GiatMara sasar miskin sifar tahun ini

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
GIATMARA Malaysia (GiatMara) yang menjalankan Program Basmi Kemiskinan (PBK) sejak 2007 bagi mengatasi masalah kemiskinan tegar terutama di kawasan luar bandar menyasar untuk mencatatkan kemiskinan sifar menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd Majid, berkata melalui PBK, GiatMara bukan saja membantu golongan miskin yang dikenal pasti secara kewangan, malah memberi peluang perniagaan kepada mereka untuk berdikari seterusnya membawa diri keluar dari kepompong kemiskinan.


Beliau berkata, PBK membabitkan tiga program iaitu Latihan Menjana Pendapatan (LMP), Latih dan Kerja (Penempatan) dan Giat Dekat Rakyat (GDR).


GiatMara memperoleh peruntukan RM8 juta pada Oktober 2007 untuk menjalankan PBK di Sabah dengan 60 peratus daripada dana itu habis digunakan seterusnya memperoleh RM33 juta lagi pada 2008 untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan yang habis dibelanjakan. Menurutnya, GiatMara memperoleh RM54 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi kedua untuk menjalankan PBK di 11 negeri. “Program LMP memberi latihan intensif seperti kursus jahitan, pertukangan dan elektrikal kepada peserta miskin yang dikenal pasti supaya mereka boleh melakukannya secara sambilan di rumah bagi menambah pendapatan. “Seterusnya apabila keyakinan bertambah, baru program itu dilanjutkan kepada Pembentukan Usahawan dan GiatMara akan menghantar mereka mengikuti kursus keusahawanan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun atau Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). “Mereka akan dipantau dan dibantu supaya usaha ini tidak sia-sia dan jika memerlukan bantuan, mereka akan dibantu hingga mampu membuka kedai,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
biar miskin harta tapi jgn miskin budi bahasa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register