dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120

Menjadi seorang wanita yang mempunyai kerjaya sendiri dan bergelar ibu bermakna anda perlu bijak membahagikan masa agar dapat menghabiskan masa bersama keluarga dan bekerja.
Bagi supermodel terkenal, Gisele Bündchen, walaupun agak sukar untuk mengimbanginya, ianya berbaloi kerana dia merasakan setiap wanita harus mempunyai impian yang ingin dikecapinya tanpa perlu rasa bersalah.
"Kita harus dibenarkan untuk mempunyai impian dan memiliki lebih daripada apa yang kita mahukan. Kita mahu lebih daripada menjadi seorang wanita cantik yang tidak melakukan apa-apa. Saya merasakan ia memberi kuasa kepada saya untuk berjaya dalam karier saya dan tidak perlu merasakan yang saya perlu berkorban untuk menjadi seorang ibu," ujarnya seperti dipetik dari The Sunday Times Style.
Malah supermodel berusia 34 tahun ini merasakan tidak salah sekiranya ibu mengutamakan diri mereka sekali-sekala.
"Ianya penting untuk mengimbangi diri anda, menjaga diri anda. Anda tahu apabila anda dalam kapal terbang dimana anda perlu memakai topeng oksigen terlebih dahulu sebelum melakukannya terhadap anak anda? Saya merasakan ia adalah konsep yang sama. Sebagai ibu, anda perlu menjaga diri anda terlebih dahulu.
"Ya, anda pasti akan rasa bersalah, tetapi jika saya mengutamakan diri saya terlebih dahulu, saya akan berasa puas dan gembira serta yakin dengan diri saya, sekaligus saya akan jadi ibu dan isteri yang lebih penyabar, penyayang dan memahami. Itu yang saya rasakan," katanya.
Bündchen mempunyai dua orang anak iaitu Benjamin, 5, dan Vivian, 2, iaitu hasil perkahwinannya dengan Tom Brady.
http://www.cari.gold/2014/10/gisele-bundchen-ibu-perlu-utamakan-diri.html