tuntutan untuk mengadakan PRK pada tahun ini ditolak oleh pihak HEP, tetapi kami ingin menuntut agar tarikh penamaan calon pada 30 Disember ini berdasarkan peruntukkan undang-undang. faktor kemasukan pelajar Semester 2 pada 29 Disember dan juga bagi mengelakkan pihak HEP terus berdolak-dalik dalam penentuan tarikh pembuangan undi ini,” tegasnya kepada satu kenyataan kepada Mahasiswakini.com.
Tegasnya lagi, sikap pihak tertentu yang melanggari undang-undang jelas satu tindakan yang wajar dibawa ke muka pengadilan dan GMUKM sedang berkira-kira untuk memberi surat tunjuk sebab yang ditulis sendiri oleh peguam untuk meminta jawapan bertulis daripada pihak TNC terbabit.
“ Pilihanraya Kampus merupakan satu nilai yang sangat besar kepada konsep demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di negara ini dan segala penipuan, penyelewengan serta ketidak adilan akan menyebabkan satu keruntuhan sikap kepada mahasiswa untuk bertindak melampau demokrasi dan besikap autokrasi,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Menuntut Pilihanraya Kampus UKM Yang Adil dan Berdemokrasi.
Sehubungan itu katanya, kesungguhan pihak UKM untuk menterjemahkan prinsip demokrasi tulen kepada mahasiswa boleh dilaksanakan dengan membawa mereka yang melanggari undang-undang ini ke Tribunal Universiti dan pihak Naib Canselor perlu membuat pengumuman segera bahawa tarikh penamaan calon adalah pada pada 30 Disember ini dan hari pengundian selang 3 hari selepas hari penamaan tersebut yang selari dengan undang-undang yang digubal oleh Majlis Senat Universiti itu.