BTC USD 37,743.1 Gold USD 1,777.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GILA ISIM - Mentua mati ditikam menantu

mded

Fun Poster
Joined
Nov 15, 2006
Messages
512
Reaction score
61
Points
20
Sedutan Metro Hari ini (10 Nov 2010) PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

Gila Isim

Gila Isim sebenarnya tiada dalam islam, ianya hanya istilah dari nusantara. Jikalau dikaji, perkataan "isim" dalam Arab ialah "NAMA" atau juga "Asma". Oleh itu, penggunaan gelaran "gila isim" ialah satu salah faham ke atas pengamal zikir-zikir guna nama-nama ALLAH. Gila isim adalah kategori gila dan sawan. Ada yang 'gila sebelum menuntut ilmu', ada yang 'gila selepas menuntut ilmu'. Kebanyakannya ialah mereka memang pun berasal gila/sawan, mempunyai keturunan gila/sawan kemudian tambah ilmu Allah yang berat yang tidak sesuai dengan tubuhnya, ditambah pula ilmu yang dituntutnya tidak berguru (dari buku atau dari sahabat yg juga tidak berguru)

Gila Isim hanya berlaku kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu isim atau bacaan-bacaan tertentu yang menyimpang dari ajaran Islam.Bila mana amalan tersebut tersalah digunakan atau tidak diamalkan dalam tempoh masa yang tertentu , akan mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan atau sakit yang kadang-kadang boleh membawa kepada gila , sewel , sasau dan sebagainya.

Amalan atau zikir dengan Asma'ul Husna (Nama-nama ALLAH yang Baik) tidak mungkin jadi gila "isim." Yang jadi gila ialah orang yang mengambil ilmu sesat menggunakan jin, dan tidak dapat mengawal jin tersebut serta menuntut dari mana-mana buku tanpa berguru juga mengakibatkan gila isim. Guru ialah guru mursyid, bukan guru yang belajar dari buku yang tidak berguru dengan mana-mana guru. Sanad itu penting, jika sanad itu tidak sampai terus kepada nabi, sekurang-kurangnya sanad itu berhampiran dengan sahabat nabi yang dijanjikan syurga kerana sahabat nabi (yang muqorrobin yg dijanjikan syurga) juga 'duta' nabi semasa berdakwah ke pelosok arab dan dunia dalam menyebarkan islam.

Niat seseorang itu mempelajari ilmu seperti ini mungkin benar untuk menghampirkan diri kepada Allah atau menuntut ilmu kebatinan, yang termasuk dalamnya ilmu isim iaitu untuk rawatan, mempertahankan diri, menjadi hebat, menjadi luar biasa seperti terbang, jalan atas air dll dan sebagainya, 'bacaan iaitu wirid-wirid dari al-quran yang diamalkan itu benar tidak salah dan tidak menyeleweng', tetapi apabila amalan seperti ini digabungkan dalamnya dengan penglibatan makhluk-makhluk halus, akhirnya berlakulah pelbagai masalah yang di luar dugaan.

Rawatan Gila Isim.

a. Rawatan ruqyah ialah membaca ayat manzil berdasarkan hadist sejenis gila iaitu ianya merangkumi semua jenis gila.
b. Rawatan thibbun nabawi pula ialah berbekam.
c. Amalan tradisional pula dimandikan dengan air limau atau air sejuk (ais atau salji)
d. Minum air tawar yang dibacakan ayat syifa oleh perawat setiap hari
e. Jauhi benda haram seperti muzik (TV dan radio), rokok, gambar makhluk (walaupun frame) dan patung makhluk

Hadist Tentang Rawatan Gila

Sewaktu kami bersama Rasulullah saw seorang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah-surah dan ayat di bawah ini juga dikenali sebagai ayat Manzil:

Bacaan 1:AlFatihah
Bacaan 2: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 1-5.
Bacaan 3: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 163.
Bacaan 4: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 255-257.
Bacaan 5: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 284-286
Bacaan 6: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 18.
Bacaan 7: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 26-27.
Bacaan 8: Surah Al-A'raaf (Surah 7) ayat 54 56.
Bacaan 9: Surah Al-Israa' (Surah 17) ayat 110-111.
Bacaan 10: Surah Surah Al Mu'minuun (Surah 23) ayat 115-118.
Bacaan 11: Surah Asy Shaffat (Surah 37) ayat 1-11.
Bacaan 12: Surah Ar Rahman (Surah 55) ayat 33-40.
Bacaan 13: Surah Al Hasyr (Surah 59) ayat 21-24.
Bacaan 14: Surah Al Jinn (Surah 72) ayat 1 4.
Bacaan 15: Surah Al Kafiruun (Surah 109) ayat 1 6.
Bacaan 16: Surah Al Ikhlas (Surah 112) ayat 1 4.
Bacaan 17: Surah Al Falaq (Surah 113) ayat 1 5.
Bacaan 18: Surah An Nas (Surah 114) ayat 1 6.

Renungan

Kalau seseorang itu terlalu ingin menghampirkan diri kepada Allah sehingga dia sanggup berzuhudan dan 'lupa' kehidupan dunia, dia sudah seumpama tidak lagi mempunyai keinginan hidup di dunia. Maka sampai satu tahap cintanya pada Allah, dan kasih sayang Allah padanya sehinggakan memungkinkan Allah menyelamatkannya dari sifat takabbur yang menyatakan dia sudah hampir dengan Allah, maka sebahagian akalnya dijadikan tidak berfungsi dengan sempurna. Apabila dia mengurangkan kezuhudan dan amalan-amaln tersebut maka dia kembali kepada kewarasan biasa.

Dalam ilmu Fiqh, merujuk kepada ayat quran, Allah memberi amaran jangan menghalalkan apa yang haram dan jangan mengharamkan apa yang halal. Ini termasuk perbuatan 'zuhud' yang berlebihan sedangkan berkahwin (bersama isteri), makan, tidur (haq mata pada waktu malam), bekerja dan memiliki harta (seperti tanah dan rumah) adalah fitrah manusia (sunnatullah)

Sumber: Klik
 
Sponsored Post

MHaffiezMNazri

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
5,493
Reaction score
1,167
Points
171
... dan kenapa orang Melayu je?! Tak de pun dengar kes orang Islam di Eropah atau Amerika atau Brunei kena penyakit gila ni...?
 

strom

Legendary Member
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,715
Points
191
... dan kenapa orang Melayu je?! Tak de pun dengar kes orang Islam di Eropah atau Amerika atau Brunei kena penyakit gila ni...?

Aku rasa susur galur kita pun memainkan peranan dlm benda benda mcm ni..semua nak jadi mcm mat kilau datok bahaman atau at least mcm badang..semua nak main jampi jampi..brunei ada ke dengar pahlawan dorang pong pang pong pang bercerita?amerika toksah cerita laa lagi teruk aku rasa dari ini pun ada..:)

Aku petik sikit amalan mat kilau..

Untuk Kuat dan Gagah Hai Besi Putih Besi Khursani Besi Pelilit di pinggangku Kuat aku seperti Saidina Ali Gagah aku seperti Saidina Hamzah Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu Jangan engkau makan hati yang putih Engkau makan darah dan daging Jikalau engkau makan hati yang putih Derhaka engkau kepada Allah, Hai Kaddam Kuddim Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi Keluarlah engkau daripada tempatnya Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah (Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke depan tiga kali)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,819
Reaction score
21,196
Points
1,671
... dan kenapa orang Melayu je?! Tak de pun dengar kes orang Islam di Eropah atau Amerika atau Brunei kena penyakit gila ni...?

apsal pulak xde..gila isim tu istilah melayu..dorg gune istilah mental disorder
 

ed_zero

Super Active Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
5,193
Reaction score
161
Points
73
salah amal...niat beramal x betul...setan yg jd guru...
 

Mel_Ahmad

Fun Poster
Joined
Mar 9, 2012
Messages
312
Reaction score
0
Points
10
Beramal dengan jalan yang salah..mungkin zahirnya betul..batinnya bukan mengikut jalan yang betul.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register