BTC USD 38,637.7 Gold USD 1,819.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GMP minta Presiden PKR diusir keluar

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
GMP mahu Wan Azizah, Azmin diusir

IPOH 30 Nov. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali wajar diusir keluar daripada negara ini jika tidak dapat menerima konsep ketuanan Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan kedua-dua pemimpin PKR itu jelas menunjukkan mereka buta sejarah dan tidak memahami makna sebenar konsep yang dimaksudkan.

"Jika mengisytiharkan 'perang' kepada ketuanan Melayu, secara tidak langsung, mereka tidak menerima Perlembagaan Negara yang mengiktiraf kedudukan sebenar orang Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi mengulas tindakan Dr. Wan Azizah dan Azmin yang mengumumkan 'perang' terhadap ketuanan Melayu ketika kongres parti itu berlangsung baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Mohd. Hilmi berharap, masyarakat Melayu di negara ini menginsafi nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu orang Melayu sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

Semalam, baginda melahirkan rasa dukacitanya dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan peranan institusi raja dalam sistem pemerintahan negara.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' dihapuskan," titah baginda.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Hilmi, orang Melayu perlu sedar negara ini adalah satu-satunya tanah air untuk generasi mereka.

"Orang Melayu harus insaf dan mendengar nasihat tuanku kerana tanah Melayu adalah tanah tumpah darah dan tempat kita dikuburkan.

"Orang Melayu tiada tanah lain melainkan tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia," katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Gerakan Belia 4B negeri membuat laporan polis terhadap Presiden PKR tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kepada ketidakstabilan kaum di negara ini.(ko tanya menteri amaran ko tu ape yg dia buat kat namaweedia bagi amaran jer kan)..??

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Zaini Mohd. Taha berkata, kenyataan Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR di Petaling Jaya dekat sini 27 November lalu telah mencetuskan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalangan orang Melayu termasuklah ahli gerakan belia itu sendiri.

Dakwanya, kenyataan Presiden PKR itu jelas satu cubaan menafikan hak serta kedudukan kaum Melayu termasuk raja-raja Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Gerakan Belia 4B Selangor melihat kenyataan Dr. Wan Azizah itu bersifat politik untuk menarik sokongan terhadap PKR. Bagi kita, ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

"Sehubungan itu kita buat laporan agar pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Wan Azizah mengenai perkara tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis sambil ditemani kira-kira 10 orang ahli jawatankuasa Gerakan Belia 4B negeri di sini.

Mohd. Zaini serta penyokongnya turut membawa sepanduk dengan ungkapan mengkritik serta memberi amaran kepada Presiden PKR itu seperti 'Wan Azizah, Jangan Main Api', 'Jangan Hina Kaum Kami' dan 'Gerakan Belia 4B Daulat Ketuanan Melayu'.

Tambah Mohd. Zaini, pihaknya menyokong agar Wan Azizah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan laporan polis itu merupakan fasa pertama pihaknya bagi membantah dasar PKR yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Katanya, pihaknya merancang mengadakan perhimpunan di pejabat Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Sukan, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 9 pagi esok dan membakar gambar Dr. Wan Azizah sebagai tanda protes terhadap dasar PKR yang disifatkannya tidak bertanggungjawab.

sumber : utusan meroyang




muka_hadapan.jpg



negara ni mak bapak dia yg punya rupanya .. duit rakyat pun duit mak bapak dia punya .. ~X(~X( Dr Mahathir tolak ketuanan melayu .. mamat ni menyalak tak tentu pasal .. ni gila nak jadi menteri gak laa ni cam shahrizat jalil .. ~X(
 
Sponsored Post

koman

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2009
Messages
4,706
Reaction score
60
Points
30
tak payah la nak bangga dengan "ketuanan melayu"...dahulukan agama islam dari bangsa melayu...
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,228
Reaction score
711
Points
171
Makin ramai yg bercakap pasal ketuanan melayu. Nak collect point kot tu. Mane la tau ada rezeki dapat jadi senator/menteri.
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
Penduduk Kampung Baru nak kene usir oleh Pemimpin Ketuanan Melayu..
korang nk pegi report polis ngan demo skali ke?..
bengap punye org..
hahahaha...
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
aa22bf8ee015e9902fc2e29d14d4e09f.jpg


Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.

Forum ini menyaksikan Mahathir duduk di pentas yang sama dengan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak sebagai moderator sesi dialog.

Rafidah kemudiannya menegaskan bahawa hubungan erat antara beliau denganDr Mahathir tidak pernah terjejas di sebalik percanggahan pendapat mereka berhubung isu Permit Import (AP) lima tahun lalu.

BERITA PENUH


abisla che det kene desak pulang gak pingat dan gelaran..
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,735
Reaction score
299
Points
141
mengekeh2 aku tgk nenek tu... :)):eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register